Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Thursday, November 25, 2010

Perbezaan Pandangan Adalah Suatu Rahmat

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya menerima email yang berbondong-bondong yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan saya berkenaan penarikan pentauliahan ST pada Institut Kemahiran/ Latihan. Cuma, ada segelintir yang bersetuju.

Bagi saya, ini bukan perihal menang atau kalah, betul atau salah. Ia perihal "berfikir di luar kotak" dan menghidupkan roh kekompetenan dalam diri agar dapat menjadikan industri kekompetenan semakin syumul dan hebat. Bukannya membunuh dan merosakkannya.

Saya memandang perbezaan pendapat itu adalah rahmat dari Tuan Punya Dunia yang pasti mencetuskan sesuatu lebih baik. Malang sungguh jika ia dipandang negatif.

Saya tercari-cari wadah yang tepat untuk kita semua berdiskusi. Malang bagi saya, tiada wadah yang dapat bertindak sebagaimana yang saya mahukan. Jika kalian mengatakan saya diktator dalam membuat keputusan, saya mengakuinya sebagai kurang tepat. Saya adalah manusia yang tidak mahu mengatakan pendapat saya betul melainkan ada pendapat lain yang saya fikirkan lebih baik. Saya tetap insan yang sering tersilap dan teguran kalian senantiasa dipandang tinggi.

Orang Kompeten Elektrik yang ada di pasaran sekarang wajar menambah ilmu mereka dalam bidang akademik dengan mendapatkan segulung ijazah bagi mengatasi sepak terajang masa hadapan. Hands-on personnel yang dilabelkan pada Orang Kompeten perlu ditambah-nilai dengan keupayaan dan kelayakan bagi menjadi "Boss". Sudah tiba masanya pihak kerajaan memikirkan gred yang sesuai bagi jawatan Penjaga Jentera Elektrik.

Seperti yang kita maklum, Orang Kompeten Elektrik adalah mereka yang tertakluk kepada kewujudan Peraturan 46-51(Peraturan Elektrik 1994) dan boleh dibatalkan seandainya berlaku perbuatan dibawah definasi salah laku serius. Berbeza dengan pemegang Diploma/ Ijazah yang tidak tertakluk kepada mana-mana kuasa (selain dari etika profesional) walaupun "sering tertidur sewaktu bertugas". ;)

Dunia masa hadapan mencari "Leaders" dan bukan setakat "Followers". Atas alasan itulah saya VOKAL kerana pada saya, DIAM itu SAMA DENGAN MATI.

Wallahualam.


gambar hiasan: inikah intelektual masa hadapan?

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...bos...saya setuju dengan pendapat bos"Orang Kompeten Elektrik yang ada di pasaran sekarang wajar menambah ilmu mereka dalam bidang akademik dengan mendapatkan segulung ijazah bagi mengatasi sepak terajang masa hadapan."...dimanakah institusi yang boleh menerima Orang Kompeten yang hanya lulus SPM(V)(cukup makan) tetapi berbekalkan pengalaman dalam yang ada...adakah kelayakkan ini mencukupi memenuhi syarat2 yg dtetapkan oleh institusi untuk Orang Kompeten mengambil segulung ijazah?wujudkah suatu hari nanti universiti untuk Orang Kompeten?

Mohd Razib Ramili said...

En. Tanpa Nama,

Kita ada pelbagai kaedah yang disediakan kerajaan bagi mendapatkan pengiktirafan akademik. OUM misalnya...atau UniKL...

Jika tidak pun, sistem SKM wajar dimartabatkan. Kalau tak silap, Tahap 5 bersamaan dengan Ijazah.