Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Monday, January 25, 2010

Institut Kemahiran: Suatu Komentar Serius.{II}


Reaksi bercampur-baur yang saya terima setelah bahagian pertama posting ini disiarkan, memang telah dijangka sejak dari awal. Memang agak sukar untuk menerima kebenaran namun kebenaran itu kan tetap kebenaran. Kewujudan blog ini bukan untuk memperlekehkan mana-mana pihak atau mengendos istilah "bodoh" dan "bangang" kepada sesiapa, tetapi untuk memartabatkan profession dan kerjaya sebagai seorang orang kompeten di bawah akta 447.

Sama ada kita sedar atau tidak, orang kompeten akan lenyap jika terdapat pindaan atau pemansuhan Akta 447 kerana kewujudan orang kompeten berasaskan dari akta tersebut. Maka, bagi memastikan kehadiran orang kompeten mutakhir terus dipandang berwibawa dan berilmu, maka sesuatu perlu kita lakukan.

Kalau Chargeman nak harapkan PEJEMA, maka terlingkuplah institusi Penjaga Jentera (jika ia boleh dikategori sebagai suatu institusi). PEJEMA adalah singkatan pada Persatuan Penjaga Jentera Malaysia. Apa fungsi PEJEMA? Kalau kalian tanya saya, saya jawab "ENTAH". Kalau sesiapa ada informasi terkini, sila maklumkan saya. Saya akan war-warkan ke seluruh alam. Malang sungguh sebuah persatuan tiada laman web. Kuno betul!

Apa bukti mudah kebanjiran orang kompeten lepasan Institut Kemahiran hanya menjahanamkan profession kekompetenan terutama Pendawai dan Penjaga Jentera?

Kalian boleh buat kajian sendiri. Berapa gaji seorang Chargeman AO pada 1995 dan 2005? Pada 1995, gaji seorang Chargeman AO tidak kurang dari RM1800. 2005 pula, ada yang hanya mendapat gaji RM750 .

Berapa weightage kebergantungan organisasi kepada Chargeman yang digaji mereka? Kalau saya, saya akan jawab 45%!

Organisasi lebih percaya kepada kontraktor dari Chargeman mereka sendiri. Kalau pegang multimeter pun menggigil, maka wajarlah ia jadi sebegitu rupa.

Gantung lesen (illegal tapi ia berlaku) seorang PW2 pada tahun 1999 adalah RM400 sebulan. Bila terlalu ramai PW4 yang keluar melata di muka bumi ni, harga gantung PW4 boleh menjadi RM150! Ini bukan main-main, saya mempunyai bukti. Pendawai lepasan Institut Kemahiran tidak tahupun prosedur "gantung lesen" dan ada yang menyerahkan sijil ASLI kepada majikan!

Kelakar dan memeranjatkan bukan?

{akan bersambung}

13 comments:

Nazeroth said...

"Organisasi lebih percaya kepada kontraktor dari Chargeman mereka sendiri. Kalau pegang multimeter pun menggigil, maka wajarlah ia jadi sebegitu rupa."

sketsa as pengajaran..

Chargemen kilang:manager, panel ni xde efr..better klo ada efr utk protection dan safety drp earth fault.
Manager kilang: oo yeke..than how?
Chargemen kilang: pggil contractor dtg pasang, calibrate.

Contractor: bos, chargemen ni nk efr.kt xde chargemen yg bole calibrate EFR.how ah?
Bos Contractor : xpe..kt sub bg chargemen yg bole calibrate.utk installation CT dan EFR, u yg pasang oke?
Contractor: orait.

Sorry la kpd yg terasa eh...
cheerss !!

Mohd Razib Ramili said...

Naz;

Buat pengetahuan Naz, Chargeman boleh calibrate tetapi test report ditandatangani oleh Engineer. Dalam konteks orang kompeten, Engineer perlu ada di site samada membuat calibration atau mengawasi/ menyelia kerja-kerja calibration.

Peraturan yang berkaitan, rujuk peraturan 110 (4).

Nazeroth said...

sorry i was wrong..mmg btol cik ckp. tq krn tegur.
tp rsenye byk yg xmemerlukn jurutera perkhidmatan tu turun kat site utk "memantau" kerja calibration.

Mohd Razib Ramili said...

Naz,

Saya pun bukannya maksum. Knowledge u lagi dasat bro.

Blog ni pun, untuk tukar2 pandangan kan?

Anonymous said...

Geli hati dgr steatment bro Naz kite.. nasib baiklah bro Razib tgur awal2... xpe Naz... pengalaman kerja sbg org kompeten akan mengajarkan.. tu pun jika bro mmg btl2 buat kerja sbgai org kompeten..

Mohd Razib Ramili said...

Anonymous;

Kamu tak kenal Nazeroth..Otai panel board dia ni..

Kita ni, ada yang kita tahu tapi orang lain tak tahu..dan ada juga yang orang lain tahu tapi kita tak tahu..

So, kita tukar2 pandangan la..Saya pun tak semestinya betul...betul tak?

Wallahualam.

Nazeroth said...

to Anonymous:
sorry weh aku pttnye check dl cert calibration ni sblm ckp cmtu..sori2 sume..

Anonymous said...

Btul2, sori otai2 skdar melawak... kite sesama org kompeten..berkompetenanlah kita sama2.. yg tau sama2 dikongsikan..semoga bertambahlah pengetauan ilmu kekompetenan kite agar terus berkompetenan lagi kompeten kite.
bagus2..teruskan..

Nazeroth said...

im not competen person :)

Anonymous said...

Salam bro..

Aku terpaksa bersetuju 100% dgn ko, senario ni berdasarkan pengalaman sebenar la bro ye;...

1. Open Interview untuk Juruteknik Penyelenggaraan Bangunan:

Setelah menapis application form, 30 orang randomly aku pilih, 10 takde sijil kemahiran ada pengalaman, 10 sijil kemahiran pelbagai tanpa pengalaman, 10 chargeman AO + A1 dgn dan tanpa pengalaman.
Aku cuma nak sentuh pasal 10 org yg ada kompeten ni. Aku bagi dorang kertas kosong, muka depan lukis skematik lampu kalimantang, muka belakang lukis skematik ELCB. Result; 5 berjaya lukis skematik kalimantang, 5 lagi lukis "LAMPU KALIMANTANG". ELCB? Sorang je yg boleh lukis! Sebagai majikan yg nak menggajikan, apa agak korang nak buat?
Pandangan aku inilah yg akan & sedang terjadi "(Berapa gaji seorang Chargeman AO pada 1995 dan 2005? Pada 1995, gaji seorang Chargeman AO tidak kurang dari RM1800. 2005 pula, ada yang hanya mendapat gaji RM750.)" Kepada kompeten sorang yang berjaya tu aku offer dia 1.1K dan dia terima!


1. Interview untuk Pengurus Penyelenggaraan Bangunan:

10 Org yg disenarai pendek, 5 datang interview, 3 ada kompeten BO. Pengalaman hebat-hebat.(Tgk Resume). Mintak gaji suma below 4.5k. Apa perasaan korang sbg seorang kompeten? Ini nak bagi mampos kompeten!
Last2 aku ambik org yg takde kompeten......
"(Berapa weightage kebergantungan organisasi kepada Chargeman yang digaji mereka? Kalau saya, saya akan jawab 45%!)"
Kalau tak termasuk diri aku sendiri, aku akan kata 20%!

Ah lu pikir la sendiri....

Mohd Razib Ramili said...

Pul,

Part yang paling kelakar adalah "Aku bagi dorang kertas kosong, muka depan lukis skematik lampu kalimantang, muka belakang lukis skematik ELCB. Result; 5 berjaya lukis skematik kalimantang, 5 lagi lukis "LAMPU KALIMANTANG"

Diorang buat lukisan siap shadow ke? Hahaha...kelakau!

Anonymous said...

korang pernah tak tengok lampu kat court badminton kat kampung-kampung?

Ha...sebiji rupa itu!

kwang....kwang....kwang.....

Mohd Syafiz Abd Hamid 012-4623492 said...

salam..

encik,saya nak tanya ada apa2 tip tak untuk exam amali dan oral AO.