Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Thursday, December 17, 2009

Soalan-soalan Peperiksaan Chargeman dan Wireman

Ramai yang mahukan soalan bocor namun ia tidaklah menjanjikan kalian menjanjikan kalian bakal bergelar Chargeman atau Wireman yang hebat. Ramai lulusan IKM, ILP, IKBN atau lain-lain institusi yang sudah "menjatuhkan" kredibiliti Chargeman atau Wireman. Hinggakan pegang meter pun menggigil. Nak suruh measure ampere? mahu terkencing dibuatnya.

Inilah akibatnya kalau peratusan kelulusan menjadi prioriti. Berlambak Chargeman dan Wireman tahap "paria" di pasaran. Ada seorang wireman kelulusan IKM Jasin menjawab soalan saya, lampu kalimantang 36watt akan mempunyai arus sebanyak 40Amp!

Saya ada tips lulus periksa dengan kuota lulus 50 markah tetapi terlalu awal untuk dikongsikan di sini. Ia bukan soalan bocor tetapi bagaimana mahu memahami sistem dan pekerjaan kalian dengan kaedah mudah.

Jika mahu menduduki peperiksaan Chargeman AO misalnya, kalian cuma perlu mengingati beberapa formula seperti:
  • Arus Lampu discaj= {Kuantiti lampu X watt X 1.8 (faktor pembetulan)} / (1.732 X 415)
  • Arus Motor = {hp X 746W} / { 1.732 X 415}
  • Arus Feeder Pillar = {kW X 1000} / {1.732 x 415}
Mudah bukan? Kalau ada soalan, sila komen.

49 comments:

Anonymous said...

slow2 skit soalan bocor 2,saya adalah diantaranya...hehehe...
tapi soalan bocor memang tak berkat...
ramai pemegang kompeten tiada kerja selepas 'gred'..
akibat terpaksa buat kerja kasar 'tarik cable' dgn myanmar/indon/bangla skali,walaupun mereka tiada kompeten....

P/S= Skop kerja PW4 memang macam tu ke??
kalau setakat kerja dgn bangla tak payah ada kompeten pun takpe.

Mohd Razib Ramili said...

Tuan,

Lambakan orang kompeten PW4 telah menjatuhkan nilai dan maruah orang kompeten. Maaf kalau saya terlalu kasar, lepasan IKM adalah penyumbang utama. Kerja tak tahu, sambung belajar di MFI, BMI dan twintech dan gantung lesen dengan kadar murah.

Akhirnya, nilai jatuh mendadak.

Nanti saya akan kupas di penulisan akan datang.

Terima kasih kerana komen.

Anonymous said...

Patah Semangat Saya bro....

Chargeman Sekarang Duduk Goyang kaki je....Tengok jeee.

Problem panggil Kontraktor.

Pe pon tak boleh....

Bila tnye pe masalah,ntah pe2 dia goreng kan DGN BOSS.

SAYA INGAT BRO PON CAM NI GAK KAN...

Mohd Razib Ramili said...

Anonymous,

Saya kontraktor. Apa kejadahnya saya nak panggil kontraktor?

Thanks la bro. Lu memang sempoi tahap cipan.

Anonymous said...

Salam En. Mohd Razib.

Saya pemegang PW4 dan sudah berkerja 2 tahun di syarikat kontraktor elektrik kelas B.
Nama saya juga didaftarkan di SJT,PKK,CIDB etc. utk syarikat saya.
Jadi saya adalah sebahagian drpd organisasi penting untuk syarikat.
walaupun saya tidak menerima elaun bulanan sijil pw4 drpd syarikat,tapi saya positif dgn menganggap 'sekarang susah nak cari kerja'. (kira halal jela)

Cuma saya masih perlukan jawapan utk skop kerja orang kompeten PW4.
apakah tugasan atau tanggungjawab mereka yang sebenar bila mereka bekerja di syarikat kontraktor?

Dan jika syarikat mengalami krisis ekonomi,bolehkah syarikat memberikan saya cuti tanpa gaji dengan tidak menyatakan tempoh cuti??

kerana saya difahamkan majikan mestilah mengambil berkerja orang kompeten PW4 sepenuh masa.

sekian.

Mohd Razib Ramili said...

Salam Anonymous January 25;

Elaun bulanan sebenarnya tidak wujud kerana organisasi tersebut sudah membayar gaji.

Skop kerja orang kompeten di mana-mana syarikat kontraktor adalah tertakluk kepada organisasi itu sendiri. Job Description adalah ditentukan oleh Pihak Pengurusan, Namun, Orang Kompeten juga perlu faham tanggungjawab mereka dibawah akta 447. Pendawai adalah individu yang bertanggungjawab untuk melakukan pendawaian atau menyelia pendawaian, membuat lukisan dan diagram, melakukan pengujian, mengendos pengujian, manasihati pihak pengurusan dan sebagainya. Anda boleh rujuk Peraturan Elektrik 1994 untuk lebih faham.

Berkenaan cuti, ia tertakluk di bawah akta buruh. Mana-mana pekerja tidak boleh dilakukan sesuka hati.

Tuan bekerja di Negeri mana?

budak sp said...

blh sesapa tlg saya bg tips ckit sbb 16/3 nnt nk duduk exam AO.kena repeat last year kantoi.

Nazeroth said...

apsal st xcall aku lg ni..adoyai..form aku xcomplete ke..huuu

Mohd Razib Ramili said...

Nanti ada la tu..hang follow-up la bro... Nak nombor ST Melaka tak?

Hang try tolong budak SP tu...Saya xde soalan la...

Nazeroth said...

bole gak tu..skrgnye xde la cm nk tggu2 je ni..lgpon da dkt exam..tp klo bkn exam kat melaka bole ke tanye org st melaka?

budak sp said...

blh sesape tlg bg ckit info kalau tahu soalan ape nk kluar utk exam AO esp.soalan subjektif kertas 2.

azlan said...

Salam bro,

Saya bercadang hendak ambil peperiksaan B0-33kV n insyallah dalam tahun ini. Tetapi masalah yang saya hadapi ialah pengalaman dan pengetahuan mengendalikan peralatan tersebut saya tiada buat masa ini. Apakah yang perlu saya lakukan?

Mohd Razib Ramili said...

Lan,

First, tengok balik networking anda. Berjumpa dengan sesiapa yang pernah menduduki exam tersebut bagi mendapatkan gambaran awal.

Lakukan itu dahulu.

mh_fadzli said...

Mmg betul student IKM merupakan lambakan utama sebab output dari institusi latihan tersebut keluar setiap 6 bulan, apa yang saya tahu untuk kursus chargeman ada johor, pahang, melaka, kl,kedah.. setiap output adalah kira2 500 org, Tapi harus diingat dengan penyumbang lain seperti ILP dah berapa, IKBN dah berapa, ILSAS dah berapa, intstitusi lain yang lain lagi xpernah dengar lagi dah berapa? jadi faktor sebenarnya ialah Output Chargeman itu sendiri berpada? puluh, ratus, ribu? sama seperti student yang mengejar segulung ijazah. malah kadar penganguran nya terlalu banyak, untuk merebut peluang perkerjaan, jadi persainganya ialah dengan menurunkan gaji. terlalu banyak keluarnya chargeman, dah la nasib chargeman x terbela. ditambah pulak dengan lambakan chargeman diluar sana.. fikir - fikirkan la..

apisz said...

Salam.. Sy student ikbn bakal exam 23 jun 2010.. Ada tips lain x? Lebih risau kat motor control. Bab formula kat atas tu memang soalan fevret kan. Da byk study contoh soalan. Hampir sume ada soalan tu. Nk tye lau nk kire beban lampu flouroscent power 100w ke? Sbab dlm skema jawapan tulis macam tu. Bagaimana lak ngan soket 13a? Adakah darab ngan 200w?
Xstuju ikbn luluskan calon dgn senang. Sy hampir2 gagal di oral(l0m kira markah log book). Terpaksa kuatkan semangat.
Boley x post prosedur nk wat shutdown msb dan rack out acb dgn betul? Pastikan mengikut spec sbnr st t0k amali. Byk sgt versi berbeza.
Lau boleh email kat saya jawapan persoalan saya ni. Masa dah x lama. apismalik[a]gmail.com atau tinggal msg kat apismalik.com

Anonymous said...

PW4 STUDENT (ikbn kinarut)

Seblm kita memulakan "shut down msb" dan "servis ACB" kta haruslah:-
1) mendapatkn permit to work (PTW) dripd pgawai yg brkenaan.
2) maklumkan kpd pengguna terlebih dahulu sblm shut down MSB.
3) sblm mmatikn bekalan,hendak kta merekodkan bacaan ampere dan mencatitkan bacaan trsebut kdalam buku log swith boadrd trsebut.
4) selepas tu,potong bekalan ke beban satu persatu..(pastikan pemotngan bekalan dari beban kecil hingga kebesar)
5) rekodkan semula bacaan jangka ampere skali lg utk memastikan bekalan tersbut btl2 terputus.skiranya terdapat bacaan pd ampere,ini mnunjkkan trdapat msalah pda alat perlindungan.
6) stelah pkara d atas d lakukan,barulah kita OFF kan pemutus litar.
7) yg terakhir,periksa pula bacaan pd jangka volt.

KEMUDIAN LAKUKAN (RACK OUT ACB)
- SERVICE POSITION di mana roller contact brsambung pd busbar manakala auxilary contact brsambung dgn relay.
A) masukkan spindle ke kekuncinya dan tekan butang pd reease button dan putarkan spindle ke arah kiri.

- TEST POSITION d mana roller contact terpisah dgn busbar ttapi auxilary contact masi brsambung dgn relay.
B) apabila arah menunjukkan ke arah test,tekan lagi butang pd release button dan putarkan lg spindle ke arah kiri.

- ISOLATED POSITION dimana roller contact terpisah dgn busbar,manakala auxilary contact trpisah dgn relay.
C) Tekan kekunci rell,dan tarik keluar rell untuk mengeluarkan ACB.

D) tutup penutup kompatmen ACB dan gantung tanda "AWAS" atau "BAHAYA" pd kompatmen ACB trsebut.

E) lakukan penservisan ACB dgn semburkan dan sedutkan kotoran habuk bg semua bhagian ACB dan perangkap arka(arcut) shingga brsih.. Ketatkan bolt nut perangkp arka(arcut),sapukan gris pd roller bar,cuci sesentuh utama,sesetuh arka,sesentuh roda dgn kertas pasir atau kain pasir yg halus.lapkan dgn kain bersih dan letakkan jeli petroleum putih..lakukan ujian keserataan pd ACB,lakukan ujian penebatan kemasukan fasa dgn kmasukan yg lain..lakukan ujian keterusan dlm keadaan ACB ON,lakukan ujian keterusan gelung pnindak pirau gdn menggunakan penguji ohm..

8) selesai saja mmbt pengujian ke atas ACB,masukkan smula ACB dan pastikan ACB dlm keadaan OFF..
- ia juga melakukan 3 mod yg songsang dlm keadaan operasinya..
i) isolate position.
ii) Test Position
iii) service position.

9) seterusnya,periksa semua fius,volt meter fius,power factor fius,shunt trip dan sebagainya..

10) reset OCR dan EFR.


12) ON kan ACB..

12) periksa volt meter (bacaan fasa ke fasa dan fasa ke neutral)

13) beritahu pengguna yg bekalan akn dihidupkan semula..

14) buka out going feeder atau beban dan rekodkan Ammeter dan bacaan power factor meter.

15) tunggu beberapa minit,kemudian catatkan kerja-kerja yg d lakukan kedalam buku log MSB.

16) kemudian kemaskan barang-barang.

17) serahkan atau batalkan permit to work (PTW) kpd jurutera atau pihak pengurusan..


-tu jak prosedurnya pren,ilmu sama2 kta kongsikan k..pasal soket ngan lampu tu,t kta share pas ak makan k..see ur!

Anonymous said...

Tips2 menarik kepada anda yang ingin mngambil exam PW4

Soalan wajib paling popular adalah Faktor Pelbagai untuk Rumah 2 Tingkat.(pastikan disemak bcoz 1 je jawapan yang salah,of course semua salah!!)
kat situ je dah ada 25 markah.
Soalan aneka pilihan ABC mungkin leh skor 20/25 markah.
so dah leh dapat 45/50 markah!!

selebihnya atas usaha anda sendiri..

Utk amali.. wiring trunking and konduit besi macam biasa,tempoh 6 jam(biasa dapat extra 1 jam)
utk Motor Control korang tak payah takut la,
paling kuat pun Star Delta Forward Reverse With Timer je.. (apa2 pun pandai2 la simpan diagram motor dlm poket time amali)

Time amali biasanya suasana clear,Pengawas SJT biasanya stay dalam opis and tak ambil pot untuk 4 jam pertama. so anda leh berbincang dgn 'jiran sebelah' (biasanya confirm jiran sebelah tak akan melayan anda untuk 4 jam pertama)


utk ORAL(yang ni part paling ditakuti)
takde tips untuk oral,cuma korang jangan lupa bawa Buku Log,bawa Pen dgn Kertas Kosong SERTA bawa BUKU AKTA!!
bcoz CONFIRM korang akan terpinga2 semasa oral jika terlupa membawa buku akta.

Semoga Berjaya.

ANZ Technical Services said...

Kelas Kekompetanan Suruhanjaya Tenaga bagi Wireman PW4 dan Changeman A0,A1,A4,B0,B1,B4

Yuran Pendaftaran: RM 50.00

Kursus Kekompetanan yang ditawarkan:

Pendawai 3 Fasa (PW4)
Chargeman A0 (Common)
Chargeman A1 (Over Head Specialization)
Chargeman A4 (Sync. Gen-set Specialization)
Chargeman B0
Chargeman B1
Chageman B4
Pengambilan Sesi 1/2010 DIBUKA SEKARANG


Pendaftaran/Taklimat: 1 Ogos 2010

Untuk Keterangan Lanjut,Hubungi:

012-601 9479 (Mohamad)
http://chargemancourse.blogspot.com/

Anonymous said...

salam...

maaf la yer.. sy ni bkn la pandai sgt.. tu yg nak tanya dlm formula mengira arus motor tu nilai 1.732 tu nilai apa? sy takut juga formula yg sy pakai selama ni salah

arus motor = Power / (voltan * faktor kuasa)

salah ker formula sy? klu power tu dalam hp kite kena la tukar dulu kan kpd unit watt. (1 HP = 746 watt). adakah 1.732 tu faktor kuasa? bukankah faktor kuasa tu antara 0-1.. biasanya 0.8 kan? tak tau la klu sy salah.. budak baru blaja la katakan..

maaf yer, tp pendapat sy tak baik saudara melabelkan lepasan IKM sebegitu.. Sy menyangjung tinggi usaha MARA untuk mempertabatkan anak bangsa melayu.. mana ada institusi kemahiran lain yg mendapat pengiktirafan dari JPA.(saudara blh semak klu tidak percaya).. ada yg kata nak buat apa dgn pointer? bnyk sebenarnya... di IKM adik2 kite bkn saja mendapat sijil kompeten malah mendapat sijil yg setaraf dgn sijil politeknik.. disitu la mereka memperbaiki akademik mereka.. bukan ini satu nilai tambah bg mereka..

dr segi kemahiran, jgn terlalu cepat menilai saudara... pengajar2 IKM terutamanya pengajar senior mempunyai pengalaman yg cukup luas.. ada juga yg dihantar ke luar negara untuk menambah lg kemahiran2 yg ada.. sehingga ada yg menjadi rujukan pihak ST.. tahukah saudara, bahawa kebanyakan soalan untuk peperiksaan yg diuruskan oleh ST untuk calon persendirian diambil dr bank soalan IKM. dan adik2 kite ni pun terpaksa menghadapi ujian amali & oral dr panel luar & dalm IKM itu sendiri... bukannye senang

mmg banyak lambakan lepasan IKM, tp bukan semuanya seperti yg saudara gambarkan.. dan jangan membandingkan skill mereka yg setahun jagung tu dgn pengalaman saudara yg hebat itu... bukankah tidak adil begitu..

mengapa tidak bersaing secara sihat.. dgn pengalaman yg kite ada, tak perlu lah kite rasa gentar dgn lambakan lepasan IKM ni..

mungkin hakikat yg terjadi di sarawak akan menyedarkan kite.. betapa melayu dipinggirkan dalam bidang kita ni.. SESSCO & Unit merinyu Elektrik kebanyakan dipegang oleh Cina. orang melayu mmg tak diberi peluang.. ada saja alasan mereka.. semoga kite disemanjung tidak sebegitu.. saling menjatuhkan sesama sendiri, kaum yg lain pula yg akan mengambil kesempatan

mohon maaf sekiranya apa yg sy keutarakan menyinggung perasaan sesiapa.. tk der niat pun begitu, cuma sy agak tersinggung bila satu badan yg membela bumiputera di label sebegitu...

Anonymous said...

salam..
1.732 tu bukan faktor kuasa dan ianya akan digunakan sekiranya calculation tersebut adalah dari total nilai beban 3 fasa...ini kerana nilai arus yang kita dapat adalah nilai arus purata utk setiap fasa R Y B. sama seperti voltan..1 fasa = 240.. 3 fasa = 240*√3 = 415 volt.. jadi 1.732 = √3

diharap ini akan dapat membantu anda pemahaman teori pengiraan.. kerana sistem Star LV voltan fasa dan talian ada berbeza manakala arus talian dan fasa adalah sama. nilai faktor kuasa utk design current biasa ambil 0.85 (nilai minimum utk elak daripada dikenakan penalti)


contoh pengiraan..

beban R = 1500W
beban Y = 1500W
beban B = 1500W

i utk R = 1500/(240*0.85)= 7.35A maka arus utk setiap fasa adalah 7.35A utk beban seimbang..

sekiranya calculation 3 fasa.. total load adalah 4500W..jadi calc.

I = 4500/ (415*.85*1.732) = 7.36 A adalah bersamaan arus utk setiap fasa...

sekiranya terdapat kesalahan..dialau-alukan utk mmberi teguran membina..tq..

utk bro razib..saya salute awk utk memartabatkan kekompetenan di malaysia..walaupun saya tiada sijil kompeten saya selalu mengakses blog ini utk mencari info n maklumat berkaitan teknikal..terima kasih

Anonymous said...

salam..
sy student dr ikm sijil elektri kuasa ingin mlnjutkan pngjian ke pringkat diploma elektrik kuasa..
blhkah sy mnymbung pngajian ke pringkat diploma di UITM????
sbb rmai student lpasan ikm,slalunya smbung ke BMI,MFI yg brkaitan UNIKL shj..
trima kasih krn mmbantu...

Anonymous said...

salam..
blehkah pelajar lpasan sijil elektrik kuasa dr ikm..mnyambung pngajian ke UITM bg mnjlani krsus diploma elektrik kuasa?????
trima kasih krna mmbntu..

Mohd Razib Ramili said...

Encik,

Lebih baik encik rujuk dengan pihak UiTM sendiri. Rasa saya, tentu boleh kerana kedua-duanya dianjurkan oleh MARA.

adil said...

Suruhanjaya Tenaga telah Menetapkan Standard Voltan Bekalan
Selaras dengan negara-negara maju lain di dunia,
inisiatif untuk menukar sistem voltan 220/380 volt
dan 240/415 volt kepada sistem voltan 230/400 volt
dengan julat +10%, -6% berasaskan standard IEC
60038 dan telah dimulakan yang melibatkan voltan bekalan
bagi sistem satu (1) fasa dan tiga (3) fasa di Malaysia.
Adakah kiraan faktor pelbagai pon telah diubah juga mengikut nilai voltan yg terbaru atau masih mengikut nilai voltan terdahulu..pohon sesiapa boleh jelaskan supaya tidak berlaku kekeliruan???

Anonymous said...

saya ada membaca komen saudara pada blog,maaf jika saya sedikit mencelah dengan apa yang saudara komen berkaitan dengan pelajar-pelajar MARA terutama yang berada di IKM dan Kolej MARA tidak kompeten?terimakasih dengan pandangan itu.....

itu adalah pandangan saudara, yang mungkin seorang dalam seribu, jangan kerana seorang itu yang lain terpalik sama sehingga menjatuhkan institusi kerajaan
-ini mencerminkan tuan seorang saja pakar dalam bidang tersebut?
-Jagalah maruah seseorang, jika dia tidak pandai ajarlah dia.Banyak cara lain yang boleh menaikan imej seseorang supaya kita sama-sama membangunkan orang kompeten.

saya yang ikhlas,
1. zubairi mat zin
pensyarah kolej KKTM MARA
Competent B4 33kV, pw4l
2. Asymal wajdi
Competent penyelia Elektrik
AO,PW4

Anonymous said...

saya ada membaca komen saudara pada blog,maaf jika saya sedikit mencelah dengan apa yang saudara komen berkaitan dengan pelajar-pelajar MARA terutama yang berada di IKM dan Kolej MARA tidak kompeten?terimakasih dengan pandangan itu.....

itu adalah pandangan saudara, yang mungkin seorang dalam seribu, jangan kerana seorang itu yang lain terpalik sama sehingga menjatuhkan institusi kerajaan
-ini mencerminkan tuan seorang saja pakar dalam bidang tersebut?
-Jagalah maruah seseorang, jika dia tidak pandai ajarlah dia.Banyak cara lain yang boleh menaikan imej seseorang supaya kita sama-sama membangunkan orang kompeten.

saya yang ikhlas,
1. zubairi mat zin
pensyarah kolej KKTM MARA
Competent B4 33kV, pw4l
2. Asymal wajdi
pensyarah kolej KKTM MARA
Competent penyelia Elektrik
AO,PW4

mezzanger said...

klu c'man kurang,apakah kualiti akan naik dan apakah tingkat gaji tukang akan naik mencanak....sedarlah diri...

mezzanger said...

btul tu en zubairi,dan saya nak tanya andai takde ikm atau institiusi kemahiran yang melahirkan c'man dan wireman apakah quality nya akan naik dan apakah dengan quality tsb gred tukang dim kerajaan akan naik dan gaji akan naik juga?ikm ini lah yang membela kami org2 cicir tanpa nya mungkin kami cuma kutip besi buruk..syabas MARA,IKTBN

Anonymous said...

Btul tu. Bagi saya kekadang ada sesetengah org cth pemilik blog ini seperti kacang lupakan kulit. Asalnya dari institusi itu sendiri tetapi terang-terangan memburukkan institusi yang menaikkan dia sendiri. Kekadang kita merasakan pengalaman dan pengetahuan kita hebat semasa mengkritik. Mungkin kita lupa disaat kita masih bertatih mungkin pengetahuan kita tidak setakat mana. Memburukkan institusi kerajaan disebabkan sebahagian yang tidak komited adakah patut? Adakah dgn memburukkan institusi kerajaan dapat mempopularkan kelas anda???

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya rasa, formula kiraan lampu discaj yang diberikan adalah tidak tepat. Lampu discaj menggunakan bekalan satu fasa.

Bekas Pelajar MARA

Mohd Razib Ramili said...

Anonymous November 5,

Nanti saya ulas. Thanks 4 your comment.

Anonymous November 8,

Jika ada 10 lampu dan divided to 3 phase supply, itulah formulanya. Jawapan akan sama dengan kamu bahagi kepada 240V dan kemudian bahagi dengan 3.

Anonymous said...

assalamualaikum,

Acctually saya x student IKM jasin..Boleh x bagitau saya cara pengiraan sebenar amp bagi 1 lampu pendaflour yang menggunakan 36W ballast..Dan boleh x saudara terangkan mengapa amp tersebut tidak sama jika dibandingkankan dengan pengiraan secara bertulis dan disukat menggunakan amp meter..?

thanks n regards,

Anonymous said...

saudara gegelung pirau tu apa...pernah dengar tapi dah lupa..

Mohd Razib Ramili said...

Anonymous 2 Mac,
Banyak faktor yang terlibat dalam actual installation seperti rintangan coil, haba dll.

Anonymous 6 April,
Gegelung Pirau = Shunt Trip Coil.

Fluke_Johor said...

Salam, saya cuma nak tanya pendapat, saya merupakan seorang technician aircraft yang mempunyai course yang berkaitan elektrik dan elektronik, tetapi tidak sedalam pendawaian domestik dan luaran (kv). Saya mempunyai basic 3 phase wiring pun kat Teknik dulu, Bolehkah saya menceburi bidang Chargeman dimana saya bila saya nak apply kat Unikl, dia perlukan logbook dan pengalaman kerja berkaitan. adakah caranya untuk saya beralih kepada chargeman walau tiapa logbook dan pengalaman bekerja. Saya bukan suka2 untuk menceburi tapi akan belajar sebaik2 dan ingin menjadi seorang chargeman yang betul2 boleh buat kerja dan bukannya tahu sub shj.

terima kasih

Anonymous said...

Tuan saya memohon jadual gaji atau tangga gaji atau rate gaji bagi chargeman dari AO hingga B4. Ini bagi menjaga value atau taraf chargeman yang bertugas dan mempunyai tanggungjawab dari aspek keselamatan yang besar termaktub dalam AKTA 447

Anonymous said...

beban : 20 unit 1x36W lampu pendaflour
arus maksima : I=20x36Wx1.8 / 230V I=5.63A
arus anggaran : I=80%X 5.63A I= 4.5A

nilai arus untuk arus maksima & anggaran tadi untuk 1 fasa, kalo untuk 3fasa pulak bahagi dengan
surd 3(puncakuasa 3)I maksima bahagi dengan punca kuasa 3, I anggaran pun bahagi dengan punca kuasa 3
SELAMAT MENCUBA...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum tuan,

Sy nk amik PW4...biasanya soalan depa tanya apa??

Terima kasih
Wassalam
AzliZul

Anonymous said...

Kalau dalam bahasa kerja2 JKR n TNB kita sebut Total Connected Load (TCL)bagi arus maksima, manakala Maximum Demand (MD) bagi arus anggaran...

Cikgu Elektrik Melaka
BEM Reg.Number:GE76337A

raider150 said...

AS SALAM....SEMUA..
APA YG TAK KENA NIE.....biasalah kat dunia ada yg pandai dan ada kurang pandai....jadi sesiapa yg berpengalaman atau pandai giler dlm bidang elektrik nie..jadi kita ajar yg lemah tu...bukan ilmu yg dicurahkan tu sebagai amal jariah kita...jadi tak payah nak kutuk sesiapa ingat ...saya pun boleh belajar dgn tuan jugak..saya pun ada ambil student buat OJT dengan saya ,ada yg ok dan ada tak ok langsung yg nie adalah cabaran kita utk mendidik beliau kalau boleh dia hebat lagi dari kita itu baru namernyer pendidik ingat hari nie kita hebat dan kita kutuk org cukup...ingat adakah anak kita hebat mcm kita jugak dan sapa yg ajar beliau utk pandai dan ingat jasa guru kita yg mendidik sampai pandai....saya tahu saya sapa sekolah atap jer kerja tarik kabel jer....sekolah pun x pandai jugak tengok 5 x ambil BO pun x lulus jugak...minta maaf kalau ada salah dan silap...saya sekolah pondok jer...

izhambtsb said...

salam sahabat smua. Sy bru lepas menduduki exam chargeman AO baru2 ni. Soalanya agak mudah. Alhamdulilah blh buat smua. Cuma sy nak tnya adakah markah lulus exam adalah tetap atau bgntung pd quata markah kseluruhan. Harap kwn2 blh beri pandangan.

Anonymous said...

markah lulus masih 50, campuran Bahagian I, II dan III, tak ada qouta2 pun.

Anonymous said...

markah lulus masih 50, campuran Bahagian I, II dan III, tak ada qouta2 pun.

zie said...

tak de qouta untuk lulus. Markah lulus tetap 50.

Anonymous said...

Salam 1 malaysia..
pada pendapat saya, lambakan chargeman LV adalah positive..sedikit sebanyak ilmu yg diterima boleh dimanfaatkan dan paling penting ilmu tentang electrical..untuk ke tahap HT amat kurang..disitu kita boleh lihat peringkat seorang individu, sama cam bidang lain..berjuta ada diploma/degree..tp master/phd (berapa ketul ja)...Sy amat berterima kasih kepada otai2 chargeman yg sudi memberi tunjuk ajar kepada junior macam saya..Ilmu yg kita ada pun tak tara' mana....tak perlu merasa tinggi diri atau rendah diri...be positive thinking, yang mana wat faulty, tegur direct ja(kami tak amik hati)..yang paling penting SAFETY FIRST..& hargailah nyawa anda juga harta benda.

Rafeqhalil said...

Salam kepada admin dan tuan2 sekelian, sy telah lulus ujian teori untuk AO 2012, tp terasa amat gementar bila mendapat panggilan ujian amali & lisan yg berlangsung pd 11/9 di ikbn dusun tua... Disebabkan tiada teman dlm ujian tersebut.. Sy hilang arah untuk mendapatkan sebrang maklumat tentang ujian tersebut. Jd sy minta pertolongan dr mentor2 dan otai berilah sedikit panduan kepada saya... Sbgai cntoh, peralatan yg wajib sy bawa sewaktu ujian amali, dan tip-tip ujian.. Komen tuan2 amat sy hargai..

Anonymous said...

salam...sy ni ada a4,tp jaga kondominium..boring gle...tdo,mkn,tdo,minum n blk umah...lau de sape2 yg da jawatan kosong utk chargeman a4 tlg ler adjust2 ckit ek...nk cr pengalaman lar...lau sape2 y ade tlg emel hafiz_9854@yahoo.com
kerjasama tuan puan amatlah ambo hargai...tq.....takbirrrr

zarul zed said...

Salam,mintak pendapat antara chargemaan dan diploma elektrik kuasa mana lebih baik?sy menuntut di ikbn dn tga amek chargeman a1,skg dpt tawaran dip tek elektrik kuasa kktm,manakah yg harus sy pilih?

zarul zed said...

Salam,mintak pendapat sy tga amek chargeman a1,dn skg sy mendapat tawaran dip tek elektrik kuasa kktm,jadi antara kedua2 ni mana lebih baik? Dari segi gai,kerjaya dan lain2