Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili
Showing posts with label Pandangan Penulis. Show all posts
Showing posts with label Pandangan Penulis. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Pengasingan

Bismillahirrahmanirrahim.

Pengasingan yang dimaksudkan disini bukanlah berkenaan "Isolator" atau "Any system to be isolated". Ia berkenaan mengasingkan ceritera Kelas Kekompetenan dari blog ini yang mana ramai pembaca mahukan ia tidak dicampur adukkan dengan posting perihal Orang Kompeten.

Sebagai penulis yang mendengar, saya bersetuju dan mulai hari ini, sebarang promosi berkenaan Kelas Kompeten akan di tulis di www.sepaduteknik.co.cc

Blog ini (http://orangkompeten.blogspot.com) akan membincangkan masa hadapan, informasi dan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama-sama.

Wallahualam.

Monday, November 15, 2010

Posting Ringkas: Nasib Pengajar Institut Kemahiran/ Latihan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada beberapa komentar yang bertanya, bagaimana agaknya nasib dan masa depan tenaga pengajar. Jika diamati penulisan saya sebelum ini, desakan untuk menarik balik pentauliahan adalah HANYA pada pentauliahan. Tidak pula saya mendesak agar "diterajang" tenaga pengajar ini keluar dari Institut. Mereka tetap berjasa dan mengajar adalah profesion mereka. itu kita wajib hormati.

Maka, Institut kemahiran/ Latihan perlulah memandang kembali sistem SKM yang semakin menemui ajalnya. Setelah kursus elektrik di Institut Latihan / Kemahiran tidak lagi menggunakan SKM sebagai dasar pembelajaran dan diserah kepada pihak swasta yang mengaut keuntungan yang hampir menyamai dengan AC Konsortium (sekadar contoh), kualiti pemegang SKM tidak lagi dipandang oleh majikan-majikan.

Cadangan saya:

1. Dihidupkan kembali roh kursus berasaskan SKM (bagi kursus elektrik).
2. Mereka yang sudah mempunyai pengalaman 1 tahun dan mempunyai SKM minimum tahap 1, boleh memohon kursus pendawai PW1 (gred pendawai ini juga hampir "pupus").
3. Yang mempunyai SKM tahap 3 dan pengalaman kerja 1 tahun, boleh meneruskan dengan kursus Chargeman A1.
4. Calon kekompetenan persendirian, pengalaman 3 tahun kekal bagi Chargeman A0 dan PW3 dan pengalaman 2 tahun juga kekal bagi PW1.

Bukankah cara diatas tidak mengabaikan mana-mana pihak? Tenaga pengajar tetap ada, SKM semakin subur, kelayakan berdasarkan pengalaman tetap jadi prioriti dan ianya adil dan saksama bagi semua pihak.

Mudah kan? Kita cuma perlu membuat post-mortem untuk "celik'.

Wallahualam.

Saturday, October 9, 2010

3 Golongan Orang Kompeten

Berdasarkan pemerhatian yang saya buat (secara tidak rasmi) dan perkenalan saya dengan ramai orang kompeten elektrik (6 kategori kekompetenan dari Per. 46- Per. 51), dapatlah saya membahagikan Orang Kompeten di bawah 3 kategori.

Kategori 1: Orang Kompeten Yang Tidak Bekerja didunia kekompetenan.

Mereka ini, mempunyai kekompetenan namun bekerja atau berniaga di bidang yang 100% lari dari dunia kekompetenan. Secara kasarnya, mereka ini KEBANYAKANNYA dari lepasan institut-institut kemahiran yang berlambak-lambak dan mengeluarkan produk yang boleh didebatkan kualitinya. Ada juga yang mendapat kekompetenan dari peperiksaan persendirian tetapi "putus asa" dengan sepak terajang dunia kejuruteraan elektrik. Orang Kompeten dari kategori ini, menceburi bidang lain atas beberapa sebab, contohnya:
  • tidak mendapat pekerjaan yang diinginkan atau tidak berpuas hati dengan bayaran yang diterima dari majikan terdahulu.
  • mendapati kerja dibidang lain lebih berbaloi.
  • memasuki institut atas desakan keluarga atau terpaksa melanjutkan pelajaran kerana malu dengan orang kampung.
  • mendapat sijil kompeten dari Institut dengan mudah walhal tidak layak langsung!
Kategori 2: Orang Kompeten "PKK".

Orang Kompeten dari kategori ini bukanlah dimaksudkan mendapat kekompetenan dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), tetapi mengambil sijil kekompetenan untuk mendapat sub-kepala 11 (lampu awam) atau sub kepala 6 dan pelbagai lagi. Mereka ini, tidak berminat untuk menjadi orang kompeten yang "sejati", tetapi HANYA mahu sijil kekompetenan tersebut bagi profile syarikat mereka. Megah bagai merak bila bergelar Chargeman, meloncat bagai beruk bila bergelar Wireman Nil tetapi malangnya knowledge dan experience mereka boleh didebatkan. Bagaimanapun, kontraktor elektrik yang BUKAN dari kategori ini , akan jatuh ke kategori ketiga bersama Orang Kompeten yang lain.


Kateegori 3: Orang Kompeten Sejati @ Orang Kompeten Kelas Pertama.


Orang Kompeten dari kategori ini adalah yang didambakan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga, pihak Majikan dan pihak pengurusan. Mempunyai aura dan karisma seorang Orang Kompeten, sentiasa look forward untuk upgrade kekompetenan sedia ada, sentiasa mahu belajar, menghormati pemegang kompeten yang lebih tinggi, rendah diri dan senantiasa peka dengan keselamatan dan kehendak Akta 447.

Cikgu-cikgu, Tutor , Lecturer dan tenaga pengajar kelas kekompetenan bolehlah dimasukkan di bawah Kelas Pertama/ Kategori ketiga kerana mereka yang memberi ilmu kepada bakal Orang Kompeten.


Tanya diri kita, kita berada di kategori yang mana. Berusahalah menjadi orang kompeten Kategori Ketiga!

Wallahualam.