Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Friday, December 18, 2009

Orang Kompeten hanya PENTING disaat kecemasan?

Sakit jiwa saya apabila mendengar perkataan "Chargeman Upahan" dari mulut seorang teman. Dia menganggap bahawa freelance chargeman boleh diibaratkan sebagai PELACUR...ketika khidmat diperlukan baru dipanggil dan dibayar.

Mungkin inilah implikasi yang terjadi apabila terlalu ramai freelance Chargeman di luar sana yang bersedia untuk dibayar jika sesuatu operasi memerlukan switching atau kehadiran orang kompeten. Saya terjumpa satu kes yang diceritakan di www.rumahpanjai.com yang mana seorang Chargeman BO di"upah" kerana pihak yang "mengupah" belum mengambil kerja seorang Chargeman. Berikut adalah petikan yang dinyatakan:

Aduan Gangguan Bekalan

Pada kira-kira jam 1 pagi, 10 Julai 2008, laporan telah diterima oleh Unit Elektrik Penyelenggaraan PPH, mengenai gangguan bekalan di Kolej Kediaman Tun Fatimah (KTF) dan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KTDI). Hasil dari pemerhatian Unit Elektrik, didapati telah berlaku earthfault pada panel Switchgear HT di Pencawang Elektrik (PE) Desasiswa.

Susulan itu pemeriksaan telah dilanjutkan ke Pencawang Masuk Utama (PMU) UTHM dan didapati tripping telah berlaku pada panel masukan utama 11kV dari pihak TNB, oleh yang demikian pihak TNB telah dihubungi untuk memasukkan semula bekalan yang terputus.

TNB

Pihak TNB telah dihubungi dipercayai oleh pihak desasiswa. Walaubagaimanapun pasukan yang datang pada awal pagi tersebut adalah dari bahagian kerosakan voltan rendah. Setelah ditunjukkan bangunan PMU oleh unit Elektrik yang dipercayai tempat berlakunya tripping maka bahagian kerosakan HT telah dihubungi.

Set janakuasa tunggusedia

Sementara menunggu TNB datang, unit Elektrik telah memeriksa keadaan bekalan sokongan daripada set janakuasa tunggu sedia. Namun didapati ianya tidak boleh beroperasi secara automatik sebaliknya telah diONkan secara manual.

Namun demikian bekalan sokongan tidaklah meliputi bekalan untuk semua tempat tetapi hanya untuk lampu jalan utama, sistem pam air, sistem pencegah kebakaran dan UPS. Terdapat tempat-tempat yang dirasakan perlu bekalan sokongan seperti bilik-bilik elektrik, Charger bekalan DC untuk panel Switchgear, di samping koridor-koridor di semua asrama dan bangunan pentadbiran.

Set janakuasa di tempat-tempat lain turut diperiksa dan sebahagiannya didapati tidak boleh beroperasi dengan sempurna seperti mana berikut:-

Bil Lokasi Catatan
1 Set janakuasa tunggusedia di Desasiswa KTDI
- automatik
- namun bekalan tidak meliputi DC Charger, DB bilik Pencawang, lampu koridor asrama,
-
2 Set Janakuasa tunggusedia di Kompleks Dewan Kuliah (G3)
- manual
- bateri yang rosak belum diganti
3 Set janakuasa Tunggusedia di PMU-UTHM
- manual
- tidak boleh Changeover bekalan.
- diOFFkan juga secara manual-
4 Set Janakuasa tunggusedia di Kompleks Tek. FKMP (G2)
- ok
5 Set janakuasa tunggusedia di Kompleks Tek. FKEE (G1)
- ok
6 Set Janakuasa Tunggusedia di KTF
- ok

Bantuan Kontraktor Utama

Oleh kerana kerosakan yang berlaku dipercayai agak besar maka pihak kontraktor utama, PHARSB-ECSB JV telah dipanggil untuk bersama-sama memeriksa kerosakan. Jasabaik pihak kontraktor telah dipohon supaya dapat bersama-sama mengesan punca kerosakan yang berlaku disebabkan unit elektrik PPH masih belum memahami sepenuhnya sistem bekalan elektrik Voltan Pertengahan (HT) tersebut walaupun tempoh penyerahan projek komited telah berlalu iaitu pada 30 Jun 2008.

Panggilan Penjaga Jentera Elektrik B0 secara terus

Selain itu, disebabkan unit elektrik masih belum mempunyai Penjaga Jentera Elektrik Voltan Pertengahan (Chargemen B0), maka PJE B0 dari luar telah dipanggil secara terus bagi membantu mencari punca kerosakan atas dasar kerja-kerja kecemasan.

No comments: