Penjaga Jentera (Calon-calon Persendirian)
- Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Penjaga jentera hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE)1 Pindaan 2003.
- Kelayakan seperti Peraturan 49, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003 iaitu :
- seorang warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 20 tahun
- mempunyai satu kelayakan pelajaran yang sesuai yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (sekurang-kurangnya lulus PMR atau tamat tingkatan tiga sekolah bantuan penuh kerajaan) atau telah memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera bagi sekatan yang lebih rendah.
- mempunyai pengetahuan yang cukup tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik.
- boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
- calon-calon hendaklah mempunyai buku log bagi membuktikan pengalaman bekerja yang disahkan oleh tenaga pengajar lain yang memegang perakuan kekompetenan ST yang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman tidak kurang dari tiga tahun (termasuk sekurang-kurangnya satu tahun bekerja di kilang sekarang) dalam suatu kerja bekalan elektrik atau dalam kilang atau lombong, di mana ianya terlibat secara langsung dalam pengendalian alat-alat elektrik yang hidup. Ini hendaklah merangkumi dalam semua bidang penjanaan, penghantaran dan pembahagian elektrik.
- Pengalaman untuk menentukan kelayakan menduduki peperiksaan bagi kategori-kategori tertentu adalah seperti di Lampiran D. Dan calon-calon dibolehkan mengambil peperiksaan bermula dari voltan A0 atau A1 kecuali:
- calon-calon dari TNB dan SESB dibenarkan mengambil peperiksaan terus ke B0 atau B0-1 yang mana perakuan kekompetenan yang dimilikinya adalah B0 sehingga 11kV (tanpa kelayakan voltan rendah).
- Carta Kelayakan menduduki peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera adalah saperti di Lampiran C1.
- Carta aliran prosidur menduduki Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera adalah seperti di Lampiran C3.
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan AO
- Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Suruhanjaya tenaga 2001.
- Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003.
- Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of Buildings - MS IEC 60364)
- Sistem Pencegah Kebakaran
- pemilihan dan kendalian alat pemadam kebakaran mudahalih (portable fire extinguisher)
- sistem gas halon dan sprinkler
- sistem penggera
- Alat-alat Perlindungan Dalam Pepasangan Voltan Rendah
- Semua jenis pemutus litar (ACB, OCB, MCCB, MCB, ELCB, dll)
- suis-suis keselamatan
- jenis fius:
- fius boleh didawai semula
- HRC
- Time lag fuse dll.
- "oil dash pot"
- sistem pembumian
- Elektrik Asas
- angkadar / faktor kuasa (p.f.)
- definasi dan perkiraan angkadar kuasa
- kesan-kesan faktor kuasa yang rendah
- kadaran pemuat (capacitor rating) bagi pemberulan pf.
- ciri-ciri voltan (voltan fasa, voltan terminal & susut voltan)
- arus (litar arus terus dan arus ulang alik)
- jenis-jenis kuasa (ketara, sebenar & reaktif)
- ciri-ciri perintang
- pemuat
- galangan
- asas kemagnetan
- Transformer
- binaan, jenis, kegunaan, perbezaan antara pengubah-pengubah yang berlainan jenis
- fungsi bahagian-bahagian penting dalam pengubah
- baikpulih pengubah (overhauling)
- pengujian dan mula tugas pengubah baru
- Kabel
- pemilihan kabel
- jenis, saiz, keupayaan membawa arus dan susutan voltan
- penyambungan dan tamatan (jointings dan terminations)
- kerosakan-kerosakan pada kabel dan analisa kerosakan
- penggunaan alat-alat mengesan kerosakan pada kabel
- Kabel Bawah Tanah
- jenis, saiz, keupayaarus an membawa
- penggalian, cara merentang dan menanam kabel (excavation and cable laying) dalam pelbagai keadaan
- penyambungan kabel (cable jointing), penentuan fasa (phasing) dan tamatan (termination)
- peti pembekal (feeder pillar), papan agihan (distribution boards)
- pembinaan, pengendalian dan penyelenggaraan
- Motor dan Alat Kawalan
- jenis-jenis motor, kegunaan, perbezaan dan cara gerak tugas
- penyelenggaraan, mengesan kerosakan dan pembaikan
- penghidup termasuk ciri-ciri perlindungan
- Bateri
- prinsip kerja
- jenis, saiz, penyelenggaraan dan sistem cas
- Alatukur dan Alat Uji
- pengenalan dan penggunaan berbagai jenis alatukur dan alatuji
- Pendingin Udara
- jenis-jenis pendingin udara
- komponen-komponen pendingin udara
- kendalian dan senggaraan
- Pemeriksaan Bagi Peralatan Papan Suis Utama
- sistem pembumian, OCB, papan suis dan "switching tripping equipment"
- pengasing, "relay and pilot wiring" dsb
- Pepasangan Pengguna (Consumer Installation)
- rekabentuk dan jenis-jenis pendawaian bagi pepasangan pengguna
- pembumian
- pengujian pepasangan (ujian-ujian turutan)
- pepasangan lampu neon
- Lampu jalan
- pepasangan dan penyelenggara
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan A1
Semua sukatan pelajaran bagi A0 termasuk Sistem Talian Atas
Talian Atas
- jenis-jenis tiang (poles), pembinaan dawai umbang (stay)
- jenis-jenis kabel, saiz keupayaan membawa arus
- pemasangan talian meliputi merenggang (tensioning), melendut (sagging dan had kelegaan (clearance)
- peralatan talian seperti "poles fuses", penangkap kilat (lighting arrestors), pendakap D (D bracket)
- pemasangan dan penyelenggaraan peralatan talian atas dan lain-lain seperti peti pembekal (feeder pillars) dan papan agihan
- pembumian
- "span length" dan kedudukan tiang
- lampu jalan
- langkah keselamatan ketika bekerja
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera A4-1
Semua sukatan pelajaran bagi A0, A1 termasuk :
- Stesen janakuasa (tidak termasuk penyegerakkan [synchronising] janakuasa)
- penjanaan voltan rendah
- perkakasusi (switchgears) voltan rendah
- Janakuasa diesel voltan rendah
- Pengujian, penserbisan dan mengesan kerosakan / baikpulih "Automatic Voltage Regulator" (AVR)
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan A4-2
Semua sukatan pelajaran bagi A0, A1 termasuk :
- Stesen janakuasa (tidak termasuk penyegerakkan [synchronising] janakuasa dan kendalian talian
- penjanaan voltan rendah
- perkakasusi (switchgears) voltan rendah
- Janakuasa diesel voltan rendah
- Pengujian, penserbisan dan mengesan kerosakan / baikpulih "Automatic Voltage Regulator" (AVR)
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan A4
Semua sukatan pelajaran bagi A0, A1, A4-1, A4-2 termasuk :
- penyegerakkan janakuasa
- faktor-faktor yang berkaitan dengan penyegerakkan janakuasa
- cara penyegerakkan dijalankan (teori dan amali)
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan B0-1
- Semua sukatan pelajaran bagi Voltan Rendah tidak termasuk penyegerakkan janakuasa.
- Sistem Voltan Tinggi dan Lebih Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara yang disenaraikan bagi kategori A0.
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan B-2
- Semua sukatan pelajaran bagi Voltan Rendah
- Sistem Voltan Tinggi dan Lebih Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara yang disenaraikan bagi kategori A0.
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan B1
- Semua sukatan pelajaran bagi Voltan Rendah
- Sistem Voltan Tinggi dan Lebih Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara yang disenaraikan bagi kategori A1.
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Sekatan B4
- Semua sukatan pelajaran bagi Voltan Rendah
- Sistem Voltan Tinggi dan Lebih Tinggi (sehingga 33kV) bagi semua perkara yang disenaraikan bagi kategori A4