Rata-rata saya temui, ramai yang malas untuk naiktaraf (upgrade) kekompetenan mereka. Saya agak hairan dengan pattern yang agak negatif ini. Ada juga yang kononnya menjadikan kesibukan harian sebagai alasan. Come-on la, kalau nak dikira sibuk, PM lagi teruk sibuknya. Saya merumuskan bahawa, sebab-sebab utama pemegang kekompetenan Suruhanjaya Tenaga tidak menaiktaraf kekompetenan mereka adalah kerana:
- Mereka berada di zon selesa. Pekerjaan dengan gaji lumayan telah melalaikan. Hingga sampai di suatu tahap, upgrading will be a desperate decision. Unfortunately, most of them failed on the practical test because of disability of strength as well of mind efficiency. Kelakar bunyinya.
- Bertangguh. Akhirnya, tahun-tahun terus berlalu tanpa mereka sedari.
- Tiada keyakinan untuk lulus.
- Tiada tempat rujukan atau institusi yang menawarkan kelas-kelas kekompetenan (saya sedang berusaha mewujudkan kelas sebegini di Seremban dengan kos harga mampu (PW4, AO, A4 dan BO).
- Tidak tahu hirarki atau pra-syarat mengambil peperiksaan.
- Tiada kawan yang mampu memberi dorongan.
Yang penting, gaji juga akan naik. Hehe. Ini yang seronok bukan?
Ada dikalangan teman-teman yang bertanyakan salary rate bagi seorang Penjaga Jentera. From my personal observation, current salary rate for private sector as below:
- AO/A1 = RM 1500 - RM2450
- A4 = RM 2500 - RM 3800 (sometimes reach RM 4900, depends on organisation size; probably)
- B0 = not less than RM 5000.00
- B4 = not less than RM 7500.
Jika tidak kita yang meletakkan suatu tanda aras buat gaji Penjaga Jentera, siapa lagi?
Wallahualam.
5 comments:
Salam Bro,
Tahniah atas blog yg ceria dan bermanafaat ni.
FYI. Saya bukanlah org kompeten, but my past work experience dikelilingi org kompeten yg komited, honest dan knowledgeable in their scope menyebabkan sy respek "profession" ini.
But itu citer dulu2x. Lately, kita dapati ramai kompeten person buat in-term of quality of work n knowledge kekadang membuatkan kita tertanya2x "betulke kompeten person ni"?
Tak tau la mana silapnya "job scope sendiri pun ditanya tak bole nak jawab, belum lg ditanya perkara2x akta, installation standard and comissioning.
Mgkin betul ckp bro dlm artikel "malas dan feel in save zone, but kalu tak diupgrade, otak jd berkarat, ilmu makin luntur dek kerana tak digilap. Buat keje supervision jer, hand-on jarang2x akhirnya ternmpk la "org kompeten yg unknowledgeable with no quality" sebabnya lupa pada "RESPONSIBLITY as KOMPETEN PERSON".
Tapi kalau ramai org kompeten yg mind thinking cam bro, saya pasti org spt saya memandang tinggi/respek "profession" ni spt dulu2x.
Sekadar pendpt.
Wslm.
From: Budak E&I without competencies yg mentah.
Salam Tuan;
Saya memandang tinggi komentar Tuan yang "mengetuk" pintu pemikiran ilmiah saya. Usahlah Tuan terlalu merendah diri dengan menggunakan perkataan "mentah" kerana kita semua tetap sama di mata Tuan Punya Dunia.
Menjadi orang kompeten amat berbeza dari proffesion yang lain. Jika kita amati pembelajaran di Universiti, setiap subjek akan mula dilupakan setelah selesai Final Exam pada setiap semester.Ia berbeza dengan kekompetenan ST. Sebagai contoh, Chargeman B4 wajib menguasai ilmu dan skill yang perlu ada pada seorang Chargeman B4, BO, A4, A1 dan AO. Jika dia tidak menguasai walaupun salah satu, kredibiliti nya akan diragui.
Dan, setiap orang Kompeten pula, wajar malah tidak keterlaluan dikatakan WAJIB "nailing their field" tanpa kompromi. Persepsi khalayak yang menganggap setiap orang kompeten knowledgeable perlulah dihargai.
Bagaimana? Dengan meningkatkan pengetahuan dan biarlah ia setanding dengan kekompetenan ang dipegang. Simplified, knowledge should be more than competency.
Gaji nak lebih tapi kerja macam haram pun tak guna juga..ye tak?
Wallahualam.
Salam...
Macam mana pula dengan Wireman?
Tanda aras gaji bagi wireman...
salam.
daripada apa yang saya tahu,siapa2 pun boleh buat kerja wireman.
kalau dilihat dari sektor industri sekarang,bangla,indon dgn mnyanmar pun dah expert buat kerja wireman tarik cable ni,
gaji wireman ada 2 bahagian,wireman kalau wireman tarik cable jawabnya cuma RM30-RM50 jela 1 hari,kalau expert dapat la dalam RM80 1hari.
tapi kalau wireman kompeten,biasa dalam RM1k - RM1.5k sebulan,PW4 mungkin boleh dapat lebih.
Mcm mana saya nak amik A4 tp tiada pengalaman dalam overhead. Dengar cerita ST tak iktiraf kelas overhead ni. Sekarang ni kerja kilang mana nak dapat exp. overhead. Ada idea tak.
Post a Comment