Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili
Showing posts with label Chargeman. Show all posts
Showing posts with label Chargeman. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Selamat Maju Jaya

Ramai calon Chargeman AO sudah mendapat surat peperiksaan amali dan lisan. Di sini, blog Orang Kompeten mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Maju Jaya buat semua calon. Usah gusar kerana ia cuma suatu proses mengesahkan Tuan/Puan sebenarnya layak di beri perakuan di Peraturan 49 Peraturan Elektrik 1994.

Wassalam.

Mohd Razib Ramili

Saturday, May 7, 2011

Komentar: Ingin Menjadi Chargeman

Fluke_Johor said...
Salam, saya cuma nak tanya pendapat, saya merupakan seorang technician aircraft yang mempunyai course yang berkaitan elektrik dan elektronik, tetapi tidak sedalam pendawaian domestik dan luaran (kv). Saya mempunyai basic 3 phase wiring pun kat Teknik dulu, Bolehkah saya menceburi bidang Chargeman dimana saya bila saya nak apply kat Unikl, dia perlukan logbook dan pengalaman kerja berkaitan. adakah caranya untuk saya beralih kepada chargeman walau tiapa logbook dan pengalaman bekerja. Saya bukan suka2 untuk menceburi tapi akan belajar sebaik2 dan ingin menjadi seorang chargeman yang betul2 boleh buat kerja dan bukannya tahu sub shj. terima kasih
Fluke,

Pada hemat saya, anda boleh menjadi Chargeman kerana anda ada asas dan sedikit pengalaman. Jawapan saya sebegitu memandangkan anda mahu melanjutkan pelajaran di Institut Latihan/ Kemahiran. Jawapan saya berlainan jika anda mahu mengambil peperiksaan persendirian. Buku Log biasanya dibuat ketika Latihan Dalam Loji dan ketika itulah pengalaman anda dikira bagi kelayakan menduduki peperiksaan Penjaga Jentera kelak.


Tuesday, December 7, 2010

Kemunculan "My Chargeman Blog"

Saya tidak mengenali penulis yang bernama Najib  ini, tetapi saya kagum dengan kesungguhan dia menyatukan komuniti Chargeman seluruh Malaysia dan kemahiran beliau dalam mengendalikan laman web. Beliau pernah mempromosikan saya dan tidak salah jika saya membuat satu posting khas untuk mempromosikan blog baru beliau : http://mychargeman.blogspot.com/

Saya juga telah menjadi pembaca blog tersebut, anda bila lagi?

nota kaki: beliau adalah admin dua website "Chargebook" yang ditutup atas masalah "dana". Atas sejarah itu, kita perlu bersatu!

Monday, November 15, 2010

Posting Ringkas: Nasib Pengajar Institut Kemahiran/ Latihan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada beberapa komentar yang bertanya, bagaimana agaknya nasib dan masa depan tenaga pengajar. Jika diamati penulisan saya sebelum ini, desakan untuk menarik balik pentauliahan adalah HANYA pada pentauliahan. Tidak pula saya mendesak agar "diterajang" tenaga pengajar ini keluar dari Institut. Mereka tetap berjasa dan mengajar adalah profesion mereka. itu kita wajib hormati.

Maka, Institut kemahiran/ Latihan perlulah memandang kembali sistem SKM yang semakin menemui ajalnya. Setelah kursus elektrik di Institut Latihan / Kemahiran tidak lagi menggunakan SKM sebagai dasar pembelajaran dan diserah kepada pihak swasta yang mengaut keuntungan yang hampir menyamai dengan AC Konsortium (sekadar contoh), kualiti pemegang SKM tidak lagi dipandang oleh majikan-majikan.

Cadangan saya:

1. Dihidupkan kembali roh kursus berasaskan SKM (bagi kursus elektrik).
2. Mereka yang sudah mempunyai pengalaman 1 tahun dan mempunyai SKM minimum tahap 1, boleh memohon kursus pendawai PW1 (gred pendawai ini juga hampir "pupus").
3. Yang mempunyai SKM tahap 3 dan pengalaman kerja 1 tahun, boleh meneruskan dengan kursus Chargeman A1.
4. Calon kekompetenan persendirian, pengalaman 3 tahun kekal bagi Chargeman A0 dan PW3 dan pengalaman 2 tahun juga kekal bagi PW1.

Bukankah cara diatas tidak mengabaikan mana-mana pihak? Tenaga pengajar tetap ada, SKM semakin subur, kelayakan berdasarkan pengalaman tetap jadi prioriti dan ianya adil dan saksama bagi semua pihak.

Mudah kan? Kita cuma perlu membuat post-mortem untuk "celik'.

Wallahualam.

Wednesday, November 10, 2010

Pentauliahan Terhadap Institut Kemahiran Wajar Dihentikan!

Bismillahirrahmanirrahim.

Mungkin ada yang tersentak dengan tajuk penulisan saya kali ini terutamanya mereka-mereka yang menghentam penulisan saya dengan ejekan, kritikan dan komen-komen yang kebanyakannya tidak membawa apa-apa maksud dan tidak mengetengahkan bukti-bukti bahawa apa yang saya tulis itu adalah salah. Bukan saya mendabik dada dengan apa sahaja informasi yang saya ada, tetapi sekadar mengharap sesuatu yang positif di Industri Kekompetenan khususnya agar ia kekal menjadi wadah anak-anak kita mencari sesuap nasi bagi menampung kehidupan mereka yang tentunya lebih mencabar.

Berbalik kepada matlamat asal, kita seharusnya bertanya kepada diri sendiri, mengapa agaknya pihak Jabatan Bekalan Elektrik & Gas (bidang kuasa kini di bawah Suruhanjaya Tenaga) mentauliahkan kepada institusi-institusi latihan dan kemahiran ; menganjurkan/mengendalikan kursus, peperiksaan dan seterusnya "menganugerahkan" perakuan orang kompeten kepada pelatih/pelajar mereka. Jawapannya amat mudah. Negara ketandusan orang kompeten tertentu (pendawai dan penjaga jentera) bagi menampung permintaan dan kehendak yang diperlukan memandangkan negara sedang dipacu dengan kadar cukup aggresif sehingga pentauliahan dengan objektif agar produk-produk yang dikeluarkan dapat menampung kelompongan tersebut. Usaha lain yang dibuat adalah dengan kewujudan Orang Kompeten Terhad (Restricted).

Setelah melepasi satu dekad, masalah tersebut dapat diatasi sehingga suatu pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga bertarikh 12 Jun 2007 yang membatalkan dan memberhentikan pengeluaran perakuan Penjaga jentera Terhad. Bagi membaca pekeliling tersebut, sila klik sini.

Pekeliling itu turut menyatakan bahawa pengeluaran perakuan sedemikian adalah tidak relevan lagi. Mengapa? Negara sudah mengalami "lambakan" seramai 30400 orang diseluruh negara. Itu cerita 3 tahun lalu.

Jika kita tidak terlalu negatif, mungkin kita dapat menggambarkan kuantiti Penjaga Jentera pada hari ini. Saya menjangkakan angkanya hampir mencecah ratus ribu orang. Teori Pengurusan menyatakan bahawa apa sahaja perkara yang kuantitinya melampaui permintaan (quantity beyond demand) akan mengakibatkan harga jatuh secara kritikal dan kepentingan sesuatu itu tidak lagi dipandang prioriti apabila ia berubah menjadi lambakan (massive quantity over demand).

Kita boleh mulai bertanya kepada diri sendiri, adakah Penjaga Jentera Voltan Rendah masih lagi boleh negotiate dengan bakal majikan atau secara sifir yang lebih mudah; adakah mereka mempunyai pilihan?

Jika soalan yang sama disoal kepada saya, maka dengan pantasnya saya menjawab TIADA.

DENGAN ITU, BERSAMALAH KITA MEMOHON BUDI BAIK PIHAK SURUHANJAYA TENAGA AGAR MENARIK BALIK PENTAULIAHAN TERHADAP INSTITUT KEMAHIRAN/ LATIHAN DENGAN KADAR SEGERA.

Jika kualiti yang kita mahu, tindakan pro-aktif perlu dilakukan segera.

Ada juga pembaca yang mempersoalkan kredibiliti saya mengkritik Institut Kemahiran/ Latihan kerana saya juga menerima asuhan awal di sana. Fahamilah bahawa saya tidak berniat menjadi manusia yang menidakkan jasa dan ilmu yang di tumpahkan terhadap saya, cuma saya mengetuk pintu minda kalian agar sedar bahawa "cahaya semakin malap di hujung lorong" (sekadar metafora). Jika tiada yang menyedarkan, maka nilai Orang Kompeten Elektrik (PJE & PW khususnya) akan jatuh dan tidak ubah umpama sampah.

Jangan terperanjat bahawa ada Cikgu-cikgu Institut Kemahiran yang "menjual" pelatih mereka kepada kontraktor elektrik walaupun mereka tahu dan faham bahawa "Gantung Sijil" adalah salah dan merosakkan industri. Bisa sahaja saya menyebut nama-nama mereka tetapi saya memilih untuk "diam' kerana berhusnuzan bahawa mereka sudah "insaf" dan berubah. Bersama kita doakan.

Berbalik kepada persoalan pokok, renungilah ia begini:

Kadar Inflasi semakin naik namun kadar gaji Orang Kompeten semakin menurun. Harga barang semakin menhenyak perut tapi Orang Kompeten semakin mengikat perut mereka (yang gendut?). Kontraktor semakin bertambah tetapi nisbah Orang Kompeten yang bekerja di bidangnya semakin membimbangkan. Malapetaka apakah lagi yang kita tunggu?

Mungkin kalian mahu menunggu bantuan dari langit agaknya. Dimana suara Persatuan Penjaga Jentera Malaysia ya?


Wallahulam.


nota kaki: komentar amat dialu-alukan tidak kira yang membina atau membinasakan.

Friday, June 4, 2010

Senggaraan ACB

Maaf jika kurang kesempatan untuk update. Al-maklumlah, kerja harian makin menghimpit masa dan peluang untuk mengemaskini blog amatlah kurang. Maaf sekali lagi.

Ada yang bertanya, apakah prosedur untuk menjawab bahagian praktikal/bertulis berkenaan Senggaraan ACB. Saya tiada jawapan yang mutlak (ultimate answer) tetapi jawapan yang saya berikan adalah berdasarkan praktis yang saya sendiri amalkan.

Menutup Bekalan
- Dapatkan PTW
- Hantar notis kepada pengguna bahawa bekalan elektrik akan diputuskan.
- Matikan outgoing feeder, rekodkan bacaan ammeter sebelum dan sesudah.
- Tripkan ACB (periksa Voltmeter).
- Rack-out ACB (3 keadaan : Service, Test dan Isolate)
- ACB dikeluarkan dan diletak atas tikar getah.
- Letakkan papantanda AWAS.
- Periksa fungsi Arc Chute, Main contact dan Arching Contact.
- Uji dan peroksa Shunt trip coil dan Roller Contact.

Senggaraan

- Blow dan vacuum kesemua bahagian ACB.
- Ketatkan bolt dan nat.
- Gris roller bar.
- Minyakkan bahagian mekanikal.
- Cuci guna petroleum jelly: main, arching contact dan roller contact.

Pengujian

- Ujian keserataan menggunakan kertas karbon dan kertas putih.
- Ujian rintangan penebatan. ACB dalam keadaan ON.
- Ujian keterusan menggunakan AVO meter/ Mikro Ohmeter. ACB dalam keadaan ON.
- Masuk ACB.
- Periksa semua instrument fuse.
- Reset OCR.
- ResetEFR
- ACB di On kan.
- Periksa Volt meter. Voltan 400Volt (tolerance + 10%, -6%)
-Maklumkan pengguna bahawa bekalan akan disambung semula.
- ON pemutus litar bagi beban-beban.
- Monitor ammeter.

phasing stick

Sunday, April 4, 2010

Toyol: Penipuan Di Dewan Peperiksaan Kekompetenan

Maaf kerana terlalu lama menyepi. Blog ini belum mati kerana ajalnya belum tiba. Maka, teruskanlah berkongsi idea dan pandangan melalui chat box ataupun melalui akaun Facebook (Orang Kompeten Elektrik).

Toyol...nama yang sering diperkatakan apabila tibanya hari peperiksaan. Tidak terkecuali peperiksaan kekompetenan. Ramai yang bergantung pada nya dan ada juga yang merasakan bahawa mereka akan gagal apabila toyol tidak dibawa bersama. Kecelakaan seumpama menjelma apabila toyol yang diharapkan tidak mampu memberi jawapan yang dipinta Suruhanjaya Tenaga.

Yang terbaru, calon-calon orang kompeten menaip toyol mereka diatas kepingan kertas A4 dan menampalkannya di dalam buku akta 447. Teman saya amat bangga apabila saya tidak perasan tentang penipuan yang beliau lakukan. Memang real. Sekali imbas, memang tak perasan.

Tidak sedarkah mereka bahawa ia adalah suatu perkara yang mungkin akan menyukarkan calon-calon orang kompeten dimasa akan datang seandainya Buku Akta tidak lagi dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan?

Saya pernah melalui peperiksaan PW1 pada tahun 1998 dan ketika itu peperiksaan kompeten dibawah Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas (JBE&G). Buku akta 447 tidak boleh dibawa kedalam Dewan dan ia amat menyukarkan kami untuk menjawab soalan-soalan berkaitan akta. Malah, kami juga sukar untuk menjawab soalan pengiraan kerana tidak dapat merujuk Jadual Faktor Kepelbagaian yang sedia tercetak di muka belakang buku Akta tersebut.

Toyol dalam poket, toyol dalam tandas dan toyol dalam telefon bimbit adalah beberapa modus operandi penipuan didalam peperiksaan kompeten. Mungkin sudah tiba masanya ST menjadi tegas.

Namun, ST juga perlu bertegas bagi memantau peperiksaan di Institut-institut kemahiran kerana di sana juga berlaku kes-kes peniruan sebegini. Percayalah, pemantauan di Institut Kemahiran amatlah lemah.

Bukankah kita dambakan orang kompeten yang berkualiti? Atau sekurang-kurangnya lulus kerana usaha mereka yang gigih dan bukannya kerana toyol mereka yang lengkap?

Fikir-fikirkanlah.

Monday, January 25, 2010

Institut Kemahiran: Suatu Komentar Serius.{II}


Reaksi bercampur-baur yang saya terima setelah bahagian pertama posting ini disiarkan, memang telah dijangka sejak dari awal. Memang agak sukar untuk menerima kebenaran namun kebenaran itu kan tetap kebenaran. Kewujudan blog ini bukan untuk memperlekehkan mana-mana pihak atau mengendos istilah "bodoh" dan "bangang" kepada sesiapa, tetapi untuk memartabatkan profession dan kerjaya sebagai seorang orang kompeten di bawah akta 447.

Sama ada kita sedar atau tidak, orang kompeten akan lenyap jika terdapat pindaan atau pemansuhan Akta 447 kerana kewujudan orang kompeten berasaskan dari akta tersebut. Maka, bagi memastikan kehadiran orang kompeten mutakhir terus dipandang berwibawa dan berilmu, maka sesuatu perlu kita lakukan.

Kalau Chargeman nak harapkan PEJEMA, maka terlingkuplah institusi Penjaga Jentera (jika ia boleh dikategori sebagai suatu institusi). PEJEMA adalah singkatan pada Persatuan Penjaga Jentera Malaysia. Apa fungsi PEJEMA? Kalau kalian tanya saya, saya jawab "ENTAH". Kalau sesiapa ada informasi terkini, sila maklumkan saya. Saya akan war-warkan ke seluruh alam. Malang sungguh sebuah persatuan tiada laman web. Kuno betul!

Apa bukti mudah kebanjiran orang kompeten lepasan Institut Kemahiran hanya menjahanamkan profession kekompetenan terutama Pendawai dan Penjaga Jentera?

Kalian boleh buat kajian sendiri. Berapa gaji seorang Chargeman AO pada 1995 dan 2005? Pada 1995, gaji seorang Chargeman AO tidak kurang dari RM1800. 2005 pula, ada yang hanya mendapat gaji RM750 .

Berapa weightage kebergantungan organisasi kepada Chargeman yang digaji mereka? Kalau saya, saya akan jawab 45%!

Organisasi lebih percaya kepada kontraktor dari Chargeman mereka sendiri. Kalau pegang multimeter pun menggigil, maka wajarlah ia jadi sebegitu rupa.

Gantung lesen (illegal tapi ia berlaku) seorang PW2 pada tahun 1999 adalah RM400 sebulan. Bila terlalu ramai PW4 yang keluar melata di muka bumi ni, harga gantung PW4 boleh menjadi RM150! Ini bukan main-main, saya mempunyai bukti. Pendawai lepasan Institut Kemahiran tidak tahupun prosedur "gantung lesen" dan ada yang menyerahkan sijil ASLI kepada majikan!

Kelakar dan memeranjatkan bukan?

{akan bersambung}

Friday, December 25, 2009

Malas Untuk Naiktaraf Kekompetenan dan Perihal Gaji.


Rata-rata saya temui, ramai yang malas untuk naiktaraf (upgrade) kekompetenan mereka. Saya agak hairan dengan pattern yang agak negatif ini. Ada juga yang kononnya menjadikan kesibukan harian sebagai alasan. Come-on la, kalau nak dikira sibuk, PM lagi teruk sibuknya. Saya merumuskan bahawa, sebab-sebab utama pemegang kekompetenan Suruhanjaya Tenaga tidak menaiktaraf kekompetenan mereka adalah kerana:
  1. Mereka berada di zon selesa. Pekerjaan dengan gaji lumayan telah melalaikan. Hingga sampai di suatu tahap, upgrading will be a desperate decision. Unfortunately, most of them failed on the practical test because of disability of strength as well of mind efficiency. Kelakar bunyinya.
  2. Bertangguh. Akhirnya, tahun-tahun terus berlalu tanpa mereka sedari.
  3. Tiada keyakinan untuk lulus.
  4. Tiada tempat rujukan atau institusi yang menawarkan kelas-kelas kekompetenan (saya sedang berusaha mewujudkan kelas sebegini di Seremban dengan kos harga mampu (PW4, AO, A4 dan BO).
  5. Tidak tahu hirarki atau pra-syarat mengambil peperiksaan.
  6. Tiada kawan yang mampu memberi dorongan.
Percayalah, its worth it. Seandainya kalian mempunyai kekompetenan yang lebih tinggi, secara tidak langsung pengetahuan dan kefahaman mengenai sistem pepasangan akan meningkat. Respect level dari sekeliling juga meningkat dan memberi motivasi yang tinggi untuk terus berkecimpung dalam bidang yang competitive ini.

Yang penting, gaji juga akan naik. Hehe. Ini yang seronok bukan?

Ada dikalangan teman-teman yang bertanyakan salary rate bagi seorang Penjaga Jentera. From my personal observation, current salary rate for private sector as below:
  • AO/A1 = RM 1500 - RM2450
  • A4 = RM 2500 - RM 3800 (sometimes reach RM 4900, depends on organisation size; probably)
  • B0 = not less than RM 5000.00
  • B4 = not less than RM 7500.
Sesiapa yang merasakan gaji mereka under-rate, jengok-jengoklah Jobstreet. Intai-intailah peluang yang memberi gaji yang berbaloi dan pengalaman yang mampu meningkatkan kekompetenan kita.

Jika tidak kita yang meletakkan suatu tanda aras buat gaji Penjaga Jentera, siapa lagi?

Wallahualam.

Tuesday, December 22, 2009

Pemutus Litar Vakum (VCB)


rack-out VCB (contoh)

Saya menerima email dari seorang chargeman A1 yang bertanyakan tentang VCB. Beliau menyatakan bahawa di empat kerja beliau, tiada VCB dan beliau mahu belajar tentangnya.

Jawapan saya, belajar teori adalah berbeza dengan kemahiran mengendalikan perkakasuis. Chargeman lebih kepada "hands-on" dan pemerhatian dari Chargeman yang lebih tinggi adalah penting. Malah, taiada pensuisan dibenarkan jika tidak mendapat kebenaran dan seliaan orang kompeten. Apatahlagi, Chargeman A1 adalah untuk voltan rendah tanpa substation. InsyaAllah, saya juga berhasrat mengadakan kelas kekompetenan setelah selesai berbincang dengan teman-teman pengajar dari Institut kemahiran. Di kelas tersebut, penerangan akan lebih menyeluruh dan spesifik.

Walaubagaimanapun, saya petik penerangan ringkas dari wisegeek.com yang mencerita perihal VCB buat tatapan semua:

In a vacuum circuit breaker, two electrical contacts are enclosed in a vacuum. One of the contacts is fixed, and one of the contacts is movable. When the circuit breaker detects a dangerous situation, the movable contact pulls away from the fixed contact, interrupting the current. Because the contacts are in a vacuum, arcing between the contacts is suppressed, ensuring that the circuit remains open. As long as the circuit is open, it will not be energized.

Vacuum reclosers will automatically reset when conditions are safe again, closing the circuit and allowing electricity to flow through it. Reclosers can usually go through several cycles before they will need to be manually reset. Other types of vacuum circuit breakers require resetting every time the breaker trips. Before a manual reset, the person doing the resetting needs to check the system to determine what caused the unsafe conditions in the first place, and make sure that they have been addressed.

Vacuum circuit breakers are very durable, and they are designed to last for an extended period of time. These electrical safety devices can be made with a variety of materials, depending on the need and the preference of the manufacturer. As with other devices used to interrupt current for safety, vacuum circuit breakers are given a rating which indicates the kind of conditions they can handle. When people install circuit breakers, they must confirm that the breaker they are using is suitable for the conditions; a breaker which is rated too low can fail catastrophically.


Ada juga yang bertanya, contact sesentuh VCB dibuat dari material apa? Jawapannya; Chromium Copper. Saya terlupa rujukannya tetapi akan saya pautkan jika berkesempatan. insyaAllah.

Friday, December 18, 2009

Orang Kompeten hanya PENTING disaat kecemasan?

Sakit jiwa saya apabila mendengar perkataan "Chargeman Upahan" dari mulut seorang teman. Dia menganggap bahawa freelance chargeman boleh diibaratkan sebagai PELACUR...ketika khidmat diperlukan baru dipanggil dan dibayar.

Mungkin inilah implikasi yang terjadi apabila terlalu ramai freelance Chargeman di luar sana yang bersedia untuk dibayar jika sesuatu operasi memerlukan switching atau kehadiran orang kompeten. Saya terjumpa satu kes yang diceritakan di www.rumahpanjai.com yang mana seorang Chargeman BO di"upah" kerana pihak yang "mengupah" belum mengambil kerja seorang Chargeman. Berikut adalah petikan yang dinyatakan:

Aduan Gangguan Bekalan

Pada kira-kira jam 1 pagi, 10 Julai 2008, laporan telah diterima oleh Unit Elektrik Penyelenggaraan PPH, mengenai gangguan bekalan di Kolej Kediaman Tun Fatimah (KTF) dan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KTDI). Hasil dari pemerhatian Unit Elektrik, didapati telah berlaku earthfault pada panel Switchgear HT di Pencawang Elektrik (PE) Desasiswa.

Susulan itu pemeriksaan telah dilanjutkan ke Pencawang Masuk Utama (PMU) UTHM dan didapati tripping telah berlaku pada panel masukan utama 11kV dari pihak TNB, oleh yang demikian pihak TNB telah dihubungi untuk memasukkan semula bekalan yang terputus.

TNB

Pihak TNB telah dihubungi dipercayai oleh pihak desasiswa. Walaubagaimanapun pasukan yang datang pada awal pagi tersebut adalah dari bahagian kerosakan voltan rendah. Setelah ditunjukkan bangunan PMU oleh unit Elektrik yang dipercayai tempat berlakunya tripping maka bahagian kerosakan HT telah dihubungi.

Set janakuasa tunggusedia

Sementara menunggu TNB datang, unit Elektrik telah memeriksa keadaan bekalan sokongan daripada set janakuasa tunggu sedia. Namun didapati ianya tidak boleh beroperasi secara automatik sebaliknya telah diONkan secara manual.

Namun demikian bekalan sokongan tidaklah meliputi bekalan untuk semua tempat tetapi hanya untuk lampu jalan utama, sistem pam air, sistem pencegah kebakaran dan UPS. Terdapat tempat-tempat yang dirasakan perlu bekalan sokongan seperti bilik-bilik elektrik, Charger bekalan DC untuk panel Switchgear, di samping koridor-koridor di semua asrama dan bangunan pentadbiran.

Set janakuasa di tempat-tempat lain turut diperiksa dan sebahagiannya didapati tidak boleh beroperasi dengan sempurna seperti mana berikut:-

Bil Lokasi Catatan
1 Set janakuasa tunggusedia di Desasiswa KTDI
- automatik
- namun bekalan tidak meliputi DC Charger, DB bilik Pencawang, lampu koridor asrama,
-
2 Set Janakuasa tunggusedia di Kompleks Dewan Kuliah (G3)
- manual
- bateri yang rosak belum diganti
3 Set janakuasa Tunggusedia di PMU-UTHM
- manual
- tidak boleh Changeover bekalan.
- diOFFkan juga secara manual-
4 Set Janakuasa tunggusedia di Kompleks Tek. FKMP (G2)
- ok
5 Set janakuasa tunggusedia di Kompleks Tek. FKEE (G1)
- ok
6 Set Janakuasa Tunggusedia di KTF
- ok

Bantuan Kontraktor Utama

Oleh kerana kerosakan yang berlaku dipercayai agak besar maka pihak kontraktor utama, PHARSB-ECSB JV telah dipanggil untuk bersama-sama memeriksa kerosakan. Jasabaik pihak kontraktor telah dipohon supaya dapat bersama-sama mengesan punca kerosakan yang berlaku disebabkan unit elektrik PPH masih belum memahami sepenuhnya sistem bekalan elektrik Voltan Pertengahan (HT) tersebut walaupun tempoh penyerahan projek komited telah berlalu iaitu pada 30 Jun 2008.

Panggilan Penjaga Jentera Elektrik B0 secara terus

Selain itu, disebabkan unit elektrik masih belum mempunyai Penjaga Jentera Elektrik Voltan Pertengahan (Chargemen B0), maka PJE B0 dari luar telah dipanggil secara terus bagi membantu mencari punca kerosakan atas dasar kerja-kerja kecemasan.

Sudahkah Kekompeten anda didaftarkan?

Ramai yang mengambil mudah kerana menganggap bahawa tanggungjawab mendaftarkan kekompetenan adalah dibawah Majikan secara TOTAL. Anda silap. Memaklumkan majikan secara bertulis adalah perlu memandangkan tugas orang kompeten adalah menasihati Pemunya, Pengurusan, Pemegang Lesen mahupun majikan berkenaan apa-apa keperluan yang tertakluk dibawah Akta 447 1990 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994.

Mungkin anda mahu "menggantung" atau "menyewa" perakuan kekompetenan anda kepada kontraktor. Ingat! Tindakan ini salah! Dibawah, suka untuk saya imbas kembali Peraturan 63 buat mereka yang terlupa (atau buat-buat lupa).

Peraturan 63

(1) Seseorang yang memegang Perakuan Kompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan yang membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara dibawah Peraturan-peraturan ini berhubungan dengan Perakuan Kekompetenannya hendaklah mendaftar diri dengan Pengarah.

(2) Pendaftaran di bawah sub peraturan (1) hendaklah dibuat, dan boleh diperbaharui, selama dua belas bulan, apabila dibayar fee yang ditetapkan dalam Bahagian V jadual Kedua.

(3) Seseorang, yang memegang satu atau lebih Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh mendaftar atau dibenarkan mendaftar atau perakuan-perakuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan lebih daripada satu majikan atau pepasangan, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

(4) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompetenan atau Penyelia Elektrik tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 75 tahun.

(5) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 65 tahun.

(6) Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), had umur seseorang boleh diketepikan atas dasar tahun ke tahun mengikut budi bicara Pengarah yang boleh menghendaki keterangan perubatan kesihatan fizikal dan mental orang itu yang disahkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar.

(7) Pemunya, Pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan untuk didaftarkan dalam masa tujuh hari dari pengambilan kerja atau perlantikan mana-mana orang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah memberitahu Pengarah secara bertulis nama dan kelayakan orang itu.

(8) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiaporang kompeten dan bahagian pepasangan yang akan berada di bawah tanggungjawab setiap orang kompeten yang diambil kerja olehnya, dan senarai tugas itu hendaklah diakuterima oleh orang kompeten itu dan hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh Pengarah.

Artikel Pilihan: Siapa 'Orang Kompeten' di UiTM?

Disalin dari: blog Catatan Dari Alam Dan Pengalaman

Akta Bekalan Elekktrik 1990(Akta 447), Akta Bekalan Elektkrik (Syarikat Penganti) 1990 (Akta 448) & Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah Elektrik 1990 mentakrifkan 'Jurutera Elektrik Kompeten' sebagai orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten yang dikeluarkan di bawah peraturan 47. 'Penjaga Jentera' ertinya orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera yang dikeluarkan di bawah peraturan 49.

Di UiTM 'Jurutera Elektrik Kompeten' yang saya kenali secara dekat ialah Ir. Harizan Che Mat Haris. Beliau banyak mengajar saya tentang elektrik bermula daripada High Tension(HT) 33kV, 11kV sehingga Low Voltage(LV) 415V dan 240V. Beliau juga mengajar saya tentang 'ring', 'redundancy' dan 'spur' dalam sistem bekalan elektrik. Jasa beliau kepada saya dalam konteks sistem bekalan elektrik tidak dapat saya lupakan sepanjang hayat. Sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di Pejabat Pengurusan Fasiliti (PPF) kepada UiTM terlalu banyak untuk ditulis dalam blog ini. Beliau juga adalah bekas Pegawai Kesihatan dan Keselamatan UiTM. Beliau umpama lilin, menerangi orang lain tetapi membakar diri sendiri.

Manakala 'Penjaga Jentera' Elektrik yang rapat dengan saya ramai, diantaranya Afzal Haq Abdul Rahman, Zulkepley Awang, Mohd. Tholal Hj. Hamidi,Mohd Fahmy Mohd. Fauzi, Shahidan Husain, Wan Hasanun, Samsudin Harun, Saimi Hussin, Mohd. Awaluddin Ibrahim, Mohni Dasuki dan ramai lagi yang tidak dapat disenaraikan disini. Mereka adalah orang kompeten di UiTM, Shah Alam. Mengikut Akta 447, orang awam tidak dibenarkan masuk Sub-Station Elektrik (HT&LV) kecuali dengan diiringi oleh orang kompeten iaitu Penjaga Jentera Elektrik.

Dalam kacamata Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) 'Penjaga Jentera' Elektrik ini tarafnya sama macam kerani, pemandu, tukang dan yang seangkatan dengannya. Mungkin kerana nama jawatan mereka penjaga jentera jadi Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) nampak tugas mereka ini macam penjaga. JAGA. Dalam kacamata Suruhanjaya Tenaga Malaysia pula mereka adalah orang kompeten, untuk menjadi orang kompeten mereka perlu mengikuti kursus tertentu yang dianjurkan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Kursus teori dan amali. Kursus ini memakan masa paling minima 6 bulan. Ada peperiksaan teori dan amali.

Pada pandangan saya kumpulan ini tidak perlu mengikuti Peperiksaan Tahap Kecekapan(PTK) kerana jika mereka menjadi 'Penjaga Jentera' Elektrik maknanya mereka telah kompeten. PTK mereka perlu berdasarkan kepada kompetensi mereka dalam skim Suruhanjaya Tenaga Malaysia bukan PTK seperti mana yang ada sekarang.

Samada kita sedar atau tidak, mereka sebenarnya ialah tulang belakang kepada operasi UiTM. Cuba bayangkan jika tiada bekalan elektrik di UiTM, adakah operasi pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan? apa maknanya komputer, server, network dan sistem ICT jika tiada bekalan elektrik? Apa maknanya sistem hawadingin jika tiada elektrik? semuanya tidak boleh beroperasi. Justeru itu, telah tiba masanya untuk JPA dan Pejabat Pendaftar membuat penilaian semula skim perkhidmatan penjaga jentera elektrik sediada kerana mereka terlalu dipinggirkan. Tambahan pula sekarang ini tarif bil elektrik telah naik, maka sewajarnyalah penjaga jentera elektrik juga dinaikan taraf...!

Chargeman: Exam 2010

source: ST website

NOTIS PEMBERITAHUAN


Peperiksaan Bertulis (Teori) Kekompetenan Penjaga Jentera Dan Pendawai Bagi Sesi 2010

TARIKH KATEGORI
16 Mac 2010 (Selasa) A0, A1, A4-2, A4-1, A4 dan B0 (TNB) Bhg. A & B
17 Mac 2010 (Rabu) PW1, PW3, B0-2, B0-1, B0, B1, B4 dan B0 (TNB) Bhg. C


Pada sesiapa yang berminat dan berkelayakan sila kemukakan borang permohonan dan dokumen-dokumen berkaitan ke pejabat kawasan Suruhanjaya Tenaga seperti di bawah sebelum 15 Januari 2010.
Negeri Pejabat Kawasan
Pulau Pinang, Kedah dan Perlis Suruhanjaya Tenaga Butterworth
Tel: 04-398 4957
Perak Suruhanjaya Tenaga Ipoh
Tel: 05-253 5413
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor Suruhanjaya Tenaga Petaling Jaya
Tel: 03–7955 8930
Melaka dan Negeri Sembilan
Suruhanjaya Tenaga Melaka
Tel: 06–231 9594
Johor Suruhanjaya Tenaga Johor Bahru
Tel: 07–224 8861

Pahang
Suruhanjaya Tenaga Kuantan
Tel: 09–514 2803
Kelantan dan Terengganu Suruhanjaya Tenaga Kota Bharu
Tel: 09–748 7390

Pantai Barat Negeri Sabah
Suruhanjaya Tenaga Kota Kinabalu
Tel: 088–232 447
Pantai Timur Negeri Sabah
Suruhanjaya Tenaga Sandakan
Tel: 089–666 695


Adalah dimaklumkan bahawa markah lulus adalah 50%.

Competant Person Chargeman HT up to 33KV

extracted from : All about Kamaruzaman

Are you looking for competant HT Chargeman?
If you are looking for HT Chargeman for northern region to supervise, coordinate your project do call me at 019-4560110. Kamaruzaman.

I am doing freelance and already involved in many TNB project.
To name a few; Demolish of 275/132KV TX and related acc at Prai Power Station, Installation of Capacitor Bank at 275KV Yard Prai power Station, relocation of 33KV s/gear and Acc to permanent room at PMU Bayan Lepas, Installation of 275/132/33KV at Prai Power Station, Installation of 33KV link and lightning arrestor at Bukit Raya PPU, Kedah. and many more.

As we know, all TNB jobs which involve installation of 11KV and above required to be supervise by Competent Chargemen to represent Service Engineer at site. Without Chergeman around job cannot be proceed.

So to avoid these hassle be prepared and appoint yr HT Chargeman before you could start any TNB's jobs.

kamaruzaman bin suradi
HT Chargeman

Roles of Electrical Chargeman
HT Chargeman scope of duty:
1. To comply with: Act 447 Electricity Supply Act. 1990 Part V (23) Competent Control Persons in charge:
No installations or electrical plant equipments other than those owned or managed by supply authority shall be works or operated except by or under the control of persons possessing such qualifications and holding such certificates as may be prescribed, and no persons not possessing the qualifications or holding a certificates as aforesaid shall be in charge of any installations or shall control the operations of any electrical plant or equipments
Any persons who contravenes this section shall be guilty of an offend and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit and, if the contravention be continued, to a fine not exceeding one thousand ringgit for everyday or part of a day during which the contravention is continued after conviction.
2. To ensure the (electrical related) safety of the workers before, during and after completion of the assigned jobs.
3. To ensure all related electrical supply are dead, discharge and earthed/lock throughout the works period and the working area and or equipments are safe to works.
4. To ensure all safety procedures are followed, proper tools are used, PPE are used and methods of handling of works are adhered.
5. To conduct “tool box talk” (safety briefing) before any job started (if necessary).



HT Chargeman - What to establish:
To uplift the “profession standard” of Competent Persons Chargeman
To established a fair and standard remuneration, package and benefit
To ensure the safety of competent persons chargeman
To ensure and safeguard the professionalism and competency of chargeman are in the right placed and recognized.
To ensure the sustainable of Chargeman profession by delivering a standard, quality and professional services.
Proposed remuneration and packages for HT Chargeman:
1. For “standby duty” required by the Electrical Act 447 Competent Control for the installations and equipments shall be paid as follows:
RM150 to RM250 Nett per eight (8) hours working periods
Surcharge of RM50 are applicable for working in public holidays (to follows the Government’s public holidays)
For unplanned and non schedule working hours shall be paid RM200 per 8 hours working periods.
2. For planned “maintenance works”:
For a planned maintenance works which require signing of PTW shall be paid RM250 to every unit of Sub Station (all type) regardless the numbers of switch gears and transformers.
As for normal routine works shall be paid RM250 per day (regardless the numbers of Substation)
3. For “Project works”:
Project works shall be paid RM300 per day with maximum 8 hours working hours (8am – 5pm) or (9am to 6pm)
Any extra time beyond the stipulated times shall be paid RM37.50 per hour.
Working days shall be six days week (Monday to Saturday)
Working on Sunday and Public Holiday shall be paid RM300 per day with surcharge of RM100 only (OT rate waived)
Working on weekend or public holidays (if required) shall be given notice or shall be informed in advanced.

Thursday, December 17, 2009

Soalan-soalan Peperiksaan Chargeman dan Wireman

Ramai yang mahukan soalan bocor namun ia tidaklah menjanjikan kalian menjanjikan kalian bakal bergelar Chargeman atau Wireman yang hebat. Ramai lulusan IKM, ILP, IKBN atau lain-lain institusi yang sudah "menjatuhkan" kredibiliti Chargeman atau Wireman. Hinggakan pegang meter pun menggigil. Nak suruh measure ampere? mahu terkencing dibuatnya.

Inilah akibatnya kalau peratusan kelulusan menjadi prioriti. Berlambak Chargeman dan Wireman tahap "paria" di pasaran. Ada seorang wireman kelulusan IKM Jasin menjawab soalan saya, lampu kalimantang 36watt akan mempunyai arus sebanyak 40Amp!

Saya ada tips lulus periksa dengan kuota lulus 50 markah tetapi terlalu awal untuk dikongsikan di sini. Ia bukan soalan bocor tetapi bagaimana mahu memahami sistem dan pekerjaan kalian dengan kaedah mudah.

Jika mahu menduduki peperiksaan Chargeman AO misalnya, kalian cuma perlu mengingati beberapa formula seperti:
  • Arus Lampu discaj= {Kuantiti lampu X watt X 1.8 (faktor pembetulan)} / (1.732 X 415)
  • Arus Motor = {hp X 746W} / { 1.732 X 415}
  • Arus Feeder Pillar = {kW X 1000} / {1.732 x 415}
Mudah bukan? Kalau ada soalan, sila komen.

Mahu bergelar "Chargeman"?

Kalau kalian mahu menduduki peperiksaan Chargeman BO melalui ILSAS, pastikan kantung kalian ada melebihi RM 13k. Kalau memilih untuk menduduki peperiksaan persendirian, 5k sudah memadai. menurut laman sesawang Suruhanjaya Tenaga:

Penjaga Jentera (Calon-calon Persendirian)
  • Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Penjaga jentera hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE)1 Pindaan 2003.
  • Kelayakan seperti Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003 iaitu :
  • seorang warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 20 tahun
  • mempunyai satu kelayakan pelajaran yang sesuai yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (sekurang-kurangnya lulus PMR atau tamat tingkatan tiga sekolah bantuan penuh kerajaan) atau telah memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera bagi sekatan yang lebih rendah.
  • mempunyai pengetahuan yang cukup tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
  • boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
  • calon-calon hendaklah mempunyai buku log bagi membuktikan pengalaman bekerja yang disahkan oleh tenaga pengajar lain yang memegang perakuan kekompetenan ST yang berkaitan.
  • Mempunyai pengalaman tidak kurang dari tiga tahun (termasuk sekurang-kurangnya satu tahun bekerja di kilang sekarang) dalam suatu kerja bekalan elektrik atau dalam kilang atau lombong, di mana ianya terlibat secara langsung dalam pengendalian alat-alat elektrik yang hidup. Ini hendaklah merangkumi dalam semua bidang penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik.
  • Pengalaman untuk menentukan kelayakan menduduki peperiksaan bagi kategori-kategori tertentu adalah seperti di Lampiran D. Dan calon-calon dibolehkan mengambil peperiksaan bermula dari voltan A0 atau A1 kecuali:
  • calon-calon dari TNB dan SESB dibenarkan mengambil peperiksaan terus ke B0 atau B0-1 yang mana perakuan kekompetenan yang dimilikinya adalah B0 sehingga 11kV (tanpa kelayakan voltan rendah).
  • Carta Kelayakan menduduki peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera adalah saperti di Lampiran C1.
  • Carta aliran prosidur menduduki Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera adalah seperti di Lampiran C3.


Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan AO

  • Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Suruhanjaya tenaga 2001.
  • Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003.
  • Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of Buildings - MS IEC 60364)
  • Sistem Pencegah Kebakaran
  • pemilihan dan kendalian alat pemadam kebakaran mudahalih (portable fire extinguisher)
  • sistem gas halon dan sprinkler
  • sistem penggera
  • Alat-alat Perlindungan Dalam Pepasangan Voltan Rendah
  • Semua jenis pemutus litar (ACB, OCB, MCCB, MCB, ELCB, dll)
  • suis-suis keselamatan
  • jenis fius:
  • fius boleh didawai semula
  • HRC
  • Time lag fuse dll.
  • "oil dash pot"
  • sistem pembumian
  • Elektrik Asas
  • angkadar / faktor kuasa (p.f.)
  • definasi dan perkiraan angkadar kuasa
  • kesan-kesan faktor kuasa yang rendah
  • kadaran pemuat (capacitor rating) bagi pemberulan pf.
  • ciri-ciri voltan (voltan fasa, voltan terminal & susut voltan)
  • arus (litar arus terus dan arus ulang alik)
  • jenis-jenis kuasa (ketara, sebenar & reaktif)
  • ciri-ciri perintang
  • pemuat
  • galangan
  • asas kemagnetan
  • Transformer
  • binaan, jenis, kegunaan, perbezaan antara pengubah-pengubah yang berlainan jenis
  • fungsi bahagian-bahagian penting dalam pengubah
  • baikpulih pengubah (overhauling)
  • pengujian dan mula tugas pengubah baru
  • Kabel
  • pemilihan kabel
  • jenis, saiz, keupayaan membawa arus dan susutan voltan
  • penyambungan dan tamatan (jointings dan terminations)
  • kerosakan-kerosakan pada kabel dan analisa kerosakan
  • penggunaan alat-alat mengesan kerosakan pada kabel
  • Kabel Bawah Tanah
  • jenis, saiz, keupayaarus an membawa
  • penggalian, cara merentang dan menanam kabel (excavation and cable laying) dalam pelbagai keadaan
  • penyambungan kabel (cable jointing), penentuan fasa (phasing) dan tamatan (termination)
  • peti pembekal (feeder pillar), papan agihan (distribution boards)
  • pembinaan, pengendalian dan penyelenggaraan
  • Motor dan Alat Kawalan
  • jenis-jenis motor, kegunaan, perbezaan dan cara gerak tugas
  • penyelenggaraan, mengesan kerosakan dan pembaikan
  • penghidup termasuk ciri-ciri perlindungan
  • Bateri
  • prinsip kerja
  • jenis, saiz, penyelenggaraan dan sistem cas
  • Alatukur dan Alat Uji
  • pengenalan dan penggunaan berbagai jenis alatukur dan alatuji
  • Pendingin Udara
  • jenis-jenis pendingin udara
  • komponen-komponen pendingin udara
  • kendalian dan senggaraan
  • Pemeriksaan Bagi Peralatan Papan Suis Utama
  • sistem pembumian, OCB, papan suis dan "switching tripping equipment"
  • pengasing, "relay and pilot wiring" dsb
  • Pepasangan Pengguna (Consumer Installation)
  • rekabentuk dan jenis-jenis pendawaian bagi pepasangan pengguna
  • pembumian
  • pengujian pepasangan (ujian-ujian turutan)
  • pepasangan lampu neon
  • Lampu jalan
  • pepasangan dan penyelenggara


Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan A1

Semua sukatan pelajaran bagi A0 termasuk Sistem Talian Atas

Talian Atas
  • jenis-jenis tiang (poles), pembinaan dawai umbang (stay)
  • jenis-jenis kabel, saiz keupayaan membawa arus
  • pemasangan talian meliputi merenggang (tensioning), melendut (sagging dan had kelegaan (clearance)
  • peralatan talian seperti "poles fuses", penangkap kilat (lighting arrestors), pendakap D (D bracket)
  • pemasangan dan penyelenggaraan peralatan talian atas dan lain-lain seperti peti pembekal (feeder pillars) dan papan agihan
  • pembumian
  • "span length" dan kedudukan tiang
  • lampu jalan
  • langkah keselamatan ketika bekerja



Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera A4-1

Semua sukatan pelajaran bagi A0, A1 termasuk :

  • Stesen janakuasa (tidak termasuk penyegerakkan [synchronising] janakuasa)
  • penjanaan voltan rendah
  • perkakasusi (switchgears) voltan rendah
  • Janakuasa diesel voltan rendah
  • Pengujian, penserbisan dan mengesan kerosakan / baikpulih "Automatic Voltage Regulator" (AVR)

Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan A4-2

Semua sukatan pelajaran bagi A0, A1 termasuk :

  • Stesen janakuasa (tidak termasuk penyegerakkan [synchronising] janakuasa dan kendalian talian
  • penjanaan voltan rendah
  • perkakasusi (switchgears) voltan rendah
  • Janakuasa diesel voltan rendah
  • Pengujian, penserbisan dan mengesan kerosakan / baikpulih "Automatic Voltage Regulator" (AVR)


Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan A4

Semua sukatan pelajaran bagi A0, A1, A4-1, A4-2 termasuk :

  • penyegerakkan janakuasa
  • faktor-faktor yang berkaitan dengan penyegerakkan janakuasa
  • cara penyegerakkan dijalankan (teori dan amali)


Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan B0-1

  • Semua sukatan pelajaran bagi Voltan Rendah tidak termasuk penyegerakkan janakuasa.
  • Sistem Voltan Tinggi dan Lebih Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara yang disenaraikan bagi kategori A0.

Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan B-2

  • Semua sukatan pelajaran bagi Voltan Rendah
  • Sistem Voltan Tinggi dan Lebih Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara yang disenaraikan bagi kategori A0.

Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan B1

  • Semua sukatan pelajaran bagi Voltan Rendah
  • Sistem Voltan Tinggi dan Lebih Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara yang disenaraikan bagi kategori A1.

Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan B4

  • Semua sukatan pelajaran bagi Voltan Rendah
  • Sistem Voltan Tinggi dan Lebih Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara yang disenaraikan bagi kategori A4