Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Wednesday, September 29, 2010

Kelas Kekompetenan Bakal Bermula!!!

Kelas kekompetenan akan bermula Sabtu ini. Sabtu malam Ahad untuk Pendawai dan Ahad malam Isnin untuk Chargeman. 3 jam dari 8 mlm hingga 11 malam.

Penulisan baru akan rancak selepas kelas bermula.

Bagi yang masih mahu mendaftar, hubungi 0183983868 secepat mungkin!

Gambar kelas akan diupload kemudian. InsyaAllah.

Monday, September 6, 2010

Thursday, September 2, 2010

Plan Lokasi ke Kelas Kekompetenan.

25 dan 26 hb September akan diadakan sessi "briefing" dan kelas akan bermula pada 2hb Oktober. Kelas akan diadakan di Seremban Jaya namun akan diubah lokasi tertakluk kepada sambutan. Memandangkan kuota bagi kelas Chargeman A0 , A1 dan PW3 hampir penuh, kemungkinan besar akan diadakan di Seremban Jaya. Pelan lokasi seperti gambar.

Soalan dan Jawapan

Di penulisan saya yang bertajuk Soalan-soalan Peperiksaan Chargeman dan Wireman, ada seorang pembaca memberi soalan. Saya juga berterima kasih kerana seorang lagi pembaca menjawab soalan yang bertanya tadi. Beginilah senario yang kita harapkan. Ramai yang beranggapan saya "macam bagus" apabila membangunkan blog ini namun hakikatnya, saya cuma mahukan tugas, kerjaya dan peranan Orang Kompeten dihargai, difahami dan seterusnya dimartabatkan di tempat yang sepatutnya. Wallahualam.

Soalan:
maaf la yer.. sy ni bkn la pandai sgt.. tu yg nak tanya dlm formula mengira arus motor tu nilai 1.732 tu nilai apa? sy takut juga formula yg sy pakai selama ni salah

arus motor = Power / (voltan * faktor kuasa)

salah ker formula sy? klu power tu dalam hp kite kena la tukar dulu kan kpd unit watt. (1 HP = 746 watt). adakah 1.732 tu faktor kuasa? bukankah faktor kuasa tu antara 0-1.. biasanya 0.8 kan? tak tau la klu sy salah.. budak baru blaja la katakan..


Jawapan:
salam..
1.732 tu bukan faktor kuasa dan ianya akan digunakan sekiranya calculation tersebut adalah dari total nilai beban 3 fasa...ini kerana nilai arus yang kita dapat adalah nilai arus purata utk setiap fasa R Y B. sama seperti voltan..1 fasa = 240.. 3 fasa = 240*√3 = 415 volt.. jadi 1.732 = √3

diharap ini akan dapat membantu anda pemahaman teori pengiraan.. kerana sistem Star LV voltan fasa dan talian ada berbeza manakala arus talian dan fasa adalah sama. nilai faktor kuasa utk design current biasa ambil 0.85 (nilai minimum utk elak daripada dikenakan penalti)


contoh pengiraan..

beban R = 1500W
beban Y = 1500W
beban B = 1500W

i utk R = 1500/(240*0.85)= 7.35A maka arus utk setiap fasa adalah 7.35A utk beban seimbang..

sekiranya calculation 3 fasa.. total load adalah 4500W..jadi calc.

I = 4500/ (415*.85*1.732) = 7.36 A adalah bersamaan arus utk setiap fasa...

sekiranya terdapat kesalahan..dialau-alukan utk mmberi teguran membina..tq..


Komen Razib: penggunaan punca kuasa tiga adalah bersamaan dengan calculation membahagikan kuasa dengan voltan 1 fasa dan dibahagi 3. Kedua-dua kaedah adalah bagi mendapatkan jawapan arus bagi setiap fasa (pada bekalan 3 fasa.)