Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Friday, December 18, 2009

Artikel Pilihan: Siapa 'Orang Kompeten' di UiTM?

Disalin dari: blog Catatan Dari Alam Dan Pengalaman

Akta Bekalan Elekktrik 1990(Akta 447), Akta Bekalan Elektkrik (Syarikat Penganti) 1990 (Akta 448) & Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah Elektrik 1990 mentakrifkan 'Jurutera Elektrik Kompeten' sebagai orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten yang dikeluarkan di bawah peraturan 47. 'Penjaga Jentera' ertinya orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera yang dikeluarkan di bawah peraturan 49.

Di UiTM 'Jurutera Elektrik Kompeten' yang saya kenali secara dekat ialah Ir. Harizan Che Mat Haris. Beliau banyak mengajar saya tentang elektrik bermula daripada High Tension(HT) 33kV, 11kV sehingga Low Voltage(LV) 415V dan 240V. Beliau juga mengajar saya tentang 'ring', 'redundancy' dan 'spur' dalam sistem bekalan elektrik. Jasa beliau kepada saya dalam konteks sistem bekalan elektrik tidak dapat saya lupakan sepanjang hayat. Sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di Pejabat Pengurusan Fasiliti (PPF) kepada UiTM terlalu banyak untuk ditulis dalam blog ini. Beliau juga adalah bekas Pegawai Kesihatan dan Keselamatan UiTM. Beliau umpama lilin, menerangi orang lain tetapi membakar diri sendiri.

Manakala 'Penjaga Jentera' Elektrik yang rapat dengan saya ramai, diantaranya Afzal Haq Abdul Rahman, Zulkepley Awang, Mohd. Tholal Hj. Hamidi,Mohd Fahmy Mohd. Fauzi, Shahidan Husain, Wan Hasanun, Samsudin Harun, Saimi Hussin, Mohd. Awaluddin Ibrahim, Mohni Dasuki dan ramai lagi yang tidak dapat disenaraikan disini. Mereka adalah orang kompeten di UiTM, Shah Alam. Mengikut Akta 447, orang awam tidak dibenarkan masuk Sub-Station Elektrik (HT&LV) kecuali dengan diiringi oleh orang kompeten iaitu Penjaga Jentera Elektrik.

Dalam kacamata Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) 'Penjaga Jentera' Elektrik ini tarafnya sama macam kerani, pemandu, tukang dan yang seangkatan dengannya. Mungkin kerana nama jawatan mereka penjaga jentera jadi Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) nampak tugas mereka ini macam penjaga. JAGA. Dalam kacamata Suruhanjaya Tenaga Malaysia pula mereka adalah orang kompeten, untuk menjadi orang kompeten mereka perlu mengikuti kursus tertentu yang dianjurkan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Kursus teori dan amali. Kursus ini memakan masa paling minima 6 bulan. Ada peperiksaan teori dan amali.

Pada pandangan saya kumpulan ini tidak perlu mengikuti Peperiksaan Tahap Kecekapan(PTK) kerana jika mereka menjadi 'Penjaga Jentera' Elektrik maknanya mereka telah kompeten. PTK mereka perlu berdasarkan kepada kompetensi mereka dalam skim Suruhanjaya Tenaga Malaysia bukan PTK seperti mana yang ada sekarang.

Samada kita sedar atau tidak, mereka sebenarnya ialah tulang belakang kepada operasi UiTM. Cuba bayangkan jika tiada bekalan elektrik di UiTM, adakah operasi pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan? apa maknanya komputer, server, network dan sistem ICT jika tiada bekalan elektrik? Apa maknanya sistem hawadingin jika tiada elektrik? semuanya tidak boleh beroperasi. Justeru itu, telah tiba masanya untuk JPA dan Pejabat Pendaftar membuat penilaian semula skim perkhidmatan penjaga jentera elektrik sediada kerana mereka terlalu dipinggirkan. Tambahan pula sekarang ini tarif bil elektrik telah naik, maka sewajarnyalah penjaga jentera elektrik juga dinaikan taraf...!

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya turut berbangga kerana ada jurutera kompeten di kalangan anak bangsa sendiri. Bermakna kita setanding dengan bangsa lain di dunia ini. Untuk penegtahuan penulis, jurutera tersebut adalah 'supervisor' saya ketika saya menyiapkan 'thesis' saya di kampus dahulu. Banyak ilmu yang beliau curahkan kepada saya dan menaikkan semangat saya untuk menjadi seorang jurutera kompeten pada masa hadapan.

Anonymous said...

Minta pihak Uitm meletakkan Penjaga Jentera di kampus2 yang memerlukan penjagaan kawalan kompeten sepenuh masa seperti di Uitm Seri Iskandar,Perak..Sebelum diserbu dan dikompaun oleh Pihak ST..

harizamrry said...

Ir. Harizan juga adalah guru saya ketika saya mula belajar dengannya secara freelance untuk Chargeman A1 pada tahun 1999 dulu. Beliau banyak membantu saya dalam pengetahuan tentang elektrik. Alhamdulillah, berkat ilmu yg diajar, saya skrg sudah ader bisnes sendiri dan jadi kontraktor elektrik. Kat mana Ir. skrg ya?

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kepada Harizamrry, seperti yang saya 'post' di atas bahawa Encik Ir. Harizan masih lagi bertugas di UiTM Malaysia (Shah Alam). Sebelum ini beliau bertugas di Photovoltaic Monitoring Centre, tetapi kini menjadi pensyarah sepenuh masa di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.