Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili
Showing posts with label pendaftaran. Show all posts
Showing posts with label pendaftaran. Show all posts

Monday, January 25, 2010

Institut Kemahiran: Suatu Komentar Serius.{II}


Reaksi bercampur-baur yang saya terima setelah bahagian pertama posting ini disiarkan, memang telah dijangka sejak dari awal. Memang agak sukar untuk menerima kebenaran namun kebenaran itu kan tetap kebenaran. Kewujudan blog ini bukan untuk memperlekehkan mana-mana pihak atau mengendos istilah "bodoh" dan "bangang" kepada sesiapa, tetapi untuk memartabatkan profession dan kerjaya sebagai seorang orang kompeten di bawah akta 447.

Sama ada kita sedar atau tidak, orang kompeten akan lenyap jika terdapat pindaan atau pemansuhan Akta 447 kerana kewujudan orang kompeten berasaskan dari akta tersebut. Maka, bagi memastikan kehadiran orang kompeten mutakhir terus dipandang berwibawa dan berilmu, maka sesuatu perlu kita lakukan.

Kalau Chargeman nak harapkan PEJEMA, maka terlingkuplah institusi Penjaga Jentera (jika ia boleh dikategori sebagai suatu institusi). PEJEMA adalah singkatan pada Persatuan Penjaga Jentera Malaysia. Apa fungsi PEJEMA? Kalau kalian tanya saya, saya jawab "ENTAH". Kalau sesiapa ada informasi terkini, sila maklumkan saya. Saya akan war-warkan ke seluruh alam. Malang sungguh sebuah persatuan tiada laman web. Kuno betul!

Apa bukti mudah kebanjiran orang kompeten lepasan Institut Kemahiran hanya menjahanamkan profession kekompetenan terutama Pendawai dan Penjaga Jentera?

Kalian boleh buat kajian sendiri. Berapa gaji seorang Chargeman AO pada 1995 dan 2005? Pada 1995, gaji seorang Chargeman AO tidak kurang dari RM1800. 2005 pula, ada yang hanya mendapat gaji RM750 .

Berapa weightage kebergantungan organisasi kepada Chargeman yang digaji mereka? Kalau saya, saya akan jawab 45%!

Organisasi lebih percaya kepada kontraktor dari Chargeman mereka sendiri. Kalau pegang multimeter pun menggigil, maka wajarlah ia jadi sebegitu rupa.

Gantung lesen (illegal tapi ia berlaku) seorang PW2 pada tahun 1999 adalah RM400 sebulan. Bila terlalu ramai PW4 yang keluar melata di muka bumi ni, harga gantung PW4 boleh menjadi RM150! Ini bukan main-main, saya mempunyai bukti. Pendawai lepasan Institut Kemahiran tidak tahupun prosedur "gantung lesen" dan ada yang menyerahkan sijil ASLI kepada majikan!

Kelakar dan memeranjatkan bukan?

{akan bersambung}

Friday, December 18, 2009

Sudahkah Kekompeten anda didaftarkan?

Ramai yang mengambil mudah kerana menganggap bahawa tanggungjawab mendaftarkan kekompetenan adalah dibawah Majikan secara TOTAL. Anda silap. Memaklumkan majikan secara bertulis adalah perlu memandangkan tugas orang kompeten adalah menasihati Pemunya, Pengurusan, Pemegang Lesen mahupun majikan berkenaan apa-apa keperluan yang tertakluk dibawah Akta 447 1990 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994.

Mungkin anda mahu "menggantung" atau "menyewa" perakuan kekompetenan anda kepada kontraktor. Ingat! Tindakan ini salah! Dibawah, suka untuk saya imbas kembali Peraturan 63 buat mereka yang terlupa (atau buat-buat lupa).

Peraturan 63

(1) Seseorang yang memegang Perakuan Kompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan yang membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara dibawah Peraturan-peraturan ini berhubungan dengan Perakuan Kekompetenannya hendaklah mendaftar diri dengan Pengarah.

(2) Pendaftaran di bawah sub peraturan (1) hendaklah dibuat, dan boleh diperbaharui, selama dua belas bulan, apabila dibayar fee yang ditetapkan dalam Bahagian V jadual Kedua.

(3) Seseorang, yang memegang satu atau lebih Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh mendaftar atau dibenarkan mendaftar atau perakuan-perakuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan lebih daripada satu majikan atau pepasangan, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

(4) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompetenan atau Penyelia Elektrik tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 75 tahun.

(5) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 65 tahun.

(6) Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), had umur seseorang boleh diketepikan atas dasar tahun ke tahun mengikut budi bicara Pengarah yang boleh menghendaki keterangan perubatan kesihatan fizikal dan mental orang itu yang disahkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar.

(7) Pemunya, Pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan untuk didaftarkan dalam masa tujuh hari dari pengambilan kerja atau perlantikan mana-mana orang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah memberitahu Pengarah secara bertulis nama dan kelayakan orang itu.

(8) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiaporang kompeten dan bahagian pepasangan yang akan berada di bawah tanggungjawab setiap orang kompeten yang diambil kerja olehnya, dan senarai tugas itu hendaklah diakuterima oleh orang kompeten itu dan hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh Pengarah.