Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Monday, November 14, 2011

PENGUMUMAN: KELAS KEKOMPETENAN ELEKTRIK

DENGAN INI, DIUMUMKAN BAHAWA SESSI BRIEFING KELAS KEKOMPETENAN ELEKTRIK AKAN DIADAKAN PADA 19.11.2011 (SABTU) JAM 9.30 PAGI DI PEJABAT URUSAN SEPADU TEKNIK ENTERPRISE, NO.3988, TINGKAT 2, JALAN SJ 8/5, TAMAN SEREMBAN JAYA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
 
HUBUNGI 0183983868 ATAU 0176983786 UNTUK PERTANYAAN.

rujuk: http://sepaduteknik.blogspot.com/p/site-plan.html untuk lokasi.

Thursday, August 11, 2011

Iklan Tanpa Bayaran

{klik untuk besarkan}

Salam. Jadual kelas akan diumumkan tidak lama lagi. Bagi komentar yang tidak sempat saya jawab, harap maaf. Agak sibuk sedikit. Terima kasih.

Tuesday, July 19, 2011

Chat @ FB (i)

Today

salam

Salam.

nk tnya utk bo just procedur je ke?
on site xda?

okay..dia macam ni,,procedure switching adalah yang paling sulit dalam soalan BO..ramai yang pergi bayar 2000 ke 3000 untuk attend kelas BO tapi hakikatnya cuma menambah 20% pengetahuan.
Kalau soalan objektif dan subjektif, kita boleh study ikut soalan fav. ST tapi nota sahaja yang kita takde.
Takkan nota sampai 2000 kan?

btl

Maka, untuk nota, lebih bagus kita baca sendiri. Mungkin buat study group untuk test kefahaman je.
Setakat nota, saya ada. Boleh fotostat (cuma tanggung kos fotostat dan minyak).
300 untuk faham konsep switching. Keluar soalan apa pun, kita faham.
Saya ada jugak set soalan tapi yang penting adalah kefahaman kita.

Monday, July 18, 2011

Broucher Kelas 2011

(klik imej untuk besarkan)

KELAS KEKOMPETENAN 2011 (EXAM 2012)


Pengumuman Harga Kelas Kekompetenan:

AO - RM 1100.00
A1 - RM1400.00
Modul Overhead Sahaja - RM300.00
PW 3/ PW4 -RM 990.00
Switching BO (switching procedure sahaja) -RM300.00

Bayaran Penuh mendapat Diskaun 10%. Bayaran Deposit sebelum Kelas Bermula (bagi AO, A1 dan PW3/PW4). Bayaran Penuh bagi Modul Talian Atas dan BO Switching Procedure. Kelas selepas Syawal 2011. Tarikh sebenar akan diumumkan.
 

Tel:0183983868 untuk pertanyaan .

Sunday, July 17, 2011

KELAS KEKOMPETENAN ELEKTRIK

KELAS KOMPETEN: BERITA YANG BARU DITERIMA, EXAN 2012 ADALAH YANG TERAKHIR. MAKA, KELAS KEKOMPETENAN AKAN SAYA ANJURKAN SELEPAS HARI RAYA INI. BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL.

BAGI MEREKA YANG PERNAH MENGIKUTI KELAS DAN INGIN MENGULANG, KELAS PERCUMA SELAMA 3 SESSI AKAN DIADAKAN. HUBUNGI SAYA.
NOTA: KELAS AKAN DITAMBAH BAIK DALAM MASA TERDEKAT.

Selamat Maju Jaya

Ramai calon Chargeman AO sudah mendapat surat peperiksaan amali dan lisan. Di sini, blog Orang Kompeten mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Maju Jaya buat semua calon. Usah gusar kerana ia cuma suatu proses mengesahkan Tuan/Puan sebenarnya layak di beri perakuan di Peraturan 49 Peraturan Elektrik 1994.

Wassalam.

Mohd Razib Ramili

Tuesday, June 28, 2011

Iklan: National Conference On Electrical Safety 2011


Rujuk: Suruhanjaya Tenaga website.

Chargeman: Suatu Renungan 360 Darjah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Penjaga Jentera Elektrik ataupun lebih sinonim dengan panggilan “Electrical Chargeman” adalah suatu bidang pekerjaan yang wujud dibawah Peraturan 49, Peraturan Elektrik 1994 yang mempunyai sejarah sebagai suatu kerjaya yang dihormati dan kadangkala diangkat cukup tinggi; sama melangit dengan kerjaya seorang Jurutera Elektrik. Jika kita tidak terlalu egois untuk menoleh ke belakang, kita akan melihat individu-individu yang bergelar Chargeman sering menjadi 'orang harapan” bagi majikan- majikan yang mempunyai pepasangan- pepasangan yang bernilai jutaan ringgit. Untung rugi mereka sering ditentukan oleh “breakdown hours' yang dikepalai oleh seorang Chargeman.

Adakah kerjaya ini masih menduduki “Hall Of Fame” yang sama hebat seperti dahulu? Faktor perubahan yang pelbagai bentuk telah sama-sama mengarusi kerjaya Chargeman; samada semakin gagah atau hanyut ditelan perubahan teknologi, ekonomi, tenaga buruh dan keboleharapan.

Jumlah Chargeman mutakhir telah semakin mengatasi permintaan pasaran. Sekarang, adakah cukup segulung perakuan dari Suruhanjaya Tenaga itu meyakinkan majikan-majikan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi gaji dan elaun seorang Chargeman? Masih lakukah perakuan Chargeman AO seperti 15 tahun yang lalu?

Kita mungkin tidak perasan bahawa Chargeman AO telah setaraf dengan lepasan pelajar Vokasional tahap pertengahan; baik dari sudut tangga gaji mahupun sudut kemahiran. Bukankah ini boleh dianggap sebagai satu isyarat kedatangan bencana terhadap kerjaya ini?

Kemahiran teknikal, pengetahuan teknologi semasa, penampilan kendiri dan akalbudi adalah nilai tambah yang sering menjadi garis pemisah antara seorang penganggur dan seorang yang mempunyai pekerjaan. Seorang Chargeman adalah seorang ketua “dalam pembikinan”. Keupayaan mengurus dan merancang perlu disemat di dada setiap Chargeman muda. Minda seorang Chargeman perlu di”tarbiah” menjadi ketua dan bukan seorang pengikut. Seorang ketua yang hebat perlu berani menongkah arus, berani bersuara dan berani untuk ditakuti.

Bunyinya cukup mengerikan namun itulah cabaran mutakhir seorang Chargeman muda. Tempat Chargeman senior perlu diisi namun majikan tentunya mendambakan seorang yang “convincing” dan bukan berkategori tangkap muat.

Persoalannya, sudah mampukah kita? Sudah bersediakah kita? Layakkah kita?

Sebelum mata melihat di seberang sungai, selidiklah dulu kain yang kita pakai. Jika perkara asas pun kita terkial, bagaimana kita mahu menempuh dunia yang dilanda wabak globalisasi? Chargeman tidak disarung baju kebal “Bumiputera” maka atas alasan itu, saya menasihati diri saya dan kalian; pandanglah industri ini serapat yang mungkin. Ramai Chargeman yang hebat di letak di baris belakang kerana mereka tidak mempunyai nilai-nilai lain yang boleh ditawar kepada majikan. Tentu sahaja kita pernah melihat, orang yang “knowledge macam hampeh” jadi orang kanan, pengurus dan orang harapan majikan. Kita yang buat kerja separuh mati, namun dia yang dipuji tinggi.

Hentikanlah rungutan-rungutan. Belajarlah dari perkara seumpama itu. Negotiation, Leadership and Planning skills boleh menjadi kayu sakti kalian untuk menjadi seorang Adiwira di industri ini. Pokoknya, kita harus rajin, dahagakan ilmu, tidak putus asa, tidak mudah berpuas hati dan sentiasa mahu kehadapan.

Jika perkara di atas telah kita khatam, maka silakanlah berdiskusi perihal tangga gaji kalian dengan majikan. Saya percaya, gaji yang kita harapkan pasti mudah kita perolehi.

Salam Chargeman SeMalaya,

Mohd Razib Bin Ramili
Facebook: Orang Kompeten Elektrik.