Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Thursday, December 16, 2010

Menjawab Komentar Seorang Tenaga Pengajar

"salam...dah lama saya mengikuti blog awak..untuk pengetahuan awak, saya adalah salah seorang pengajar di sebuah institut latihan kemahiran...
kelihatan seperti awak ni prejudis dengan bdk2 yg keluar dari institut latihan...bdk2 zaman sekarang dengan zaman awak dahulu tak sama..itu perbezaan yang ketara...kualiti yang kita harapkan dari pelajar institut latihan mmg tidak akan mencapai tahap seperti apa yg awak nak..terlalu banyak yg diorg kena blaja, tidak seperti di ILSAS..jadi, diorg kena cari pengalaman sendiri, maybe seperti awak yang dimurahkan rezeki mendapat kerja ditempat yang secara tak langsung meningkatkan pengalaman awak..mcm mana klu mereka yg bekerja di kilang kecil, atau bersama kontraktor ayam..keluarga perlu ditanggung, takkan nak tunggu tawaran kerja dari tempat yang bagus seperti tmpt awak bekerja..dr pengalaman saya, pelajar saya yang telah tamat belajar, jarang tidak mendapat pekerjaan..dalam masa 2-3 bulan je, diorg dah bekerja..bezanya nak bekerja di bidang yang bagaimana, industri or construction...belum kira yang dah dapat pergi ke oversea lagi...sebenarnya, kualiti yang awak inginkan sangat tu hanya diperolehi setelah mereka keluar bekerja dan awak orang yang layak untuk membimbing mereka..bukannya membuat kelas luar denga cas beribu ringgit...terlalu banyak lagi yang saya ingin katakan..saya berani cakap, mungkin cikgu awak dulu akan terasa hati apabila awak memperlekehkan tempat mereka bekerja..seolah2 seperti mereka tidak mengajar dengan betul...sekian..."

Pertamanya, terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog murahan saya ni. Saya cukup berbesar hati.

Kedua, saya membuat kelas bukan atas dasar keuntungan. Ia hanya satu wadah bagi berkongsi apa yang saya faham dan belajar dari pengalaman pelajar-pelajar atau dalam bahasa mudah; perkongsian ilmu 2 hala. Tuan (atau Puan?) boleh bertanya kepada pelajar-pelajar saya secara peribadi. I have no problem with that. Saya juga boleh declare apa yang saya terima dan belanjakan untuk mereka sekiranya Tuan/ Puan sudi bersemuka dengan saya. Secara terus- terang, kelas anjuran pengajar Institut Kemahiran/ Latihan jauh lebih lebih mahal dan tidak "student friendly". Walaupun bukan semua, tetapi saya boleh nyatakan beberapa nama. Mereka agak tersohor di Negeri Sembilan dan Melaka. namun, blog ini dibina bukan atas dasar ingin mengaibkan sesiapa. Noktah.

Takut terlupa, ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru saya seperti En, Bisman, En. Zainapi, En. Sazali, En. Hairi, En. Anthony, En. Othman, En. Jalil, En. Osman, En. Liew dan ramai lagi yang tak tersebut namanya disini. Maaf kalau selama ini penulisan saya mengguris perasaan cikgu. Percayalah, itu bukan niat saya. Fokus saya adalah kualiti dan ia adalah tanggungjawab semua. Tanggungjawab Tuan, saya dan semua yang terlibat di dalam industri ini.

Tuan/ Puan yang memberi komentar, saya boleh namakan beberapa puluh lepasan Institut Kemahiran/ Latihan yang "memeranjatkan" majikan-majikan mereka dengan kedangkalan mereka dalam membawa tanggungjawab sebagai orang kompeten elektrik. Saya memilih tidak menyebut nama mereka di sini kerana bukan itu fokus blog ini. Bagi saya, itu adalah petanda buruk masa hadapan industri kekompetenan elektrik dan kitalah yang harus bertindak. Jika saya salah, saya memohon maaf.

Blog ini bukan dibina untuk mencari musuh, jauh sekali untuk menunjuk bagus dan hebat. Saya seperti kalian semua, hanya hamba Allah yang serba kekurangan.

Saya buka lantai komen buat semua. Namun, ia adalah kawasan larangan buat mereka yang tidak bernama (Anonymous).

Wallahualam.

3 comments:

ZUL said...

salam...
sekiranya kita jujur untuk meningkatkan kualiti orang kompeten yang ada di Malaysia ini, saya rasa awak sepatut nya penuhkan blog awak ini dengan info dan maklumat mengenai bidang yang menjadi kepakaran awak...seringkali blogger menjadikan blog mereka sebagai tempat untuk menghentam, mencari salah, menuding jari dan apa saja yang negative..janganlah kita tergolong bersama mereka..penuhkan maklumat tak kisah la pasal pengalaman awak ke, peralatan elektrik ke, kelas luar ke...kebanggaan pada diri awak sekiranya blog awak ini menjadi RUJUKAN kepada pelajar2 institut latihan yang tercari-cari maklumat di internet (yang tak berapa pandai bahasa inggeris)..sapa lagi yang nak tolong anak bangsa kita kalau bukan bangsa kita sendiri...kita perlu ingat asal usul kita...tak perlu kita pijak dan tindas orang lain untuk kepuasan dan kepentingan diri sendiri..Bumi TUHAN ini luas..tidak terkira nikmatnya, tidak akan habis zat nya...apa dikira lambakan orang kompeten di negara kita...sekian

Mohd Razib Ramili said...

Tuan Zul,

Menuntut ilmu perlu berguru. 3 kategori orang kompeten paling atas (JPE,JEK dan PE) adalah mereka yang mepunyai academic background. 3 yang bawah lebih kepada hands-on.

Saya lebih suka berdiskusi perihal survival, hala tuju dan masa depan. Bab maklumat keilmuan, bergurulah cara terbaik.

Najib Zaki said...

Apa-apa pun komunikasi dan tindakbalas dari komentar atau pembaca adalah satu cara yang positif untuk memecahkan segala kejahilan. Membuka pintu idea dan penyelesaian. Kejujuran adalah penting.

Saya pun lepasan IKM. Lebih 'kecil' dari anda semua, disisi Akta mahupun disisi Allah. Dan saya pun belum ada apa-apa pekerjaan. Yang 'GAH' apatah lagi. Seorang freelance (bak kata Saiful Ironman CMC) yang takde duit. Web e-kemahiran pun tak banyak info. Kalau diberi peluang, nak juga kontribusi apa-apa iklan/artikel, puisi (puisi?) menarik untuk dikongsi bersama. Komen lebih-lebih kang kena blacklist pulak. Bukannya apa, ini komen jujur. Kalau tak, maybe takde sebab saya bina web/blog/forum/page chargeman kalau dah ada tempat untuk saya kongsikan. MARA terus MARA!

Soal siapa hebat, Allah lebih hebat. Soal siapa bodoh, Allah lebih mengetahui takdir hambanya. Setiap yang hak ada haknya. Dan haknya selagi tidak mengambil hak yang lain. Kalau tidak takde la jari panjang pendek, tangan kanan kiri tak sama panjang.