Rata-rata saya temui, ramai yang malas untuk naiktaraf (upgrade) kekompetenan mereka. Saya agak hairan dengan pattern yang agak negatif ini. Ada juga yang kononnya menjadikan kesibukan harian sebagai alasan. Come-on la, kalau nak dikira sibuk, PM lagi teruk sibuknya. Saya merumuskan bahawa, sebab-sebab utama pemegang kekompetenan Suruhanjaya Tenaga tidak menaiktaraf kekompetenan mereka adalah kerana:
- Mereka berada di zon selesa. Pekerjaan dengan gaji lumayan telah melalaikan. Hingga sampai di suatu tahap, upgrading will be a desperate decision. Unfortunately, most of them failed on the practical test because of disability of strength as well of mind efficiency. Kelakar bunyinya.
- Bertangguh. Akhirnya, tahun-tahun terus berlalu tanpa mereka sedari.
- Tiada keyakinan untuk lulus.
- Tiada tempat rujukan atau institusi yang menawarkan kelas-kelas kekompetenan (saya sedang berusaha mewujudkan kelas sebegini di Seremban dengan kos harga mampu (PW4, AO, A4 dan BO).
- Tidak tahu hirarki atau pra-syarat mengambil peperiksaan.
- Tiada kawan yang mampu memberi dorongan.
Yang penting, gaji juga akan naik. Hehe. Ini yang seronok bukan?
Ada dikalangan teman-teman yang bertanyakan salary rate bagi seorang Penjaga Jentera. From my personal observation, current salary rate for private sector as below:
- AO/A1 = RM 1500 - RM2450
- A4 = RM 2500 - RM 3800 (sometimes reach RM 4900, depends on organisation size; probably)
- B0 = not less than RM 5000.00
- B4 = not less than RM 7500.
Jika tidak kita yang meletakkan suatu tanda aras buat gaji Penjaga Jentera, siapa lagi?
Wallahualam.