Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Thursday, May 26, 2011

Tiga Alatuji Kompalseri Sebagai Kontraktor Elektrik

Jika Tuan-tuan ingin mendaftarkan syarikat tuan-tuan sebagai sebuah Kontraktor Elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, maka ambil nota (take note) bahawa 3 alatuji dibawah adalah kompalseri (compulsory - hampir sama makna dengan Wajib).

RCCB Tester

LV Insulation Tester (gambar: HV Insulation Tester)

Earth Tester (digital atau analog)

Competent Control

terjemahan: kawalan kompeten
sumber: All About Kamaruzaman

[Pt. V-VI, S. 23-24]
28 ACT 447


PART V
COMPETENT CONTROL
23. (1) No installation or electrical plant equipment other
than those owned or managed by a supply authority shall be
worked or operated except by or under the control of persons
possessing such qualifications and holding such certificates
as may be prescribed, and no person not possessing the
qualifications or holding a certificate as aforesaid shall be
in charge of any installation or shall control the operation of
any electrical plant or equipment.
(2) Any person who contravenes this section shall be
guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to
a fine not exceeding ten thousand ringgit and, if the
contravention be continued, to a fine not exceeding one
thousand ringgit for every day or part of a day during which
the contravention is continued after conviction.

Tuesday, May 10, 2011

Corat-Coret Facebook

http://www.facebook.com/people/Orang-Kompeten-Elektrik/100000964780207

Soalan:
Berapa lama baru genset perlu take over ketika breakdown? ada dalam akta ke?
 Jawapan: 
Ddidalam undang-undang kecil bangunan (uniform building by law) . Undang-undang 253(5) yg menyatakan bahawa pencahayaan kecemasan atau kuasa kecemasan hendaklah didapati dalam tempoh 10saat drpd gangguan bekalan. Sistem bekalan kecemasan ertinya bateri simpanan atau set janakuasa. (saya rumuskan dari ayatnya yg panjang). Kod undang2 tersebut adalah P.W.5178/85.

Saturday, May 7, 2011

Komentar: Ingin Menjadi Chargeman

Fluke_Johor said...
Salam, saya cuma nak tanya pendapat, saya merupakan seorang technician aircraft yang mempunyai course yang berkaitan elektrik dan elektronik, tetapi tidak sedalam pendawaian domestik dan luaran (kv). Saya mempunyai basic 3 phase wiring pun kat Teknik dulu, Bolehkah saya menceburi bidang Chargeman dimana saya bila saya nak apply kat Unikl, dia perlukan logbook dan pengalaman kerja berkaitan. adakah caranya untuk saya beralih kepada chargeman walau tiapa logbook dan pengalaman bekerja. Saya bukan suka2 untuk menceburi tapi akan belajar sebaik2 dan ingin menjadi seorang chargeman yang betul2 boleh buat kerja dan bukannya tahu sub shj. terima kasih
Fluke,

Pada hemat saya, anda boleh menjadi Chargeman kerana anda ada asas dan sedikit pengalaman. Jawapan saya sebegitu memandangkan anda mahu melanjutkan pelajaran di Institut Latihan/ Kemahiran. Jawapan saya berlainan jika anda mahu mengambil peperiksaan persendirian. Buku Log biasanya dibuat ketika Latihan Dalam Loji dan ketika itulah pengalaman anda dikira bagi kelayakan menduduki peperiksaan Penjaga Jentera kelak.