saya ada membaca komen saudara pada blog,maaf jika saya sedikit mencelah dengan apa yang saudara komen berkaitan dengan pelajar-pelajar MARA terutama yang berada di IKM dan Kolej MARA tidak kompeten?terimakasih dengan pandangan itu.....
itu adalah pandangan saudara, yang mungkin seorang dalam seribu, jangan kerana seorang itu yang lain terpalik sama sehingga menjatuhkan institusi kerajaan
-ini mencerminkan tuan seorang saja pakar dalam bidang tersebut?
-Jagalah maruah seseorang, jika dia tidak pandai ajarlah dia.Banyak cara lain yang boleh menaikan imej seseorang supaya kita sama-sama membangunkan orang kompeten.
saya yang ikhlas,
1. zubairi mat zin
pensyarah kolej KKTM MARA
Competent B4 33kV, pw4l
2. Asymal wajdi
Competent penyelia Elektrik
AO,PW4
Assalamualaikum warahmatullah.
Pertamanya, maaf jika niat saya menegur kualiti yang dipunyai oleh "kebanyakan" produk Institut Kemahiran/ Latihan dipandang dari sudut yang amat negatif. Sebagai tenaga pengajar , tentu sekali kalian akan berasa terpanggil dan akan ada yang "menyinga" dengan tulisan-tulisan saya sebelum ini.
Percayalah, jauh sekali hendak saya memperlekehkan dan apatahlagi menghina lepasan Institut Kemahiran / Latihan yang berlambak-lambak di pasaran. Jika saya salah, sila buktikan. Setakat hari ini, saya percaya kenyataan-kenyataan saya adalah benar dan betul. Dan, tidak pula saya mendewakan mereka-mereka yang berhempas-pulas memperolehi kekompetenan melalui peperiksaan persendirian (private examination).
Kita mudahkan, sekiranya seorang individu menjalani proses-proses pembelajaran selama 2 tahun di Institut-institut kemahiran/ latihan, maka kita akan andaikan pengetahuan mereka adalah melampaui tahap WOW!
Malangnya, ada bekas pelatih IKM yang tidak tahu formula mengira arus lampu. Malahan, ada yang tidak pernah tengok pun Borang G dan H. Salah siapa? Salah cikgu atau salah mereka yang tidak mahu ambil tahu?
Benar, isu kualiti adalah subjektif untuk didebatkan. Sebagai individu yang sayangkan industri ini, kita wajar memikirkan sesuatu agar lambakan ini tidak menjejaskan periuk nasi kita sendiri.
InsyaAllah, jika ada kelapangan, saya akan sambung penulisan ini.
nota kaki: bersangka baik (husnuzan) adalah jalan terbaik.
4 comments:
saya bersetuju dengan pandangan en razib....mereka yang mendapat sijil kekompetenan daripada pengalaman adalah lebih berkualiti daripada mereka yang mendapat drpd institusi...saya tidak cakap semua dan juga tidak mengatakan sijil daripada institusi tidak bagus..cuma jika dinilai dari segi kualiti...melalui pengalaman (calon persendirian) adalah lebih baik. mungkin dari segi pendedahan, mereka kekurangan working at site environment...
-pihak berkecuali, tidak memiliki apa2 kekompetenan tetapi pernah bekerja sbg site eng. bersama org kompeten-
emmm bagaimana plk chargeman LV lulusan ILSAS...tahap ape kualiti mereka...berapa ramai lepasan ILsas
yang benar2 KOMPETEN.
syarat kemasukan, kaedah perperiksaan
terlalu mudah...(boleh bincang)dengan kata lain siapa masuk ILSAS gerenti lulus 90%...boleh komen
Salam, Saya terpanggil untuk memberi sedikit komen berkenaan isu orang kompeten yg kurang berkualiti..Saya terlalu yakin untuk mengatakan bahawa demikian...kalau dilihat secara jujur dan mendalam,tidak timbul isu kurang kualiti dan ianya sengaja di perkatakan agar terdapat peluang untuk merendah rendahkan sesetengah pihak...masalah yg sebenarnya ialah...gaji orang kompeten ni selalunya tinggi sedikit...jadi majikan selalunya inginkan pulangan/ hasil yg setimpal dari wang gaji yg telah di bayar kepada orang kompeten...maka disuruhnya kerja2 paper works/ kerja2 pengurusan yg mana benda2 tu semua tidak ada dalam sylabus semasa belajar...kalau setakat nak shut down, on/off GCB/VCB/ACB/LBS/ START AND OFF GENSET..BERLAJAR 1 HARI, BUDAK 10 TAHUN BOLEH BUAT..CUMA NAK KENA SELALU LAKUKAN SAJA... SO TAK DE ISU PASAL KURANG KUALITI NI...
salam...ni rezeki masing2..
bukan sume yg tamat pengajian yg memiliki sijil kompeten bekerja dalam bidang yang same. pengalaman yang membezakan. so sape yg byk pengalaman, besyukur la. yg pastinye kene ingt la, masing2 da kelemahan diri. bkn kite la yg terbaik...wassalam
Post a Comment