Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili
Showing posts with label ST. Show all posts
Showing posts with label ST. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

Pekeliling Terbaru Suruhanjaya Tenaga dalam memastikan Orang Kompeten lepasan Institusi Berkualiti!

Rujuk SINI untuk pekeliling yang dimaksudkan. Saya akan komen perkara ini kemudian.

Terima kasih ST kerana mendengar dan mengambil berat kualiti Orang Kompeten Elektrik.

Sunday, October 3, 2010

Booklet Suruhanjaya Tenaga

Seperti dijanjikan di posting yang ini, saya upload gambar booklet ST berkenaan Keperluan dan Kekerapan Lawatan Pemeriksaan Orang Kompeten ke Pepasangan-pepasangan elektrik yang memaparkan 3 gambar (dari 5 gambar) disalin dari blog ini. Sebagai penulis, saya cukup berbesar hati.

Friday, October 1, 2010

Booklet : Keperluan Lawatan Pemeriksaan Orang Kompeten Di Pepasangan Elektrik

Suruhanjaya Tenaga ada menerbitkan booklet yang memperjelaskan berkenaan Keperluan dan Kekerapan Lawatan Pemeriksaan Orang Kompeten ke Pepasangan-pepasangan elektrik di seluruh negara. Pautannya ada di sini -> Suruhanjaya Tenaga.

Yang membanggakan, 3 dari 5 gambar di dalam booklet tersebut diambil dari Blog ini. Saya selaku penulis, cukup berbesar hati.

Terima kasih.

Nota kaki: saya akan memuat-naik gambar booklet tersebut setelah selesai scan.

Friday, January 8, 2010

Tiada Istilah Proksi


transformer di P/E TNB Flat Cheras 17 tingkat

Dahulu, ramai yang merasakan tidak menjadi suatu kesalahan untuk menjadi proksi kepada mana-mana orang kompeten. Contohnya, melakukan pendawaian sambil orang kompeten HANYA menandatangani Borang G dan H namun tidak pernah ada di tapak apatahlagi melakukan pengujian.

Ataupun, melakukan calibration tanpa kehadiran orang kompeten dan orang kompeten cuma menandatangani Test Result.

Ini semua adalah salah dan wajar dihentikan dengan kadar segera. Suruhanjaya Tenaga juga ada mengedarkan pekeliling yang menekankan betapa WAJIBNYA orang kompeten sendiri yang melakukan lawatan dan pemeriksaan bagi pepasangan { klik sini }.

Hal ini, semua orang sudah tahu tetapi sengaja buat-buat tak tahu.

Tuesday, December 29, 2009

Masalah ketika ingin Mendaftarkan Pepasangan


On Line Tap changer model at ILSAS

Kekeliruan timbul apabila ditanya "Siapa yang perlu mendaftarkan pepasangan?". Adakah Pemunya, Pengurusan atau Pemaju?

Jika amati akta 21, yang menyatakan:

"Sebelum siapnya sesuatu pepasangan baru, selain daripada pepasangan yang dipunyai oleh pihak berkuasa bekalan, pemunya hendaklah mengemukakan, dengan pendua, kepada Suruhanjaya, suatu permohonan untuk pendaftaran.........(rujuk Akta 21 subseksyen 1)"


Maka, dapatlah disimpulkan, yang sepatutnya bertanggungjawab mendaftarkan pepasangan adalah PEMAJU. Mana mungkin pemunya atau pengurusan mempunyai hak di atas kertas ketika sesuatu pepasangan itu belum siap bukan?

Dan, adakah pemaju- pemaju melaksanakan akta ini? Siapa yang sering menanggung beban dari segi kos dan birokrasi dokumentasi? Selalunya, pihak pengurusan.

Berapa kos yang akan ditanggung ketika mahu mendaftarkan pepasangan? Ia SUBJEKTIF. Saya terlibat secara langsung ketika sebuah Menara 23 Tingkat, dilawat secara kejutan (suprise visit) oleh Ir. Cheah (Pengarah ST Kawasan Tengah). Saya telah beberapa kali menasihati pihak pengurusan tentang kewajipan mendaftarkan pepasangan namun dipandang enteng. Biasanya, kertas kerja bagi mendapatkan bajet untuk mendaftarkan pepasangan agak sukar jika tiada surat peringatan dari ST. ST memberi 2 peringatan dan kami terpaksa berbincang semeja dengan Ir. Cheah bagi menangguhkan sedikit akibat dari bajet yang lewat diluluskan. Alhamdulillah, pihak ST amat faham situasi kami sebagai Pihak Pengurusan.

Kami menerima 3 sebutharga.3 syarikat yang menghantar sebutharga yang meliputi dokumentasi ST, Endorsan diagram, Test report, Switchboard Certificate dan yang paling mahal adalah Consultation charges. Kompeni A meletak harga RM31000, kompeni B RM 16000 dan Kompeni C meletakkan harga RM9000.

Sudah pasti kompeni C yang dipilih. Namun, persoalan yang ingin saya bincangkan di sini, kenapa kos yang sebegini besar ditanggung oleh pihak Pengurusan Pepasangan?

Ia tidak akan berlaku jika pembeli yang ingin membeli sesuatu pepasangan memastikan perihal Pendaftaran Pepasangan diletakkan di dalam checklist sebelum beli (Pre-Purchase Checklist).

Orang Kompetenlah yang wajar memainkan peranan dalam memastikan majikan yang mahu membeli pepasangan diingatkan. Orang Kompeten agak penting bagi sesebuah syarikat yang menguruskan hartanah atau bangunan (property and building management company).

Ada juga teman-teman yang menanyakan, pepasangan yang bagaimana jatuh kritikal untuk didaftarkan?

Saya menjawab "Pepasangan yang mempunyai janakuasa tunggu-sedia atau mempunyai kemasukan 11kV kestas atau kedua-duanya sekali".

Sumber saya? Dari seseorang yang kalian kenal dan berpengaruh di bidang ini namun saya memilih ntuk merahsiakannya. Noktah.

Tuesday, December 22, 2009

Penukaran Tajuk Blog















Rasanya, tidak sesuai jika tajuk blog dijumudkan kepada ruang-lingkup Chargeman dan Wireman. Maka, ia diubah menjadi Orang Kompeten. Didalam akta 447, Peraturan Elektrik 1994, orang kompeten ada 6 kesemuanya.
  1. Pencantum Kabel
  2. Pendawai (Wireman)
  3. Penjaga Jentera (Chargeman)
  4. Penyelia Elektrik
  5. Jurutera Elektrik Kompeten
  6. Jurutera Perkhidmatan Elektrik
Bagaimana mahu menjadi seorang orang kompeten? Jawapannya di sini {link}

Lumayankah menjadi seorang orang kompeten?

Duit tidak pernah menjadi prioriti. Jika kalian berminat dan bersungguh, maka jalan yang ada terbentang luas. Tanpa minat, ramai orang kompeten yang menjadi penjual burger, kerani, operator pengeluaran dan penganggur.

Dek bosan dengan senario negatif seperti ini, maka blog ini tercipta.

Ingat, walaupun orang kompeten tidak bekerja di "padang"nya, makluman kepada Suruhanjaya Tenaga tetap menjadi WAJIB!

Wallahualam.

Friday, December 18, 2009

Sudahkah Kekompeten anda didaftarkan?

Ramai yang mengambil mudah kerana menganggap bahawa tanggungjawab mendaftarkan kekompetenan adalah dibawah Majikan secara TOTAL. Anda silap. Memaklumkan majikan secara bertulis adalah perlu memandangkan tugas orang kompeten adalah menasihati Pemunya, Pengurusan, Pemegang Lesen mahupun majikan berkenaan apa-apa keperluan yang tertakluk dibawah Akta 447 1990 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994.

Mungkin anda mahu "menggantung" atau "menyewa" perakuan kekompetenan anda kepada kontraktor. Ingat! Tindakan ini salah! Dibawah, suka untuk saya imbas kembali Peraturan 63 buat mereka yang terlupa (atau buat-buat lupa).

Peraturan 63

(1) Seseorang yang memegang Perakuan Kompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan yang membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara dibawah Peraturan-peraturan ini berhubungan dengan Perakuan Kekompetenannya hendaklah mendaftar diri dengan Pengarah.

(2) Pendaftaran di bawah sub peraturan (1) hendaklah dibuat, dan boleh diperbaharui, selama dua belas bulan, apabila dibayar fee yang ditetapkan dalam Bahagian V jadual Kedua.

(3) Seseorang, yang memegang satu atau lebih Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh mendaftar atau dibenarkan mendaftar atau perakuan-perakuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan lebih daripada satu majikan atau pepasangan, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

(4) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompetenan atau Penyelia Elektrik tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 75 tahun.

(5) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 65 tahun.

(6) Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), had umur seseorang boleh diketepikan atas dasar tahun ke tahun mengikut budi bicara Pengarah yang boleh menghendaki keterangan perubatan kesihatan fizikal dan mental orang itu yang disahkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar.

(7) Pemunya, Pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan untuk didaftarkan dalam masa tujuh hari dari pengambilan kerja atau perlantikan mana-mana orang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah memberitahu Pengarah secara bertulis nama dan kelayakan orang itu.

(8) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiaporang kompeten dan bahagian pepasangan yang akan berada di bawah tanggungjawab setiap orang kompeten yang diambil kerja olehnya, dan senarai tugas itu hendaklah diakuterima oleh orang kompeten itu dan hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh Pengarah.

Artikel Pilihan: Siapa 'Orang Kompeten' di UiTM?

Disalin dari: blog Catatan Dari Alam Dan Pengalaman

Akta Bekalan Elekktrik 1990(Akta 447), Akta Bekalan Elektkrik (Syarikat Penganti) 1990 (Akta 448) & Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah Elektrik 1990 mentakrifkan 'Jurutera Elektrik Kompeten' sebagai orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik Kompeten yang dikeluarkan di bawah peraturan 47. 'Penjaga Jentera' ertinya orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera yang dikeluarkan di bawah peraturan 49.

Di UiTM 'Jurutera Elektrik Kompeten' yang saya kenali secara dekat ialah Ir. Harizan Che Mat Haris. Beliau banyak mengajar saya tentang elektrik bermula daripada High Tension(HT) 33kV, 11kV sehingga Low Voltage(LV) 415V dan 240V. Beliau juga mengajar saya tentang 'ring', 'redundancy' dan 'spur' dalam sistem bekalan elektrik. Jasa beliau kepada saya dalam konteks sistem bekalan elektrik tidak dapat saya lupakan sepanjang hayat. Sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di Pejabat Pengurusan Fasiliti (PPF) kepada UiTM terlalu banyak untuk ditulis dalam blog ini. Beliau juga adalah bekas Pegawai Kesihatan dan Keselamatan UiTM. Beliau umpama lilin, menerangi orang lain tetapi membakar diri sendiri.

Manakala 'Penjaga Jentera' Elektrik yang rapat dengan saya ramai, diantaranya Afzal Haq Abdul Rahman, Zulkepley Awang, Mohd. Tholal Hj. Hamidi,Mohd Fahmy Mohd. Fauzi, Shahidan Husain, Wan Hasanun, Samsudin Harun, Saimi Hussin, Mohd. Awaluddin Ibrahim, Mohni Dasuki dan ramai lagi yang tidak dapat disenaraikan disini. Mereka adalah orang kompeten di UiTM, Shah Alam. Mengikut Akta 447, orang awam tidak dibenarkan masuk Sub-Station Elektrik (HT&LV) kecuali dengan diiringi oleh orang kompeten iaitu Penjaga Jentera Elektrik.

Dalam kacamata Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) 'Penjaga Jentera' Elektrik ini tarafnya sama macam kerani, pemandu, tukang dan yang seangkatan dengannya. Mungkin kerana nama jawatan mereka penjaga jentera jadi Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) nampak tugas mereka ini macam penjaga. JAGA. Dalam kacamata Suruhanjaya Tenaga Malaysia pula mereka adalah orang kompeten, untuk menjadi orang kompeten mereka perlu mengikuti kursus tertentu yang dianjurkan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Kursus teori dan amali. Kursus ini memakan masa paling minima 6 bulan. Ada peperiksaan teori dan amali.

Pada pandangan saya kumpulan ini tidak perlu mengikuti Peperiksaan Tahap Kecekapan(PTK) kerana jika mereka menjadi 'Penjaga Jentera' Elektrik maknanya mereka telah kompeten. PTK mereka perlu berdasarkan kepada kompetensi mereka dalam skim Suruhanjaya Tenaga Malaysia bukan PTK seperti mana yang ada sekarang.

Samada kita sedar atau tidak, mereka sebenarnya ialah tulang belakang kepada operasi UiTM. Cuba bayangkan jika tiada bekalan elektrik di UiTM, adakah operasi pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan? apa maknanya komputer, server, network dan sistem ICT jika tiada bekalan elektrik? Apa maknanya sistem hawadingin jika tiada elektrik? semuanya tidak boleh beroperasi. Justeru itu, telah tiba masanya untuk JPA dan Pejabat Pendaftar membuat penilaian semula skim perkhidmatan penjaga jentera elektrik sediada kerana mereka terlalu dipinggirkan. Tambahan pula sekarang ini tarif bil elektrik telah naik, maka sewajarnyalah penjaga jentera elektrik juga dinaikan taraf...!

Chargeman: Exam 2010

source: ST website

NOTIS PEMBERITAHUAN


Peperiksaan Bertulis (Teori) Kekompetenan Penjaga Jentera Dan Pendawai Bagi Sesi 2010

TARIKH KATEGORI
16 Mac 2010 (Selasa) A0, A1, A4-2, A4-1, A4 dan B0 (TNB) Bhg. A & B
17 Mac 2010 (Rabu) PW1, PW3, B0-2, B0-1, B0, B1, B4 dan B0 (TNB) Bhg. C


Pada sesiapa yang berminat dan berkelayakan sila kemukakan borang permohonan dan dokumen-dokumen berkaitan ke pejabat kawasan Suruhanjaya Tenaga seperti di bawah sebelum 15 Januari 2010.
Negeri Pejabat Kawasan
Pulau Pinang, Kedah dan Perlis Suruhanjaya Tenaga Butterworth
Tel: 04-398 4957
Perak Suruhanjaya Tenaga Ipoh
Tel: 05-253 5413
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor Suruhanjaya Tenaga Petaling Jaya
Tel: 03–7955 8930
Melaka dan Negeri Sembilan
Suruhanjaya Tenaga Melaka
Tel: 06–231 9594
Johor Suruhanjaya Tenaga Johor Bahru
Tel: 07–224 8861

Pahang
Suruhanjaya Tenaga Kuantan
Tel: 09–514 2803
Kelantan dan Terengganu Suruhanjaya Tenaga Kota Bharu
Tel: 09–748 7390

Pantai Barat Negeri Sabah
Suruhanjaya Tenaga Kota Kinabalu
Tel: 088–232 447
Pantai Timur Negeri Sabah
Suruhanjaya Tenaga Sandakan
Tel: 089–666 695


Adalah dimaklumkan bahawa markah lulus adalah 50%.

Thursday, December 17, 2009

Borang peperiksaan, Pendaftaran pepasangan, Borang G & H dan lain-lain.

Bagi kontraktor dan pendawai, Borang G & H amat penting. Samada untuk menguji pepasangan kerajaan (hantar claim) ataupun memohon meter kWh dari TNB. Ramai juga yang mahu mengambil peperiksaan kekompetenan tetapi tidak tahu mahu download dari mana. Maka, klik perkataan dibawah untuk ke laman web ST yang menyediakan borang-borang tersebut.

LAMAN WEB SURUHANJAYA TENAGA

Voltan Nominal

extracted from ST website.

PEMBERITAHUAN

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga (ST) telah bersetuju untuk menetapkan pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC standard voltages sebagai voltan nominal bagi sistem bekalan voltan rendah yang baru di Malaysia iaitu 230/400V dengan julat +10% dan -6% pada frekuensi 50 Hz dengan julat ± 1%, menggantikan voltan bekalan sediada iaitu 240/415V dengan julat +5% dan -10% pada frekuensi yang sama.

Pemakaian standard MS IEC 60038:2006 – IEC standard voltages ini berkuatkuasa mulai
01 Januari 2008.

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengannya, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:-

1) En Abdul Rahim bin Ibrahim
Ketua
Unit Pemantauan, Pembekalan & Perkhidmatan
Jabatan Perbekalan Elektrik
Suruhanjaya Tenaga
Tel: 603-2612 5581
2)
Ir. Fairus binti Abd Manaf
Ketua
Unit Pepasangan
Jabatan Keselamatan Elektrik
Suruhanjaya Tenaga
Tel: 603-2612 5407

atau mengemukakan pertanyaan bertulis kepada info@st.gov.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya