Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Thursday, January 6, 2011

BERITA : PEPERIKSAAN KEKOMPETENAN ELEKTRIK

MENGIKUT SUMBER YANG MENELEFON PUAN LINA (ST KAWASAN TENGAH), TAHUN INI YANG TERAKHIR BUAT PEPERIKSAAN PERSENDIRIAN BAGI CHARGEMAN LV, CHARGEMAN HT DAN SEMUA KATEGORI PENDAWAI. SEGALANYA DISERAH KE INSTITUT YANG MENDAPAT AKREDITASI ST.

Wednesday, January 5, 2011

BERITA DUKACITA

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK ST TIDAK AKAN MENGADAKAN PEPERIKSAAN PW1-4, CHARGEMAN AO- CHARGEMAN A4 BERMULA TAHUN HADAPAN. EXAM BO JUGA HANYA AKAN DIADAKAN SEHINGGA 2013. MAKA, KELAS TAHUN HADAPAN AKAN TERTUMPU PADA KELAS BO SAHAJA. SELEPAS INI, PEPERIKSAAN AKAN DIKENDALIKAN OLEH INSTITUT YANG MENDAPAT AKREDITASI DARI ST.

HUBUNGI SAYA BAGI KELAS TERAKHIR TAHUN INI.

Nota kaki: Exam tahun ini pada 5 dan 6hb April 2011.

Sunday, January 2, 2011

Bulan Ini Dalam Sejarah: Komentar Pembaca Setahun Yang Lalu

Assalammualikum ...
Rasanya tak perlu kita menyatakan lepasan mana .... tentang kualiti pelajar lepasan institut latihan .. sejak akhir - akhir ini sememangnya agak teruk ... tak kira ikm , ikbn , ilp poli malah juga universiti...

saya bukanlah orang kompeten ... baru nak belajar dan menjadi orang kompeten. Asal saya dalam bidang elektronik ..

saya minta yang dah jadi pengarah ke ketua pengarahker .. kaji balik kaedah penilaian kita ... jangan pentingkan kuantiti .. tapi pastikan kualiti ...

kembali kepada perkara perbincangan di atas .. pada pandangan saya dasar latihan sekarang lebih mementingkan kuantiti dan bukannya kualiti.mengapa saya nyatakan demikian ...

1. perbandingan sistem mlvk dahulu dengan sistem skm sekarang ... jika dahulu bagi peperiksaan mlvk asas , pertengahan dan tinggi .. cukup susah nak lulus.. dan pemeriksa adalah daripada luar bukan dari institut yang sama. kini sistem skm ... buat portfolio boleh dapat skm t1,t2 dan t3. walaupon baru ini di perkenalkan kembali sistem ujian ... masih tidak menyamai sistem ujian dahulu ...

2. tahap kemasukan pelajar ... boleh dikatakan pelajar yang masuk ke institut latihan kini ... banyak yang lepasan dah terbuang .. malah no bomba 999 pon ada .. nak ambil kursus elektrik jika dulu perlu kredit math dan sains ... la ni tak payah dah ..main tangkap muat.

3. kini pointer tinggi tapi tiada kualiti ... pernah saya menemuduga satu graduan sebuah universiti ... tak perlu sebut la mana ... mempunyai pointer 3.76 ... ni ijazah kelas 1 nih ... dlm temuduga tersebuit saya minta beliau melukis simbol transistor npn ... malangnya tak tahu ... itu baru perkara asas dalam elektronik ... so macam mana mamat ni nak mintak jadi enggineer... kalu simbol schematik pon tak tau ...rasanya antar faktor nya sebab mudah lulus dan dapat pointer tinggi ... jika universiti dulu mengamalkan sistem 30 kerja kursus (KK) dan 70 peperiksaan akhir (PA) . tetapi kini 50KK dan 50PA ... maka nak dapat pelajar fail ponsusah kini .. malah lebih banyak yang boleh maintain 3pointer keatas ...

{komentar Kerinchi Pirates pada 23 Januari 2010 }

Pengasingan

Bismillahirrahmanirrahim.

Pengasingan yang dimaksudkan disini bukanlah berkenaan "Isolator" atau "Any system to be isolated". Ia berkenaan mengasingkan ceritera Kelas Kekompetenan dari blog ini yang mana ramai pembaca mahukan ia tidak dicampur adukkan dengan posting perihal Orang Kompeten.

Sebagai penulis yang mendengar, saya bersetuju dan mulai hari ini, sebarang promosi berkenaan Kelas Kompeten akan di tulis di www.sepaduteknik.co.cc

Blog ini (http://orangkompeten.blogspot.com) akan membincangkan masa hadapan, informasi dan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama-sama.

Wallahualam.