Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili
Showing posts with label kerja kosong. Show all posts
Showing posts with label kerja kosong. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Jawatan Kosong (Urgent)

Update: JAWATAN YANG MASIH KEKOSONGAN:

1. PENDAWAI PW 1
2. PENDAWAI PW 4
3. FACILITY MANAGER (IJAZAH KEJURUTERAAN ELEKTRIK DENGAN 3 TAHUN PENGALAMAN)
4. PENYELIA (DIPLOMA ELEKTRIK DENGAN 2 TAHUN PENGALAMAN)
5. TECHNICIAN (LEPASAN IKM/ILP/IKBN)

SILA HANTAR RESUME SEGERA KE sepadu_teknik@yahoo.com.my

Anda akan dihubungi segera (lokasi kerja: nilai)
Masalah tempat tinggal adalah negotiable (boleh dirunding).

Sunday, March 17, 2013

Peluang Pekerjaan Bersama Kami

Assalamualaikum.

Pada mereka yang mempunyai PW4 atau PW4 + A1 Chargeman, atau fresh dari IKM/ILP/IKBN, boleh hubungi saya di 0183983868 bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat kami.

Secepat mungkin!

Terima kasih.

Mohd Razib Ramili.

Tuesday, September 25, 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN: BAGI CHARGEMAN BO DAN AO, SEBUAH SYARIKAT ELEKTRIK DAN MENJALANKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN PENCAWANG TNB MEMERLUKAN ANDA. SESIAPA YANG BERMINAT, BOLEH HUBUNGI EN. HAMDAN BIN KASIM (HP: 0126357072 ATAU PEJABAT: 062827072 ATAU EMAIL: hazsbc@yahoo.com.my) Lokasi: Melaka.

Wednesday, November 10, 2010

Pentauliahan Terhadap Institut Kemahiran Wajar Dihentikan!

Bismillahirrahmanirrahim.

Mungkin ada yang tersentak dengan tajuk penulisan saya kali ini terutamanya mereka-mereka yang menghentam penulisan saya dengan ejekan, kritikan dan komen-komen yang kebanyakannya tidak membawa apa-apa maksud dan tidak mengetengahkan bukti-bukti bahawa apa yang saya tulis itu adalah salah. Bukan saya mendabik dada dengan apa sahaja informasi yang saya ada, tetapi sekadar mengharap sesuatu yang positif di Industri Kekompetenan khususnya agar ia kekal menjadi wadah anak-anak kita mencari sesuap nasi bagi menampung kehidupan mereka yang tentunya lebih mencabar.

Berbalik kepada matlamat asal, kita seharusnya bertanya kepada diri sendiri, mengapa agaknya pihak Jabatan Bekalan Elektrik & Gas (bidang kuasa kini di bawah Suruhanjaya Tenaga) mentauliahkan kepada institusi-institusi latihan dan kemahiran ; menganjurkan/mengendalikan kursus, peperiksaan dan seterusnya "menganugerahkan" perakuan orang kompeten kepada pelatih/pelajar mereka. Jawapannya amat mudah. Negara ketandusan orang kompeten tertentu (pendawai dan penjaga jentera) bagi menampung permintaan dan kehendak yang diperlukan memandangkan negara sedang dipacu dengan kadar cukup aggresif sehingga pentauliahan dengan objektif agar produk-produk yang dikeluarkan dapat menampung kelompongan tersebut. Usaha lain yang dibuat adalah dengan kewujudan Orang Kompeten Terhad (Restricted).

Setelah melepasi satu dekad, masalah tersebut dapat diatasi sehingga suatu pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga bertarikh 12 Jun 2007 yang membatalkan dan memberhentikan pengeluaran perakuan Penjaga jentera Terhad. Bagi membaca pekeliling tersebut, sila klik sini.

Pekeliling itu turut menyatakan bahawa pengeluaran perakuan sedemikian adalah tidak relevan lagi. Mengapa? Negara sudah mengalami "lambakan" seramai 30400 orang diseluruh negara. Itu cerita 3 tahun lalu.

Jika kita tidak terlalu negatif, mungkin kita dapat menggambarkan kuantiti Penjaga Jentera pada hari ini. Saya menjangkakan angkanya hampir mencecah ratus ribu orang. Teori Pengurusan menyatakan bahawa apa sahaja perkara yang kuantitinya melampaui permintaan (quantity beyond demand) akan mengakibatkan harga jatuh secara kritikal dan kepentingan sesuatu itu tidak lagi dipandang prioriti apabila ia berubah menjadi lambakan (massive quantity over demand).

Kita boleh mulai bertanya kepada diri sendiri, adakah Penjaga Jentera Voltan Rendah masih lagi boleh negotiate dengan bakal majikan atau secara sifir yang lebih mudah; adakah mereka mempunyai pilihan?

Jika soalan yang sama disoal kepada saya, maka dengan pantasnya saya menjawab TIADA.

DENGAN ITU, BERSAMALAH KITA MEMOHON BUDI BAIK PIHAK SURUHANJAYA TENAGA AGAR MENARIK BALIK PENTAULIAHAN TERHADAP INSTITUT KEMAHIRAN/ LATIHAN DENGAN KADAR SEGERA.

Jika kualiti yang kita mahu, tindakan pro-aktif perlu dilakukan segera.

Ada juga pembaca yang mempersoalkan kredibiliti saya mengkritik Institut Kemahiran/ Latihan kerana saya juga menerima asuhan awal di sana. Fahamilah bahawa saya tidak berniat menjadi manusia yang menidakkan jasa dan ilmu yang di tumpahkan terhadap saya, cuma saya mengetuk pintu minda kalian agar sedar bahawa "cahaya semakin malap di hujung lorong" (sekadar metafora). Jika tiada yang menyedarkan, maka nilai Orang Kompeten Elektrik (PJE & PW khususnya) akan jatuh dan tidak ubah umpama sampah.

Jangan terperanjat bahawa ada Cikgu-cikgu Institut Kemahiran yang "menjual" pelatih mereka kepada kontraktor elektrik walaupun mereka tahu dan faham bahawa "Gantung Sijil" adalah salah dan merosakkan industri. Bisa sahaja saya menyebut nama-nama mereka tetapi saya memilih untuk "diam' kerana berhusnuzan bahawa mereka sudah "insaf" dan berubah. Bersama kita doakan.

Berbalik kepada persoalan pokok, renungilah ia begini:

Kadar Inflasi semakin naik namun kadar gaji Orang Kompeten semakin menurun. Harga barang semakin menhenyak perut tapi Orang Kompeten semakin mengikat perut mereka (yang gendut?). Kontraktor semakin bertambah tetapi nisbah Orang Kompeten yang bekerja di bidangnya semakin membimbangkan. Malapetaka apakah lagi yang kita tunggu?

Mungkin kalian mahu menunggu bantuan dari langit agaknya. Dimana suara Persatuan Penjaga Jentera Malaysia ya?


Wallahulam.


nota kaki: komentar amat dialu-alukan tidak kira yang membina atau membinasakan.

Thursday, October 28, 2010

Kerja Kosong: Chargeman A0/A1 dicari...

Bagi mereka yang berminat melakukan kerja-kerja Data Log TNB, terdapat kerja kosong bagi mereka di Lembah Klang. Sila hubungi Encik Mat di talian 0192626151.

Monday, September 6, 2010

Pengumuman: Kekosongan Jawatan Chargeman @ Senai

Chargeman A0 hingga A4 boleh memohon dengan menghantar resume ke zhann999@hotmail.com.

Terima kasih.

Tuesday, February 23, 2010

BO Chargeman - Jawatan Kosong

Terdapat kekosongan jawatan di sebuah kompleks pejabat di Petaling Jaya sebagai Chargeman BO.

Chargeman BO (Penjaga Jentera Kelas BO)

Kelayakan:
1. Memiliki sijil kekompetenan Penjaga Jentera BO dari ST/JBE sekurang-kurangnya setahun
2. Berpengalaman kerja dalam penyelenggaraan bangunan sekurang-kurangnya 5 tahun
3. Boleh bekerja dengan pengawasan minimum
4. Berpengetahuan sistem cegah kebakaran (Addressable) dan penghawa dingin /multi task
5. Boleh menyelia sekumpulan juruteknik
6. A team player, reliable and positive attitude
7. Kreatif / boleh menyelesaikan masalah
8. Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen yang sah
9. Berpengetahuan komputer (MS Office) atau berpengalaman dalam pengurusan Maintenance Department satu kelebihan.

Berminat, fax resume anda sebelum 5 Februari 2010 kepada:-

The Operations Manager
LCS Joint Management Body
338, Block A2, Pusat Dagang Setia Jaya,
No. 9, Jalan PJS 8/9,
46150 Petaling Jaya.
Tel: 03-7873 5800
Fax: 03-7877 5553

Boleh juga emel permohonan kepada saiful.jhr@gmail.com .

Sila nyatakan gaji sekarang & gaji yang dipohon.

{dipetik dari blog Alat Penjimatan Elektrik }