Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Penjaga Jentera Elektrik ataupun lebih sinonim dengan panggilan “Electrical Chargeman” adalah suatu bidang pekerjaan yang wujud dibawah Peraturan 49, Peraturan Elektrik 1994 yang mempunyai sejarah sebagai suatu kerjaya yang dihormati dan kadangkala diangkat cukup tinggi; sama melangit dengan kerjaya seorang Jurutera Elektrik. Jika kita tidak terlalu egois untuk menoleh ke belakang, kita akan melihat individu-individu yang bergelar Chargeman sering menjadi 'orang harapan” bagi majikan- majikan yang mempunyai pepasangan- pepasangan yang bernilai jutaan ringgit. Untung rugi mereka sering ditentukan oleh “breakdown hours' yang dikepalai oleh seorang Chargeman.
Adakah kerjaya ini masih menduduki “Hall Of Fame” yang sama hebat seperti dahulu? Faktor perubahan yang pelbagai bentuk telah sama-sama mengarusi kerjaya Chargeman; samada semakin gagah atau hanyut ditelan perubahan teknologi, ekonomi, tenaga buruh dan keboleharapan.
Jumlah Chargeman mutakhir telah semakin mengatasi permintaan pasaran. Sekarang, adakah cukup segulung perakuan dari Suruhanjaya Tenaga itu meyakinkan majikan-majikan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi gaji dan elaun seorang Chargeman? Masih lakukah perakuan Chargeman AO seperti 15 tahun yang lalu?
Kita mungkin tidak perasan bahawa Chargeman AO telah setaraf dengan lepasan pelajar Vokasional tahap pertengahan; baik dari sudut tangga gaji mahupun sudut kemahiran. Bukankah ini boleh dianggap sebagai satu isyarat kedatangan bencana terhadap kerjaya ini?
Kemahiran teknikal, pengetahuan teknologi semasa, penampilan kendiri dan akalbudi adalah nilai tambah yang sering menjadi garis pemisah antara seorang penganggur dan seorang yang mempunyai pekerjaan. Seorang Chargeman adalah seorang ketua “dalam pembikinan”. Keupayaan mengurus dan merancang perlu disemat di dada setiap Chargeman muda. Minda seorang Chargeman perlu di”tarbiah” menjadi ketua dan bukan seorang pengikut. Seorang ketua yang hebat perlu berani menongkah arus, berani bersuara dan berani untuk ditakuti.
Bunyinya cukup mengerikan namun itulah cabaran mutakhir seorang Chargeman muda. Tempat Chargeman senior perlu diisi namun majikan tentunya mendambakan seorang yang “convincing” dan bukan berkategori tangkap muat.
Persoalannya, sudah mampukah kita? Sudah bersediakah kita? Layakkah kita?
Sebelum mata melihat di seberang sungai, selidiklah dulu kain yang kita pakai. Jika perkara asas pun kita terkial, bagaimana kita mahu menempuh dunia yang dilanda wabak globalisasi? Chargeman tidak disarung baju kebal “Bumiputera” maka atas alasan itu, saya menasihati diri saya dan kalian; pandanglah industri ini serapat yang mungkin. Ramai Chargeman yang hebat di letak di baris belakang kerana mereka tidak mempunyai nilai-nilai lain yang boleh ditawar kepada majikan. Tentu sahaja kita pernah melihat, orang yang “knowledge macam hampeh” jadi orang kanan, pengurus dan orang harapan majikan. Kita yang buat kerja separuh mati, namun dia yang dipuji tinggi.
Hentikanlah rungutan-rungutan. Belajarlah dari perkara seumpama itu. Negotiation, Leadership and Planning skills boleh menjadi kayu sakti kalian untuk menjadi seorang Adiwira di industri ini. Pokoknya, kita harus rajin, dahagakan ilmu, tidak putus asa, tidak mudah berpuas hati dan sentiasa mahu kehadapan.
Jika perkara di atas telah kita khatam, maka silakanlah berdiskusi perihal tangga gaji kalian dengan majikan. Saya percaya, gaji yang kita harapkan pasti mudah kita perolehi.
Salam Chargeman SeMalaya,
Mohd Razib Bin Ramili
Penulis: http://orangkompeten.blogspot.com
Facebook: Orang Kompeten Elektrik.
2 comments:
salam..mcm mn nk lukis single line diagram utk capacitor bank?..hrp sudi mambantu
salam wbt. saya amat tertarikh dengan blog ni. en.razif amat bekerja keras untuk memperkasakan orang2 kompeten di tanah air. saya sendiri yang cetek ilmu ni tergerak untuk sama2 menambah pengetahuan dan memperkuatkan hubungan dengan org kompetan
semelaya, gka ada saudara2 yang bercadang untuk berdedikusi / berbincang sambil2 mengeteh di kawasan kuala lumpur, kal no ni o19 3633230, nak joint. tq. jx.
seperjuangan
Post a Comment