Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Saturday, August 3, 2013

Jawatan Kosong (Urgent)

Update: JAWATAN YANG MASIH KEKOSONGAN:

1. PENDAWAI PW 1
2. PENDAWAI PW 4
3. FACILITY MANAGER (IJAZAH KEJURUTERAAN ELEKTRIK DENGAN 3 TAHUN PENGALAMAN)
4. PENYELIA (DIPLOMA ELEKTRIK DENGAN 2 TAHUN PENGALAMAN)
5. TECHNICIAN (LEPASAN IKM/ILP/IKBN)

SILA HANTAR RESUME SEGERA KE sepadu_teknik@yahoo.com.my

Anda akan dihubungi segera (lokasi kerja: nilai)
Masalah tempat tinggal adalah negotiable (boleh dirunding).

Monday, March 18, 2013

Update Blog Menggunakan Android

Assalamualaikum.

Kesibukan harian membuatkan saya hampir tiada peluang untuk menukilkan penulisan baharu bagi blog ini. Malah terkadang merasa "berdosa" bila teman-teman bertanyakan posting terbaru.

Inshaa Allah,saya akan cuba update isu terbaharu melalui android. Doakan yang baik-baik sahaja ya.

Chow.

Sunday, March 17, 2013

Peluang Pekerjaan Bersama Kami

Assalamualaikum.

Pada mereka yang mempunyai PW4 atau PW4 + A1 Chargeman, atau fresh dari IKM/ILP/IKBN, boleh hubungi saya di 0183983868 bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat kami.

Secepat mungkin!

Terima kasih.

Mohd Razib Ramili.

Tuesday, September 25, 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN: BAGI CHARGEMAN BO DAN AO, SEBUAH SYARIKAT ELEKTRIK DAN MENJALANKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN PENCAWANG TNB MEMERLUKAN ANDA. SESIAPA YANG BERMINAT, BOLEH HUBUNGI EN. HAMDAN BIN KASIM (HP: 0126357072 ATAU PEJABAT: 062827072 ATAU EMAIL: hazsbc@yahoo.com.my) Lokasi: Melaka.

Tuesday, May 22, 2012

Program Keusahawanan Percuma

PROGRAM KEUSAHAWAN UNTUK PEMBANGUNAN KOMUNITI ANDA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, People Systems (PSC), bagi pihak pelaksana projek ini ingin meminta bantuan pihak Tuan untuk menjayakan program ini.

2.      Program keusahawanan ini adalah hasil kerjasama antara 1Malaysia Development Berhad dan People Systems untuk membangunkan komuniti tempatan dari segi ekonomi. Pada masa ini, program ini akan bertumpu perhatian kepada komuniti Daerah Seremban.

3.      Program PERCUMA ini adalah untuk mereka yang:

I.      Mahukan keuntungan yang lebih daripada perniagaan mereka sendiri
II.     Ingin dan berminat untuk mulakan bisnes dengan idea mereka sendiri.
III.    Mahukan perubahan dan peningkatan dalam taraf hidup mereka

Taklimat tentang program akan diadakan di:

Tarikh : 25hb May 2012                                 
Masa : 8pm - 9pm

Tempat : Qparadigm Training Room
(Atas Kedai RM2 sebaris dengan Klinik 1malaysia Jln Jelebu)

Kerjasama pihak Tuan amatlah diperlukanbagi menyebarkan maklumat tentang kursus ini. SMS saya ( 0183983868) dengan nama penuh, no.KP dan no tel. Saya akan forward kepada Penganjur. Mereka mahu nama selewatnya pagi esok.

Sunday, February 26, 2012

Terima kasih atas komentar

Assalamualaikum,

Terima kasih atas komentar. Maaf kerana tidak update. Almaklumlah, kesibukan dunia. Saya tertarik dengan beberapa komentar dan akan memberi komentar balas dalam posting. InsyaAllah, dalam waktu terdekat.

Wallahua'lam.

Monday, November 14, 2011

PENGUMUMAN: KELAS KEKOMPETENAN ELEKTRIK

DENGAN INI, DIUMUMKAN BAHAWA SESSI BRIEFING KELAS KEKOMPETENAN ELEKTRIK AKAN DIADAKAN PADA 19.11.2011 (SABTU) JAM 9.30 PAGI DI PEJABAT URUSAN SEPADU TEKNIK ENTERPRISE, NO.3988, TINGKAT 2, JALAN SJ 8/5, TAMAN SEREMBAN JAYA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
 
HUBUNGI 0183983868 ATAU 0176983786 UNTUK PERTANYAAN.

rujuk: http://sepaduteknik.blogspot.com/p/site-plan.html untuk lokasi.

Thursday, August 11, 2011

Iklan Tanpa Bayaran

{klik untuk besarkan}

Salam. Jadual kelas akan diumumkan tidak lama lagi. Bagi komentar yang tidak sempat saya jawab, harap maaf. Agak sibuk sedikit. Terima kasih.

Tuesday, July 19, 2011

Chat @ FB (i)

Today

salam

Salam.

nk tnya utk bo just procedur je ke?
on site xda?

okay..dia macam ni,,procedure switching adalah yang paling sulit dalam soalan BO..ramai yang pergi bayar 2000 ke 3000 untuk attend kelas BO tapi hakikatnya cuma menambah 20% pengetahuan.
Kalau soalan objektif dan subjektif, kita boleh study ikut soalan fav. ST tapi nota sahaja yang kita takde.
Takkan nota sampai 2000 kan?

btl

Maka, untuk nota, lebih bagus kita baca sendiri. Mungkin buat study group untuk test kefahaman je.
Setakat nota, saya ada. Boleh fotostat (cuma tanggung kos fotostat dan minyak).
300 untuk faham konsep switching. Keluar soalan apa pun, kita faham.
Saya ada jugak set soalan tapi yang penting adalah kefahaman kita.

Monday, July 18, 2011

Broucher Kelas 2011

(klik imej untuk besarkan)

KELAS KEKOMPETENAN 2011 (EXAM 2012)


Pengumuman Harga Kelas Kekompetenan:

AO - RM 1100.00
A1 - RM1400.00
Modul Overhead Sahaja - RM300.00
PW 3/ PW4 -RM 990.00
Switching BO (switching procedure sahaja) -RM300.00

Bayaran Penuh mendapat Diskaun 10%. Bayaran Deposit sebelum Kelas Bermula (bagi AO, A1 dan PW3/PW4). Bayaran Penuh bagi Modul Talian Atas dan BO Switching Procedure. Kelas selepas Syawal 2011. Tarikh sebenar akan diumumkan.
 

Tel:0183983868 untuk pertanyaan .

Sunday, July 17, 2011

KELAS KEKOMPETENAN ELEKTRIK

KELAS KOMPETEN: BERITA YANG BARU DITERIMA, EXAN 2012 ADALAH YANG TERAKHIR. MAKA, KELAS KEKOMPETENAN AKAN SAYA ANJURKAN SELEPAS HARI RAYA INI. BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL.

BAGI MEREKA YANG PERNAH MENGIKUTI KELAS DAN INGIN MENGULANG, KELAS PERCUMA SELAMA 3 SESSI AKAN DIADAKAN. HUBUNGI SAYA.
NOTA: KELAS AKAN DITAMBAH BAIK DALAM MASA TERDEKAT.

Selamat Maju Jaya

Ramai calon Chargeman AO sudah mendapat surat peperiksaan amali dan lisan. Di sini, blog Orang Kompeten mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Maju Jaya buat semua calon. Usah gusar kerana ia cuma suatu proses mengesahkan Tuan/Puan sebenarnya layak di beri perakuan di Peraturan 49 Peraturan Elektrik 1994.

Wassalam.

Mohd Razib Ramili

Tuesday, June 28, 2011

Iklan: National Conference On Electrical Safety 2011


Rujuk: Suruhanjaya Tenaga website.

Chargeman: Suatu Renungan 360 Darjah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Penjaga Jentera Elektrik ataupun lebih sinonim dengan panggilan “Electrical Chargeman” adalah suatu bidang pekerjaan yang wujud dibawah Peraturan 49, Peraturan Elektrik 1994 yang mempunyai sejarah sebagai suatu kerjaya yang dihormati dan kadangkala diangkat cukup tinggi; sama melangit dengan kerjaya seorang Jurutera Elektrik. Jika kita tidak terlalu egois untuk menoleh ke belakang, kita akan melihat individu-individu yang bergelar Chargeman sering menjadi 'orang harapan” bagi majikan- majikan yang mempunyai pepasangan- pepasangan yang bernilai jutaan ringgit. Untung rugi mereka sering ditentukan oleh “breakdown hours' yang dikepalai oleh seorang Chargeman.

Adakah kerjaya ini masih menduduki “Hall Of Fame” yang sama hebat seperti dahulu? Faktor perubahan yang pelbagai bentuk telah sama-sama mengarusi kerjaya Chargeman; samada semakin gagah atau hanyut ditelan perubahan teknologi, ekonomi, tenaga buruh dan keboleharapan.

Jumlah Chargeman mutakhir telah semakin mengatasi permintaan pasaran. Sekarang, adakah cukup segulung perakuan dari Suruhanjaya Tenaga itu meyakinkan majikan-majikan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi gaji dan elaun seorang Chargeman? Masih lakukah perakuan Chargeman AO seperti 15 tahun yang lalu?

Kita mungkin tidak perasan bahawa Chargeman AO telah setaraf dengan lepasan pelajar Vokasional tahap pertengahan; baik dari sudut tangga gaji mahupun sudut kemahiran. Bukankah ini boleh dianggap sebagai satu isyarat kedatangan bencana terhadap kerjaya ini?

Kemahiran teknikal, pengetahuan teknologi semasa, penampilan kendiri dan akalbudi adalah nilai tambah yang sering menjadi garis pemisah antara seorang penganggur dan seorang yang mempunyai pekerjaan. Seorang Chargeman adalah seorang ketua “dalam pembikinan”. Keupayaan mengurus dan merancang perlu disemat di dada setiap Chargeman muda. Minda seorang Chargeman perlu di”tarbiah” menjadi ketua dan bukan seorang pengikut. Seorang ketua yang hebat perlu berani menongkah arus, berani bersuara dan berani untuk ditakuti.

Bunyinya cukup mengerikan namun itulah cabaran mutakhir seorang Chargeman muda. Tempat Chargeman senior perlu diisi namun majikan tentunya mendambakan seorang yang “convincing” dan bukan berkategori tangkap muat.

Persoalannya, sudah mampukah kita? Sudah bersediakah kita? Layakkah kita?

Sebelum mata melihat di seberang sungai, selidiklah dulu kain yang kita pakai. Jika perkara asas pun kita terkial, bagaimana kita mahu menempuh dunia yang dilanda wabak globalisasi? Chargeman tidak disarung baju kebal “Bumiputera” maka atas alasan itu, saya menasihati diri saya dan kalian; pandanglah industri ini serapat yang mungkin. Ramai Chargeman yang hebat di letak di baris belakang kerana mereka tidak mempunyai nilai-nilai lain yang boleh ditawar kepada majikan. Tentu sahaja kita pernah melihat, orang yang “knowledge macam hampeh” jadi orang kanan, pengurus dan orang harapan majikan. Kita yang buat kerja separuh mati, namun dia yang dipuji tinggi.

Hentikanlah rungutan-rungutan. Belajarlah dari perkara seumpama itu. Negotiation, Leadership and Planning skills boleh menjadi kayu sakti kalian untuk menjadi seorang Adiwira di industri ini. Pokoknya, kita harus rajin, dahagakan ilmu, tidak putus asa, tidak mudah berpuas hati dan sentiasa mahu kehadapan.

Jika perkara di atas telah kita khatam, maka silakanlah berdiskusi perihal tangga gaji kalian dengan majikan. Saya percaya, gaji yang kita harapkan pasti mudah kita perolehi.

Salam Chargeman SeMalaya,

Mohd Razib Bin Ramili
Facebook: Orang Kompeten Elektrik.

Thursday, May 26, 2011

Tiga Alatuji Kompalseri Sebagai Kontraktor Elektrik

Jika Tuan-tuan ingin mendaftarkan syarikat tuan-tuan sebagai sebuah Kontraktor Elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, maka ambil nota (take note) bahawa 3 alatuji dibawah adalah kompalseri (compulsory - hampir sama makna dengan Wajib).

RCCB Tester

LV Insulation Tester (gambar: HV Insulation Tester)

Earth Tester (digital atau analog)

Competent Control

terjemahan: kawalan kompeten
sumber: All About Kamaruzaman

[Pt. V-VI, S. 23-24]
28 ACT 447


PART V
COMPETENT CONTROL
23. (1) No installation or electrical plant equipment other
than those owned or managed by a supply authority shall be
worked or operated except by or under the control of persons
possessing such qualifications and holding such certificates
as may be prescribed, and no person not possessing the
qualifications or holding a certificate as aforesaid shall be
in charge of any installation or shall control the operation of
any electrical plant or equipment.
(2) Any person who contravenes this section shall be
guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to
a fine not exceeding ten thousand ringgit and, if the
contravention be continued, to a fine not exceeding one
thousand ringgit for every day or part of a day during which
the contravention is continued after conviction.

Tuesday, May 10, 2011

Corat-Coret Facebook

http://www.facebook.com/people/Orang-Kompeten-Elektrik/100000964780207

Soalan:
Berapa lama baru genset perlu take over ketika breakdown? ada dalam akta ke?
 Jawapan: 
Ddidalam undang-undang kecil bangunan (uniform building by law) . Undang-undang 253(5) yg menyatakan bahawa pencahayaan kecemasan atau kuasa kecemasan hendaklah didapati dalam tempoh 10saat drpd gangguan bekalan. Sistem bekalan kecemasan ertinya bateri simpanan atau set janakuasa. (saya rumuskan dari ayatnya yg panjang). Kod undang2 tersebut adalah P.W.5178/85.