Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.
Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.
Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili
Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.
Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili
Thursday, January 21, 2010
Institut Kemahiran: Suatu Komentar Serius.
Adakah seorang yang mahu menjadi orang kompeten perlu memasuki Institut Kemahiran/ Latihan yang formal?
Bagi soalan diatas, saya mempunyai 2 jawapan iaitu YA dan TIDAK dengan berdasarkan atas 2 situasi.
Bagi saya, jika kalian bermula dari sifar dan ingin menceburi kerjaya ini, maka bergurulah di lapangan dan tuntutlah ilmu melalui pembelajaran yang formal. Formal disini bermaksud kursus-kursus yang ditawarkan di Institut Latihan dan Kemahiran yang tumbuh bak cendawan.
Namun, jika kalian sudah memiliki kekompetenan dan ingin menaiktaraf sijil kompeten, maka saya sarankan agar sekadar menghadiri kelas-kelas tambahan/ swasta yang diadakan satu atau dua minggu sekali.
Pemahaman dari lapangan pasti akan memudahkan kalian memahami dan menguasai ilmu yang dipelajari dengan mudah. Seorang teman saya, yang mengikuti latihan di IKM telah menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana tenaga pengajar di IKM tidak begitu berpengalaman untuk memberi pemahaman tentang perkakasuis kerana tenaga pengajar itu sendiri amat kurang pengalaman di lapangan.
Nah! Disinilah fungsinya On Job Training. Namun, pihak MARA juga tidak bolehlah mengambil mudah perkara ini kerana nasib anak bangsa sebenarnya yang menjadi taruhan.
Bagi saya, sistem pointer/ GPA yang dipraktikkan oleh IKM adalah suatu perkara yang menggelikan hati. Bagaimana lepasan pelatih mahu mengaplikasikan point tersebut jika ianya "tidak laku" di luar?
Sasaran untuk melahirkan Bumiputera berkemahiran semakin diketepikan. Lepasan IKM didapati kurang berkualiti dan cuma bertambah dari segi kuantiti.
Bayangkan, seorang PW4 lepasan IKM tidak tahu melakukan pengiraan arus bagi lampu. Bukankah ia menjengkelkan?
{akan bersambung}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
salam....
trlebih dahulu sy terasa amat bangga bila mula mmbaca blog saudara....jarang sekali sy dpat melihat blog sebegini...sy juga org kompeten...tp xlah sehebat saudara kerana sy hnya kompeten lpasan ikm..
saudara...
pada sy di dlm dunia ni xde org yg hebat...semuanya sama..xkira dr mana dia belajar..semua org ade kelebihan dan kekurangan...
berkualiti sangatkah saudara sehingga mengatakan kompeten lepasan ikm semuanya x berkualiti???teruk sgt kah kompeten lepasan ikm??adakah B0 yg saudara miliki sepadan dengan ilmu yg ada didada?sudah cukup mahirkah saudara dengan silibus voltan rendah sehingga ape shj persoalan mengenai sistem voltan rendah dpt saudara selesaikan dengan bersahaja tanpa merujuk pada nota?cukup hebatkah saudara untuk menyelesaikan masalah yg berlaku pada sesuatu papasangan?mampukah saudara menjalankan kerja2 tanpa sebarang kesilapan?kalau jawapan saudara adalah YA...maka sy mmg ckup respek dgn ilmu yg saudara ada...mungkin lpasni sy akan melantik syarikat saudara utk jd sub kontraktor sy...
mfkan sy andai ape yg sy tulis menyinggung perasaan saudara..
***kerjaya sekarang walaupun lepasan ikm...
pengarah urusan...
ST kelas A
CIDB ; G7
PKK Elektrik Kelas 1
PKK Awam Kelas D
2010 project..
>10milion
***tidak kira dimana ia bermula....
yang penting dimana ia berakhir.....
assalamualaikum..
M5,
Tahniah kerana Tuan memang hebat. Saya tidak memandang rendah pada lepasan IKM cuma lepasan-lepasan IKM yang mutakhir agak kurang berkualiti jika dibanding dengan lepasan 80 an dan 90an.
Saya tidak pernah mendabik dada mengatakan saya hebat tetapi saya cuma memberi kritikan kepada silibus dan kegilaan pengajar IKM mencari duit luar sehingga pelatih IKM merudum dari aspek pengetahuan.
STE bukan syarikat saya. Ia syarikat isteri saya. Kecik-kecik dan saya cuma cuba membantu apa yang boleh.
Jangan Tuan terasa hati. Saya menulis bukan mencari musuh tetapi mencari jaringan kenalan.
Tuan IKM mana? Tahun berapa? Saya ex JB 96-98.
Kita serupa Tuan.
Just my 2cent.
Tuan, kenapa sekarang ni ramai yg ada diploma tp masih lagi berpeluang ambil kompeten chargeman.. sy rasa nak tanya Tuan memandangkan tuan pemegang diploma, Tuan mana ambil dulu..diploma?wireman?chargeman?
kalau tuan ambil wireman,kemudian chargeman n kemudian diploma...
fuhh....Tuan layak utk digelar Hebat...
Tp jika tuan ambil diploma kemudian bru ambil chrgeman/wireman... no wonderlah Tuan hebat..
Kpd yg ada diploma xkisahlah diploma apa pun, xsah lah ambil chargeman.. dlm buku akta/per min ting. 3 je kelayakan utk ambil chargeman & skrg St nak SPM...kesian la sikit kpd yg akademik jem mcm sy ni.
Apa kata Tuan?
Tuan, kenapa sekarang ni ramai yg ada diploma tp masih lagi berpeluang ambil kompeten chargeman.. sy rasa nak tanya Tuan memandangkan tuan pemegang diploma, Tuan mana ambil dulu..diploma?wireman?chargeman?
kalau tuan ambil wireman,kemudian chargeman n kemudian diploma...
fuhh....Tuan layak utk digelar Hebat...
Tp jika tuan ambil diploma kemudian bru ambil chrgeman/wireman... no wonderlah Tuan hebat..
Kpd yg ada diploma xkisahlah diploma apa pun, xsah lah ambil chargeman.. dlm buku akta/per min ting. 3 je kelayakan utk ambil chargeman & skrg St nak SPM...kesian la sikit kpd yg akademik jem mcm sy ni.
Apa kata Tuan?
Assalammualikum ...
Rasanya tak perlu kita menyatakan lepasan mana .... tentang kualiti pelajar lepasan institut latihan .. sejak akhir - akhir ini sememangnya agak teruk ... tak kira ikm , ikbn , ilp poli malah juga universiti...
saya bukanlah orang kompeten ... baru nak belajar dan menjadi orang kompeten. Asal saya dalam bidang elektronik ..
saya minta yang dah jadi pengarah ke ketua pengarahker .. kaji balik kaedah penilaian kita ... jangan pentingkan kuantiti .. tapi pastikan kualiti ...
kembali kepada perkara perbincangan di atas .. pada pandangan saya dasar latihan sekarang lebih mementingkan kuantiti dan bukannya kualiti.mengapa saya nyatakan demikian ...
1. perbandingan sistem mlvk dahulu dengan sistem skm sekarang ... jika dahulu bagi peperiksaan mlvk asas , pertengahan dan tinggi .. cukup susah nak lulus.. dan pemeriksa adalah daripada luar bukan dari institut yang sama. kini sistem skm ... buat portfolio boleh dapat skm t1,t2 dan t3. walaupon baru ini di perkenalkan kembali sistem ujian ... masih tidak menyamai sistem ujian dahulu ...
2. tahap kemasukan pelajar ... boleh dikatakan pelajar yang masuk ke institut latihan kini ... banyak yang lepasan dah terbuang .. malah no bomba 999 pon ada .. nak ambil kursus elektrik jika dulu perlu kredit math dan sains ... la ni tak payah dah ..main tangkap muat.
3. kini pointer tinggi tapi tiada kualiti ... pernah saya menemuduga satu graduan sebuah universiti ... tak perlu sebut la mana ... mempunyai pointer 3.76 ... ni ijazah kelas 1 nih ... dlm temuduga tersebuit saya minta beliau melukis simbol transistor npn ... malangnya tak tahu ... itu baru perkara asas dalam elektronik ... so macam mana mamat ni nak mintak jadi enggineer... kalu simbol schematik pon tak tau ...rasanya antar faktor nya sebab mudah lulus dan dapat pointer tinggi ... jika universiti dulu mengamalkan sistem 30 kerja kursus (KK) dan 70 peperiksaan akhir (PA) . tetapi kini 50KK dan 50PA ... maka nak dapat pelajar fail ponsusah kini .. malah lebih banyak yang boleh maintain 3pointer keatas ...
em..kdg2 aku pon heran gak knp st kdg2 ssh nk trima org yg br genap2 pngalaman 3 tahun nk amek chargemen. mcm kes aku pon aku tpakse gune spm je..dip buang kat longkang la cmtu..hehe.
Baguslah ST buat bgtu bro Nazeroth..pengalaman kendali radas idup penting bro..
Time aku study Ao dlu, En. pgajar aku xakan ambik calon yg xde exp. kerja. bukan tu saja, dr semua segi dia duk teliti, disiplin,ketinggian,saiz badan,kemahiran berkomunikasi,kepimpinan...dr situ lahirlah chargeman yg berkualiti.
klau saiz badan xkena En. aku ckp mcmana nk rack out/in ACB yg berat nanang... klau lembut awal2 kena reject..Bagus lagi amal mcm aku practikkan skrg.. jerkah kat junior tech tempat kite kerja time dia duk pegang multimeter or nak ON breakaer tgk terketar/gelabah... klau terketar/gelabah..kena bgi kasi ilang ketar/gelabah tu dlm 2 tahun lagi n baru bleh apply nak jd chargeman yg berkualiti. n klau yg pg Diploma tp ambil chargeman... dpt kerja bwh aku siap la korang..hari2 aku suruh mop lantai substation.. aku mmg anti btui dgn org yg ada dip....apply chargeman..
aku msih comfius saiz 32amp dgn bro nazib kita say kenalan dia umur 32thn dh pg B4 33kv.. cuba check balik bro tu.. ntah2 ada degree..sbb kpd yg jd chargeman mesti tau.. hanya pengalaman shj yg membantu chargeman utk upgrade lesen kompeten..makan masa bertahun2.. lainlah kalau org tu cerdik pandai.. pemikiran tahap degree... mudah la lepas amik exam... bg aku yg ada spm susah gile..tp bg org mentaliti diploma/degree kacang je lah exam chargeman tu....
Zambri,
Saya start ambil PW2 tahun 1996. Ambil A1 tahun 2000. Ambil A4 dan PW 4 tahun 2004. Ambil Diploma tahun 2008. Ambil BO tahun lepas (2009).
Kawan saya yang dapat B4 33kV tu adalah X-Chargeman Samsung Corning. Takde diploma atau degree.
Dia rajin ambil exam. Orang panggil dia Wak.
Dia dapat B433kV dari ILSAS tahun 2004. Tak percaya, boleh pergi check.
Kerinchi Pirates,
Saya suka komentar anda dan saya ada cerita mengenainya. Nanti saya post kan.
"n klau yg pg Diploma tp ambil chargeman... dpt kerja bwh aku siap la korang..hari2 aku suruh mop lantai substation.. aku mmg anti btui dgn org yg ada dip....apply chargeman.."
Beware kpd org yg ada dip dan pegang chargemen :)
as for work i also dealing with many chargemen. tp bgusla chargemen malaysia ni..most pandai2dan berani2..asal xnk je reject (DOL motor 1hp pon siap nk letak MCB dgn isolator skali)..samada nk tnjuk hebat or nk yg tbaik..wallahuaklam.. :)
Nazeroth,
Kalau takde MCB, circuit breaker apa yang digunaklan?
Penggunaan Isolator adalah opsyenal, bergantung kepada sifat pepasangan tersebut. Kalau di Kilang Air Minuman, isolator agak penting kerana yang directly acces to the system adalah operator. Penggunaan double pole switch juga opsyenal.
Dalam IEE, motor yang melebihi 1/2 hp wajar ada pemula (starter).
Dan;
1/2 hp - 3 hp = DOL
3 hp - 5 hp = Star Delta
5 hp ke atas = Auto Transformer.
Ada juga yang langgar IEE ni..Asal motor jalan, sudah! Agaknya la...
yes..xslh ape yg cik kata tu..mksd sy diatas ialah pnggunaan isolator.
oleh kerana location isolator pada control panel, not much diff drp xde isolator (This isolator not handle lock type).
Naz,
Agreed!
very hot la this country!
Salam... puncanya sekarang ni adalah tenaga pengajar.. kebanyakkan tenaga pengajar sekarang ni tiada pengalaman dlm bidang yg diajar.. Ada diploma/degree nak ajar Wireman & chargeman. fresh grade lak tu. Kalu ada competen engineer ke ok la.. pastu yg ada wireman /chargeman tak ada pengalaman jadi tenaga pengajar, bila pelatih tanya lebih skit nganga... suma ni atas minat sama ada bagi cikgu/pelatih.. walau pun kalu cikgu ajar setengah nak mampus tapi pelatih buat de/ tido (malas)... tak bleh nak buat apa gak...hasilnya mcm ni la... kepada en jib.. anda bernasib baik berjumpa kerana terjumpa mamat pw4 tu...
assalamualaikum...kepada yg empunya ruangan nie...saya sangat teruja dgn isi kandungan dan commentar2 dari semua orng kompeten.. saya teringin sangat nak jadi ornag kompeten mcm encik2 semua..dah lah sekarang nie kelayakan tuk mohon pendawai kena ada spm baru layak untuk memhon hampeh tul lah...tak blh ka pegawai ST bgi kelonggaran....
akubah,
SPM bukan wajib...yang wajib Tamat Tingkatan Lima...(walaupun ia macam serupa).
Kelonggaran? Berbincanglah dengan ST. InsyaAllah.
Bro Potai,
Masalah ini bukan sahaja untuk orang kompeten ST sahaja, bidang lain pun sama. Saya bukan orang kompeten ST, cuma partner saya orang kompeten. Bidang kompeten saya IT, dan masalah sama juga timbul. Pengajarnya degree bergulung-gulung tapi penuh teori saja.
Dalam banyak2 orang kompeten yang saya jumpa, jarang yang ada kemahiran menjadi seorang pengajar yang baik. Kerja tip-top tapi bila nak terangkan pada orang lain agak sukar. Apatah lagi nak bagi kelas. Jadi terpaksalah kita sandarkan pada lepasan degree itu.
Orang Kompeten yang boleh mengajar dengan baik permintaannya amat tinggi.So tuan-tuan yang dah ada pengalaman tahap dewa ini rajin-rajinlah asah bakat public speaking. Tak susah pun dan tak ada risk live wire. Mana tahu ada rezeki tuan-tuan boleh la dapat 2-3 ratus sejam.
setuju dengan wan....
Salam..
Merujuk;
Peraturan-peraturan elektrik 1994
Peraturan 49 (5)
Walau apa pun subperaturan (1), (2) dan (3) Suruhanjaya boleh mengecualikan, mengikut budi bicaranya, mana-mana orang daripada mana-mana atau semua kehendak yang diperlukan untuk peperiksaan itu.
Dengan berkuatkuasanya peraturan di atas, masalah kualiti atau kuantiti, pengetahuan seseorang kompeten itu tidak akan timbul.
Namun begitu, professionalisme haruslah ada untuk memenuhi kehendak Akta Bekalan Elektrik (Akta 447) ada menyebut berkenaan dengan perkara berhubung keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud berkaitan.
Untuk menyedarkan orang ramai tentang penggunaan elektrik dengan cekap, ST perlu mencari org yang cekap dan itu dinamakan org kompeten. Untuk menghasilkan orang yang cekap, memerlukan cara pembelajaran yang cekap, usaha yang cekap tidaklah bergantung kepada tenaga pengajar yang cekap.
Ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Walaubagaimanapun, meluluskan org yang dikenal pasti sebagai tak cekap adalah suatu keadaan yang membingungkan. Dan ini yang patut dipersoalkan.
Dimana, secara realistiknya, sebolehnya warga persatuan industri Malaysia mahu Penjaga Jentera Elektrik dimansuhkan dari sebahagian Seksyen 23.
Merujuk;
Akta Bekalan Elektrik 1990
Seksyen 4 (g)
Ada menyebut tentang kemajuan ekonomi Malaysia, dimana Persatuan Pengilang/Industri di Malaysia mempunyai haknya tersendiri di dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 dan memungkinkan PJE terus dimansuhkan jika terdapat sebarang ketidak-cekapan warga PJE sendiri dalam mengawal masalah ini.
Harapnya, semua warga PJE tidak kira mempunyai dip atau deg, pmr atau spm, dari sekolah tinggi atau kolej, universiti sekalipun, level AO hingga B4, dalam SESB, SESCO dan TNB sekalipun, 11,22,33 hingga 500kV sekalipun, harus beringat tentang kecekapan anda sendiri dalam cara menangani masalah org kompeten yang tidak cekap samada secara attitude dan pengetahuan dsbgnya sebelum hak anda di dalam Akta adalah TIADA.
Sama-samalah saling nasihat-menasihati, ingat-mengingati, tolong -menolong, bantu-membantu, saling memberi dan mengisi.
"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"
Jom berkomunikasi di;
http://www.mychargeman.activeboard.com
Post a Comment