Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Sunday, April 4, 2010

Toyol: Penipuan Di Dewan Peperiksaan Kekompetenan

Maaf kerana terlalu lama menyepi. Blog ini belum mati kerana ajalnya belum tiba. Maka, teruskanlah berkongsi idea dan pandangan melalui chat box ataupun melalui akaun Facebook (Orang Kompeten Elektrik).

Toyol...nama yang sering diperkatakan apabila tibanya hari peperiksaan. Tidak terkecuali peperiksaan kekompetenan. Ramai yang bergantung pada nya dan ada juga yang merasakan bahawa mereka akan gagal apabila toyol tidak dibawa bersama. Kecelakaan seumpama menjelma apabila toyol yang diharapkan tidak mampu memberi jawapan yang dipinta Suruhanjaya Tenaga.

Yang terbaru, calon-calon orang kompeten menaip toyol mereka diatas kepingan kertas A4 dan menampalkannya di dalam buku akta 447. Teman saya amat bangga apabila saya tidak perasan tentang penipuan yang beliau lakukan. Memang real. Sekali imbas, memang tak perasan.

Tidak sedarkah mereka bahawa ia adalah suatu perkara yang mungkin akan menyukarkan calon-calon orang kompeten dimasa akan datang seandainya Buku Akta tidak lagi dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan?

Saya pernah melalui peperiksaan PW1 pada tahun 1998 dan ketika itu peperiksaan kompeten dibawah Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas (JBE&G). Buku akta 447 tidak boleh dibawa kedalam Dewan dan ia amat menyukarkan kami untuk menjawab soalan-soalan berkaitan akta. Malah, kami juga sukar untuk menjawab soalan pengiraan kerana tidak dapat merujuk Jadual Faktor Kepelbagaian yang sedia tercetak di muka belakang buku Akta tersebut.

Toyol dalam poket, toyol dalam tandas dan toyol dalam telefon bimbit adalah beberapa modus operandi penipuan didalam peperiksaan kompeten. Mungkin sudah tiba masanya ST menjadi tegas.

Namun, ST juga perlu bertegas bagi memantau peperiksaan di Institut-institut kemahiran kerana di sana juga berlaku kes-kes peniruan sebegini. Percayalah, pemantauan di Institut Kemahiran amatlah lemah.

Bukankah kita dambakan orang kompeten yang berkualiti? Atau sekurang-kurangnya lulus kerana usaha mereka yang gigih dan bukannya kerana toyol mereka yang lengkap?

Fikir-fikirkanlah.

2 comments:

Nazeroth said...

em..aku xgunakan toyol..aku hafal dl formula then dpt kertas soklan tulis sume formula tu dl.. :)

Mohd Razib Ramili said...

Naz,

Saya pun guna cara tersebut...ia berkesan. Tahniah Naz.