Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Wednesday, November 10, 2010

Pentauliahan Terhadap Institut Kemahiran Wajar Dihentikan!

Bismillahirrahmanirrahim.

Mungkin ada yang tersentak dengan tajuk penulisan saya kali ini terutamanya mereka-mereka yang menghentam penulisan saya dengan ejekan, kritikan dan komen-komen yang kebanyakannya tidak membawa apa-apa maksud dan tidak mengetengahkan bukti-bukti bahawa apa yang saya tulis itu adalah salah. Bukan saya mendabik dada dengan apa sahaja informasi yang saya ada, tetapi sekadar mengharap sesuatu yang positif di Industri Kekompetenan khususnya agar ia kekal menjadi wadah anak-anak kita mencari sesuap nasi bagi menampung kehidupan mereka yang tentunya lebih mencabar.

Berbalik kepada matlamat asal, kita seharusnya bertanya kepada diri sendiri, mengapa agaknya pihak Jabatan Bekalan Elektrik & Gas (bidang kuasa kini di bawah Suruhanjaya Tenaga) mentauliahkan kepada institusi-institusi latihan dan kemahiran ; menganjurkan/mengendalikan kursus, peperiksaan dan seterusnya "menganugerahkan" perakuan orang kompeten kepada pelatih/pelajar mereka. Jawapannya amat mudah. Negara ketandusan orang kompeten tertentu (pendawai dan penjaga jentera) bagi menampung permintaan dan kehendak yang diperlukan memandangkan negara sedang dipacu dengan kadar cukup aggresif sehingga pentauliahan dengan objektif agar produk-produk yang dikeluarkan dapat menampung kelompongan tersebut. Usaha lain yang dibuat adalah dengan kewujudan Orang Kompeten Terhad (Restricted).

Setelah melepasi satu dekad, masalah tersebut dapat diatasi sehingga suatu pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga bertarikh 12 Jun 2007 yang membatalkan dan memberhentikan pengeluaran perakuan Penjaga jentera Terhad. Bagi membaca pekeliling tersebut, sila klik sini.

Pekeliling itu turut menyatakan bahawa pengeluaran perakuan sedemikian adalah tidak relevan lagi. Mengapa? Negara sudah mengalami "lambakan" seramai 30400 orang diseluruh negara. Itu cerita 3 tahun lalu.

Jika kita tidak terlalu negatif, mungkin kita dapat menggambarkan kuantiti Penjaga Jentera pada hari ini. Saya menjangkakan angkanya hampir mencecah ratus ribu orang. Teori Pengurusan menyatakan bahawa apa sahaja perkara yang kuantitinya melampaui permintaan (quantity beyond demand) akan mengakibatkan harga jatuh secara kritikal dan kepentingan sesuatu itu tidak lagi dipandang prioriti apabila ia berubah menjadi lambakan (massive quantity over demand).

Kita boleh mulai bertanya kepada diri sendiri, adakah Penjaga Jentera Voltan Rendah masih lagi boleh negotiate dengan bakal majikan atau secara sifir yang lebih mudah; adakah mereka mempunyai pilihan?

Jika soalan yang sama disoal kepada saya, maka dengan pantasnya saya menjawab TIADA.

DENGAN ITU, BERSAMALAH KITA MEMOHON BUDI BAIK PIHAK SURUHANJAYA TENAGA AGAR MENARIK BALIK PENTAULIAHAN TERHADAP INSTITUT KEMAHIRAN/ LATIHAN DENGAN KADAR SEGERA.

Jika kualiti yang kita mahu, tindakan pro-aktif perlu dilakukan segera.

Ada juga pembaca yang mempersoalkan kredibiliti saya mengkritik Institut Kemahiran/ Latihan kerana saya juga menerima asuhan awal di sana. Fahamilah bahawa saya tidak berniat menjadi manusia yang menidakkan jasa dan ilmu yang di tumpahkan terhadap saya, cuma saya mengetuk pintu minda kalian agar sedar bahawa "cahaya semakin malap di hujung lorong" (sekadar metafora). Jika tiada yang menyedarkan, maka nilai Orang Kompeten Elektrik (PJE & PW khususnya) akan jatuh dan tidak ubah umpama sampah.

Jangan terperanjat bahawa ada Cikgu-cikgu Institut Kemahiran yang "menjual" pelatih mereka kepada kontraktor elektrik walaupun mereka tahu dan faham bahawa "Gantung Sijil" adalah salah dan merosakkan industri. Bisa sahaja saya menyebut nama-nama mereka tetapi saya memilih untuk "diam' kerana berhusnuzan bahawa mereka sudah "insaf" dan berubah. Bersama kita doakan.

Berbalik kepada persoalan pokok, renungilah ia begini:

Kadar Inflasi semakin naik namun kadar gaji Orang Kompeten semakin menurun. Harga barang semakin menhenyak perut tapi Orang Kompeten semakin mengikat perut mereka (yang gendut?). Kontraktor semakin bertambah tetapi nisbah Orang Kompeten yang bekerja di bidangnya semakin membimbangkan. Malapetaka apakah lagi yang kita tunggu?

Mungkin kalian mahu menunggu bantuan dari langit agaknya. Dimana suara Persatuan Penjaga Jentera Malaysia ya?


Wallahulam.


nota kaki: komentar amat dialu-alukan tidak kira yang membina atau membinasakan.

12 comments:

Anonymous said...

SALAM buat penulis blog yanag amat dikasihi.pendapat saya tentang isu yang akan membangkitkan kemarahan individu lain yang terlibat dalam bidang kekompetanan iaitu isu penarikan pusat tauliah yang telah lama melahirkan kompetan2 yang saya yakin komited dalam idustri ini.mungkin terdapat segilintir atau sekelompok org kompetan yang tidak komited.atau istilah lain cukup bulan pergi atm .cucuk kad. ambil duit.berapa ramai org kompetan yang berani tegur majikan mereka jika majikan buat kerja tidak ikut prosedeour.isu menarik balik tauliah pusat latihan akan membantutkan usaha pihak st melahirkan individu yang berkompetan .saya tidak bersetuju.tetapi jika syarat2 untuk menjadi org kompetan diketatkan.saya bersetuju.kita juga perlu berfikir dari sudut lain.buat apa kerajaan lantik pengajar2 yang berdedikasi selama ini untuk mengajar anak2 muda lepasan spm atau mereka yang sudah berumur untuk menjadi org kompetan.apa hala tuju pengajar2 tad

Anonymous said...

bila pusat tauliah ditarik balik.apa akan jadi dgn pengajar2?dari pihak penulis blog saya dapati cadangan itu baik.sbb nak jaga imej org kompetan.taraf gaji org kompetan.mungkin harga untuk belajar di kelas2 luar akan meningkat naik secara mendadak.yang untung pengajar yang buat kelas itu.yang aniaya adalah calon2 atau bakal org kompetan yang komited untuk memajukan industri ini.cara yang terbaik adalah sistem kuota.tapi pihak st perlu menkaji dgn sedalam2nya.jgn sampai bangunan makin byk dibina.tapi org kompetan tidak mencukupi.jika permintaan dan pengeluaran sama byk.pasti nilai org kompetan dalam kategori ORG KOMPETAN SEJATI,terus bersinar menerangi industri ini

Anonymous said...

susah nak jumpa org atasan kita yakini org kompetan yang lama dalam bidang ini dalam company kita sendiri untuk backup kita dalam perihal gaji.org atas duk jaga periuk nasi dia jer.tak nak bela.bagi tau bos.naikkan gaji.hanya segelintir sahaja yang berani backup kita.banyak org tahu mengampu atau kipas bos untuk periuk nasi sendiri.atau istilah alaf baru,ISAP KUAT.Tgk muka dah tahu.saya setuju persoaln yang diutarakan oleh penulis blog.Dimana suara PERSATUAN PENJAGA JENTERA? takut ada yg tertanya2.wujud ke persatuan yang kita bangga2kan.saya memang bangga menjadi org kompetan.nak jadi org kompetan yang sejati.belajar dari otai2 kompetan yang berkaliber.termasuk pengajar2 dari intitut.

Anonymous said...

yang salah bukan pengajar.TETAPI individu yg mempunyai kompetan tetapi jiwa tidak kompetan.nak jadi kompetan sb gaji nak banyak.ikut member.nak keje rilek.buat wiring sekadar berfungsi.tapi tak ikut aturan.berapa ramai buat wiring.tapi tak buat pengujian.kita ajar tuan rumah.bukan tuan umah ajar kita.macam kita buat projek berskala besar.PIHAK KONSULTAN memberi nasihat n tunjuk ajar pada kontraktor pendawaian melalui org kompetan.bukan org kompetan dari kontraktor pendawaian memberi tunjuk ajar pada konsultan.tak dinafikan mungkin ada pihak kontraktor pendawaian mengalami masalah ini..semua org kompetan pelu laksanakan tugas masing2 dgn penuh dedikasi.jgn sb kita IR .kita sombomg.meninggi diri .org akan sanjung individu yng tahu bercakap dan tahu hands on.mungkin ramai di luar sana tahu bercakap,tapi lemah dalam hands on atau memang ego tak nak hands on.ingatlah antara kata org2 tua.antara kaca dan permata.hanya yang pakar atau expert tahu menilai anda seorang kompetan yang sejati atau tidak.jgn dah terhantuk, baru nak mengadah......

Anonymous said...

betul..jgk pandangan tu tpi kot krjjan tak nak berkompromi pasal masih ramai anak muda yg akan keluar sekolah akan tiada kemahiran...tpi yg patut salah dlm hal ini st jgk kerana gagal menlaksanakan peraturan akta.tu sebab ramai orng konpeten tanam anggur jer-kecewa kata nya .setiap majikan tak nak ambik pj...tak ada bajettt..

Anonymous said...

A`kum dan salam sejahtera.
saya adalah lepasan Chargeman A1 dari sistem lepasan IKM.
saya terpanggil untuk menulis berkaitan pentauliahan chargeman kepada institusi latihan.
awalnya, 1 kelas 12 orang. setahun 1 kali intake.
kemudian, 1 kelas, 12 orang, 2 kali intake.
lepas itu, 1 kelas 32 orang, 2 kali intake..
berjalan sehingga kini...

Turning point adalah pada 1 kelas 32 orang..

popo said...

salam...
sekira anda benar2 kompeten, knapa tak ambik b4? hehe

Mohd Razib Ramili said...

Popo,

Aku anggap engkau ni budak belum habis sekolah sebab soalan provoke mentah kau tu. ;)

Haul aku belum cukup 2 tahun. Next year aku akan ke B4.

Dengan izin Allah.

Anonymous said...

salam...dah lama saya mengikuti blog awak..untuk pengetahuan awak, saya adalah salah seorang pengajar di sebuah institut latihan kemahiran...
kelihatan seperti awak ni prejudis dengan bdk2 yg keluar dari institut latihan...bdk2 zaman sekarang dengan zaman awak dahulu tak sama..itu perbezaan yang ketara...kualiti yang kita harapkan dari pelajar institut latihan mmg tidak akan mencapai tahap seperti apa yg awak nak..terlalu banyak yg diorg kena blaja, tidak seperti di ILSAS..jadi, diorg kena cari pengalaman sendiri, maybe seperti awak yang dimurahkan rezeki mendapat kerja ditempat yang secara tak langsung meningkatkan pengalaman awak..mcm mana klu mereka yg bekerja di kilang kecil, atau bersama kontraktor ayam..keluarga perlu ditanggung, takkan nak tunggu tawaran kerja dari tempat yang bagus seperti tmpt awak bekerja..dr pengalaman saya, pelajar saya yang telah tamat belajar, jarang tidak mendapat pekerjaan..dalam masa 2-3 bulan je, diorg dah bekerja..bezanya nak bekerja di bidang yang bagaimana, industri or construction...belum kira yang dah dapat pergi ke oversea lagi...sebenarnya, kualiti yang awak inginkan sangat tu hanya diperolehi setelah mereka keluar bekerja dan awak orang yang layak untuk membimbing mereka..bukannya membuat kelas luar denga cas beribu ringgit...terlalu banyak lagi yang saya ingin katakan..saya berani cakap, mungkin cikgu awak dulu akan terasa hati apabila awak memperlekehkan tempat mereka bekerja..seolah2 seperti mereka tidak mengajar dengan betul...sekian...

Anonymous said...

kalau perlu jangan lah tarik... tapi ketatkan @ letakkan satu tanda aras @ kpi kah (hehe)..saya bukan orang kompoten ,tetapi kontraktor elektrik kelas D @ kontraktor ayam..haha... negara semakin maju.. jadi permintaan akan berubah setiap tahun, begitu juga dengan cabaran..sedikit menutup peluang kepada yang sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan ke kompotenan @ penjaga jentera..

Anonymous said...

assalamualaikum...... ape yang pihak moderator utarakan pernah saye bincangkan bersama kawan2 sepejuangan saya 8 tahun dulu..... tapi dari dahulu saya berkerja melompat dari satu destinasi ke destinasi saya rasa macam tak cukup pekerja elektrik kat malaysia ni.... kawan saya dari buat wiring sambilan sehingga bukak syarikat sendiri still ade keje dan mampu membayar gaji pekerjanya .... mungkin tuan moderator boleh berbangga dengan kejayaan tuan sekarang.... tapi tuan moderator kene sedar pelatih yang menamatkan pengajian bukan terus pandai... pengalaman yang akan mengajar untuk jadi pandai... orang cina pernah bekata kepada saye tempat kerja ini la universiti paling baik sekali ... belajar basic di institut kemahiran untuk mendalami ape yang lebih di luar institut... proses pembelajaran tak akan habis sampai bile2 ... hari2 kite akan jumpe pekara baru dalam elektrik.... nak tak nak je belajar... kelebihan tuan moderator yang saya lihat adalah kepada benda yang besar... silap haribulan grinder pon tak reti repaire...

Anonymous said...

Aku stuju apa yg kita bincangkan. Tauliah yg keluar dari pusat2 langsung tidak mempunyai kualiti.Berani aku katakan kerana terdapat kekompetenan yg baru keluar sebagai 'Penjaga Jentera' yg takut untuk melakukan tugas2 paling simple seperti menukar 'bulb' lampu indicator. Tekujat jugak aku...