Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili
Showing posts with label Soalan. Show all posts
Showing posts with label Soalan. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Komentar: Ingin Menjadi Chargeman

Fluke_Johor said...
Salam, saya cuma nak tanya pendapat, saya merupakan seorang technician aircraft yang mempunyai course yang berkaitan elektrik dan elektronik, tetapi tidak sedalam pendawaian domestik dan luaran (kv). Saya mempunyai basic 3 phase wiring pun kat Teknik dulu, Bolehkah saya menceburi bidang Chargeman dimana saya bila saya nak apply kat Unikl, dia perlukan logbook dan pengalaman kerja berkaitan. adakah caranya untuk saya beralih kepada chargeman walau tiapa logbook dan pengalaman bekerja. Saya bukan suka2 untuk menceburi tapi akan belajar sebaik2 dan ingin menjadi seorang chargeman yang betul2 boleh buat kerja dan bukannya tahu sub shj. terima kasih
Fluke,

Pada hemat saya, anda boleh menjadi Chargeman kerana anda ada asas dan sedikit pengalaman. Jawapan saya sebegitu memandangkan anda mahu melanjutkan pelajaran di Institut Latihan/ Kemahiran. Jawapan saya berlainan jika anda mahu mengambil peperiksaan persendirian. Buku Log biasanya dibuat ketika Latihan Dalam Loji dan ketika itulah pengalaman anda dikira bagi kelayakan menduduki peperiksaan Penjaga Jentera kelak.


Thursday, September 2, 2010

Soalan dan Jawapan

Di penulisan saya yang bertajuk Soalan-soalan Peperiksaan Chargeman dan Wireman, ada seorang pembaca memberi soalan. Saya juga berterima kasih kerana seorang lagi pembaca menjawab soalan yang bertanya tadi. Beginilah senario yang kita harapkan. Ramai yang beranggapan saya "macam bagus" apabila membangunkan blog ini namun hakikatnya, saya cuma mahukan tugas, kerjaya dan peranan Orang Kompeten dihargai, difahami dan seterusnya dimartabatkan di tempat yang sepatutnya. Wallahualam.

Soalan:
maaf la yer.. sy ni bkn la pandai sgt.. tu yg nak tanya dlm formula mengira arus motor tu nilai 1.732 tu nilai apa? sy takut juga formula yg sy pakai selama ni salah

arus motor = Power / (voltan * faktor kuasa)

salah ker formula sy? klu power tu dalam hp kite kena la tukar dulu kan kpd unit watt. (1 HP = 746 watt). adakah 1.732 tu faktor kuasa? bukankah faktor kuasa tu antara 0-1.. biasanya 0.8 kan? tak tau la klu sy salah.. budak baru blaja la katakan..


Jawapan:
salam..
1.732 tu bukan faktor kuasa dan ianya akan digunakan sekiranya calculation tersebut adalah dari total nilai beban 3 fasa...ini kerana nilai arus yang kita dapat adalah nilai arus purata utk setiap fasa R Y B. sama seperti voltan..1 fasa = 240.. 3 fasa = 240*√3 = 415 volt.. jadi 1.732 = √3

diharap ini akan dapat membantu anda pemahaman teori pengiraan.. kerana sistem Star LV voltan fasa dan talian ada berbeza manakala arus talian dan fasa adalah sama. nilai faktor kuasa utk design current biasa ambil 0.85 (nilai minimum utk elak daripada dikenakan penalti)


contoh pengiraan..

beban R = 1500W
beban Y = 1500W
beban B = 1500W

i utk R = 1500/(240*0.85)= 7.35A maka arus utk setiap fasa adalah 7.35A utk beban seimbang..

sekiranya calculation 3 fasa.. total load adalah 4500W..jadi calc.

I = 4500/ (415*.85*1.732) = 7.36 A adalah bersamaan arus utk setiap fasa...

sekiranya terdapat kesalahan..dialau-alukan utk mmberi teguran membina..tq..


Komen Razib: penggunaan punca kuasa tiga adalah bersamaan dengan calculation membahagikan kuasa dengan voltan 1 fasa dan dibahagi 3. Kedua-dua kaedah adalah bagi mendapatkan jawapan arus bagi setiap fasa (pada bekalan 3 fasa.)

Tuesday, December 29, 2009

Masalah ketika ingin Mendaftarkan Pepasangan


On Line Tap changer model at ILSAS

Kekeliruan timbul apabila ditanya "Siapa yang perlu mendaftarkan pepasangan?". Adakah Pemunya, Pengurusan atau Pemaju?

Jika amati akta 21, yang menyatakan:

"Sebelum siapnya sesuatu pepasangan baru, selain daripada pepasangan yang dipunyai oleh pihak berkuasa bekalan, pemunya hendaklah mengemukakan, dengan pendua, kepada Suruhanjaya, suatu permohonan untuk pendaftaran.........(rujuk Akta 21 subseksyen 1)"


Maka, dapatlah disimpulkan, yang sepatutnya bertanggungjawab mendaftarkan pepasangan adalah PEMAJU. Mana mungkin pemunya atau pengurusan mempunyai hak di atas kertas ketika sesuatu pepasangan itu belum siap bukan?

Dan, adakah pemaju- pemaju melaksanakan akta ini? Siapa yang sering menanggung beban dari segi kos dan birokrasi dokumentasi? Selalunya, pihak pengurusan.

Berapa kos yang akan ditanggung ketika mahu mendaftarkan pepasangan? Ia SUBJEKTIF. Saya terlibat secara langsung ketika sebuah Menara 23 Tingkat, dilawat secara kejutan (suprise visit) oleh Ir. Cheah (Pengarah ST Kawasan Tengah). Saya telah beberapa kali menasihati pihak pengurusan tentang kewajipan mendaftarkan pepasangan namun dipandang enteng. Biasanya, kertas kerja bagi mendapatkan bajet untuk mendaftarkan pepasangan agak sukar jika tiada surat peringatan dari ST. ST memberi 2 peringatan dan kami terpaksa berbincang semeja dengan Ir. Cheah bagi menangguhkan sedikit akibat dari bajet yang lewat diluluskan. Alhamdulillah, pihak ST amat faham situasi kami sebagai Pihak Pengurusan.

Kami menerima 3 sebutharga.3 syarikat yang menghantar sebutharga yang meliputi dokumentasi ST, Endorsan diagram, Test report, Switchboard Certificate dan yang paling mahal adalah Consultation charges. Kompeni A meletak harga RM31000, kompeni B RM 16000 dan Kompeni C meletakkan harga RM9000.

Sudah pasti kompeni C yang dipilih. Namun, persoalan yang ingin saya bincangkan di sini, kenapa kos yang sebegini besar ditanggung oleh pihak Pengurusan Pepasangan?

Ia tidak akan berlaku jika pembeli yang ingin membeli sesuatu pepasangan memastikan perihal Pendaftaran Pepasangan diletakkan di dalam checklist sebelum beli (Pre-Purchase Checklist).

Orang Kompetenlah yang wajar memainkan peranan dalam memastikan majikan yang mahu membeli pepasangan diingatkan. Orang Kompeten agak penting bagi sesebuah syarikat yang menguruskan hartanah atau bangunan (property and building management company).

Ada juga teman-teman yang menanyakan, pepasangan yang bagaimana jatuh kritikal untuk didaftarkan?

Saya menjawab "Pepasangan yang mempunyai janakuasa tunggu-sedia atau mempunyai kemasukan 11kV kestas atau kedua-duanya sekali".

Sumber saya? Dari seseorang yang kalian kenal dan berpengaruh di bidang ini namun saya memilih ntuk merahsiakannya. Noktah.

Thursday, December 17, 2009

Soalan-soalan Peperiksaan Chargeman dan Wireman

Ramai yang mahukan soalan bocor namun ia tidaklah menjanjikan kalian menjanjikan kalian bakal bergelar Chargeman atau Wireman yang hebat. Ramai lulusan IKM, ILP, IKBN atau lain-lain institusi yang sudah "menjatuhkan" kredibiliti Chargeman atau Wireman. Hinggakan pegang meter pun menggigil. Nak suruh measure ampere? mahu terkencing dibuatnya.

Inilah akibatnya kalau peratusan kelulusan menjadi prioriti. Berlambak Chargeman dan Wireman tahap "paria" di pasaran. Ada seorang wireman kelulusan IKM Jasin menjawab soalan saya, lampu kalimantang 36watt akan mempunyai arus sebanyak 40Amp!

Saya ada tips lulus periksa dengan kuota lulus 50 markah tetapi terlalu awal untuk dikongsikan di sini. Ia bukan soalan bocor tetapi bagaimana mahu memahami sistem dan pekerjaan kalian dengan kaedah mudah.

Jika mahu menduduki peperiksaan Chargeman AO misalnya, kalian cuma perlu mengingati beberapa formula seperti:
  • Arus Lampu discaj= {Kuantiti lampu X watt X 1.8 (faktor pembetulan)} / (1.732 X 415)
  • Arus Motor = {hp X 746W} / { 1.732 X 415}
  • Arus Feeder Pillar = {kW X 1000} / {1.732 x 415}
Mudah bukan? Kalau ada soalan, sila komen.