Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Komentar kalian amat dialu-alukan. Sebarang komentar dengan menggunakan "Anonymous" tidak lagi akan dilayan. Bersama bertanggungjawab memajukan dan mengangkat martabat Industri Kekompetenan.

Penulisan di dalam blog ini cuma pandangan penulis sahaja. Ia tidak menggambarkan pandangan atau pendirian atau mewakili mana-mana pertubuhan atau syarikat atau Institusi yang penulis sedang atau pernah sertai.

Dari Meja Penulis,
Mohd Razib Bin Ramili

Thursday, December 31, 2009

Email: Soalan dan Jawapan


tranformer 33kV/ 11kV

Teman saya bertanya soalan dengan sinis:

Salam,BO semua,
Aku ada soalan nak bincang dgn korang,
Convert...utk ampere..
Cth: 10A utk 11Kv = Berapa amp utk LV 415V
10A utk 11Kv = Berapa amp utk 33Kv
10A utk 33Kv = Berapa amp utk LV 415V

Cuba korang dapatkan jawapan ni...Jgn nanti dah ada BO ,bila management tanya..korang tak boleh jawab..naya ke tak naya dibuatnya..mana nak letak muka..ini adalah soalan basic bila korang bincangkan apa2 proposal kat management..

Dan jawab saya:

Mula-mula, kita mesti faham formula transformer dulu:
N1/N2 = V1/V2 = I2/I1


Oleh itu,

11000/415 = x/10


.:x = 26.5 X 10
= 265 A

* Untuk soalan-soalan lain (33kv) boleh diguna formula yang sama.

Komentar Pembaca


potential transformer (PT)

Saya suka sungguh dengan komentar pembaca ini:

Salam Bro,

Tahniah atas blog yg ceria dan bermanafaat ni.

FYI. Saya bukanlah org kompeten, but my past work experience dikelilingi org kompeten yg komited, honest dan knowledgeable in their scope menyebabkan sy respek "profession" ini.

But itu citer dulu2x. Lately, kita dapati ramai kompeten person buat in-term of quality of work n knowledge kekadang membuatkan kita tertanya2x "betulke kompeten person ni"?

Tak tau la mana silapnya "job scope sendiri pun ditanya tak bole nak jawab, belum lg ditanya perkara2x akta, installation standard and comissioning.

Mgkin betul ckp bro dlm artikel "malas dan feel in save zone, but kalu tak diupgrade, otak jd berkarat, ilmu makin luntur dek kerana tak digilap. Buat keje supervision jer, hand-on jarang2x akhirnya ternmpk la "org kompeten yg unknowledgeable with no quality" sebabnya lupa pada "RESPONSIBLITY as KOMPETEN PERSON".

Tapi kalau ramai org kompeten yg mind thinking cam bro, saya pasti org spt saya memandang tinggi/respek "profession" ni spt dulu2x.

Sekadar pendpt.

Wslm.

From: Budak E&I without competencies yg mentah.

December 30, 2009 7:38 AM

Dan, saya menjawabnya begini:


Salam Tuan;

Saya memandang tinggi komentar Tuan yang "mengetuk" pintu pemikiran ilmiah saya. Usahlah Tuan terlalu merendah diri dengan menggunakan perkataan "mentah" kerana kita semua tetap sama di mata Tuan Punya Dunia.

Menjadi orang kompeten amat berbeza dari proffesion yang lain. Jika kita amati pembelajaran di Universiti, setiap subjek akan mula dilupakan setelah selesai Final Exam pada setiap semester.Ia berbeza dengan kekompetenan ST. Sebagai contoh, Chargeman B4 wajib menguasai ilmu dan skill yang perlu ada pada seorang Chargeman B4, BO, A4, A1 dan AO. Jika dia tidak menguasai walaupun salah satu, kredibiliti nya akan diragui.

Dan, setiap orang Kompeten pula, wajar malah tidak keterlaluan dikatakan WAJIB "nailing their field" tanpa kompromi. Persepsi khalayak yang menganggap setiap orang kompeten knowledgeable perlulah dihargai.

Bagaimana? Dengan meningkatkan pengetahuan dan biarlah ia setanding dengan kekompetenan ang dipegang. Simplified, knowledge should be more than competency.

Gaji nak lebih tapi kerja macam haram pun tak guna juga..ye tak?

Wallahualam.

December 31, 2009 12:18 AM

Tuesday, December 29, 2009

Masalah ketika ingin Mendaftarkan Pepasangan


On Line Tap changer model at ILSAS

Kekeliruan timbul apabila ditanya "Siapa yang perlu mendaftarkan pepasangan?". Adakah Pemunya, Pengurusan atau Pemaju?

Jika amati akta 21, yang menyatakan:

"Sebelum siapnya sesuatu pepasangan baru, selain daripada pepasangan yang dipunyai oleh pihak berkuasa bekalan, pemunya hendaklah mengemukakan, dengan pendua, kepada Suruhanjaya, suatu permohonan untuk pendaftaran.........(rujuk Akta 21 subseksyen 1)"


Maka, dapatlah disimpulkan, yang sepatutnya bertanggungjawab mendaftarkan pepasangan adalah PEMAJU. Mana mungkin pemunya atau pengurusan mempunyai hak di atas kertas ketika sesuatu pepasangan itu belum siap bukan?

Dan, adakah pemaju- pemaju melaksanakan akta ini? Siapa yang sering menanggung beban dari segi kos dan birokrasi dokumentasi? Selalunya, pihak pengurusan.

Berapa kos yang akan ditanggung ketika mahu mendaftarkan pepasangan? Ia SUBJEKTIF. Saya terlibat secara langsung ketika sebuah Menara 23 Tingkat, dilawat secara kejutan (suprise visit) oleh Ir. Cheah (Pengarah ST Kawasan Tengah). Saya telah beberapa kali menasihati pihak pengurusan tentang kewajipan mendaftarkan pepasangan namun dipandang enteng. Biasanya, kertas kerja bagi mendapatkan bajet untuk mendaftarkan pepasangan agak sukar jika tiada surat peringatan dari ST. ST memberi 2 peringatan dan kami terpaksa berbincang semeja dengan Ir. Cheah bagi menangguhkan sedikit akibat dari bajet yang lewat diluluskan. Alhamdulillah, pihak ST amat faham situasi kami sebagai Pihak Pengurusan.

Kami menerima 3 sebutharga.3 syarikat yang menghantar sebutharga yang meliputi dokumentasi ST, Endorsan diagram, Test report, Switchboard Certificate dan yang paling mahal adalah Consultation charges. Kompeni A meletak harga RM31000, kompeni B RM 16000 dan Kompeni C meletakkan harga RM9000.

Sudah pasti kompeni C yang dipilih. Namun, persoalan yang ingin saya bincangkan di sini, kenapa kos yang sebegini besar ditanggung oleh pihak Pengurusan Pepasangan?

Ia tidak akan berlaku jika pembeli yang ingin membeli sesuatu pepasangan memastikan perihal Pendaftaran Pepasangan diletakkan di dalam checklist sebelum beli (Pre-Purchase Checklist).

Orang Kompetenlah yang wajar memainkan peranan dalam memastikan majikan yang mahu membeli pepasangan diingatkan. Orang Kompeten agak penting bagi sesebuah syarikat yang menguruskan hartanah atau bangunan (property and building management company).

Ada juga teman-teman yang menanyakan, pepasangan yang bagaimana jatuh kritikal untuk didaftarkan?

Saya menjawab "Pepasangan yang mempunyai janakuasa tunggu-sedia atau mempunyai kemasukan 11kV kestas atau kedua-duanya sekali".

Sumber saya? Dari seseorang yang kalian kenal dan berpengaruh di bidang ini namun saya memilih ntuk merahsiakannya. Noktah.

Gelaklah Sikit


Mari berbicara di luar kotak. Luar dari ruang-lingkup orang kompeten. Di bawah adalah lelucon yang saya dapat dari teman melalui email:

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

Gelak lah sikit....

Friday, December 25, 2009

Malas Untuk Naiktaraf Kekompetenan dan Perihal Gaji.


Rata-rata saya temui, ramai yang malas untuk naiktaraf (upgrade) kekompetenan mereka. Saya agak hairan dengan pattern yang agak negatif ini. Ada juga yang kononnya menjadikan kesibukan harian sebagai alasan. Come-on la, kalau nak dikira sibuk, PM lagi teruk sibuknya. Saya merumuskan bahawa, sebab-sebab utama pemegang kekompetenan Suruhanjaya Tenaga tidak menaiktaraf kekompetenan mereka adalah kerana:
  1. Mereka berada di zon selesa. Pekerjaan dengan gaji lumayan telah melalaikan. Hingga sampai di suatu tahap, upgrading will be a desperate decision. Unfortunately, most of them failed on the practical test because of disability of strength as well of mind efficiency. Kelakar bunyinya.
  2. Bertangguh. Akhirnya, tahun-tahun terus berlalu tanpa mereka sedari.
  3. Tiada keyakinan untuk lulus.
  4. Tiada tempat rujukan atau institusi yang menawarkan kelas-kelas kekompetenan (saya sedang berusaha mewujudkan kelas sebegini di Seremban dengan kos harga mampu (PW4, AO, A4 dan BO).
  5. Tidak tahu hirarki atau pra-syarat mengambil peperiksaan.
  6. Tiada kawan yang mampu memberi dorongan.
Percayalah, its worth it. Seandainya kalian mempunyai kekompetenan yang lebih tinggi, secara tidak langsung pengetahuan dan kefahaman mengenai sistem pepasangan akan meningkat. Respect level dari sekeliling juga meningkat dan memberi motivasi yang tinggi untuk terus berkecimpung dalam bidang yang competitive ini.

Yang penting, gaji juga akan naik. Hehe. Ini yang seronok bukan?

Ada dikalangan teman-teman yang bertanyakan salary rate bagi seorang Penjaga Jentera. From my personal observation, current salary rate for private sector as below:
  • AO/A1 = RM 1500 - RM2450
  • A4 = RM 2500 - RM 3800 (sometimes reach RM 4900, depends on organisation size; probably)
  • B0 = not less than RM 5000.00
  • B4 = not less than RM 7500.
Sesiapa yang merasakan gaji mereka under-rate, jengok-jengoklah Jobstreet. Intai-intailah peluang yang memberi gaji yang berbaloi dan pengalaman yang mampu meningkatkan kekompetenan kita.

Jika tidak kita yang meletakkan suatu tanda aras buat gaji Penjaga Jentera, siapa lagi?

Wallahualam.

Tuesday, December 22, 2009

Pemutus Litar Vakum (VCB)


rack-out VCB (contoh)

Saya menerima email dari seorang chargeman A1 yang bertanyakan tentang VCB. Beliau menyatakan bahawa di empat kerja beliau, tiada VCB dan beliau mahu belajar tentangnya.

Jawapan saya, belajar teori adalah berbeza dengan kemahiran mengendalikan perkakasuis. Chargeman lebih kepada "hands-on" dan pemerhatian dari Chargeman yang lebih tinggi adalah penting. Malah, taiada pensuisan dibenarkan jika tidak mendapat kebenaran dan seliaan orang kompeten. Apatahlagi, Chargeman A1 adalah untuk voltan rendah tanpa substation. InsyaAllah, saya juga berhasrat mengadakan kelas kekompetenan setelah selesai berbincang dengan teman-teman pengajar dari Institut kemahiran. Di kelas tersebut, penerangan akan lebih menyeluruh dan spesifik.

Walaubagaimanapun, saya petik penerangan ringkas dari wisegeek.com yang mencerita perihal VCB buat tatapan semua:

In a vacuum circuit breaker, two electrical contacts are enclosed in a vacuum. One of the contacts is fixed, and one of the contacts is movable. When the circuit breaker detects a dangerous situation, the movable contact pulls away from the fixed contact, interrupting the current. Because the contacts are in a vacuum, arcing between the contacts is suppressed, ensuring that the circuit remains open. As long as the circuit is open, it will not be energized.

Vacuum reclosers will automatically reset when conditions are safe again, closing the circuit and allowing electricity to flow through it. Reclosers can usually go through several cycles before they will need to be manually reset. Other types of vacuum circuit breakers require resetting every time the breaker trips. Before a manual reset, the person doing the resetting needs to check the system to determine what caused the unsafe conditions in the first place, and make sure that they have been addressed.

Vacuum circuit breakers are very durable, and they are designed to last for an extended period of time. These electrical safety devices can be made with a variety of materials, depending on the need and the preference of the manufacturer. As with other devices used to interrupt current for safety, vacuum circuit breakers are given a rating which indicates the kind of conditions they can handle. When people install circuit breakers, they must confirm that the breaker they are using is suitable for the conditions; a breaker which is rated too low can fail catastrophically.


Ada juga yang bertanya, contact sesentuh VCB dibuat dari material apa? Jawapannya; Chromium Copper. Saya terlupa rujukannya tetapi akan saya pautkan jika berkesempatan. insyaAllah.

Penukaran Tajuk Blog















Rasanya, tidak sesuai jika tajuk blog dijumudkan kepada ruang-lingkup Chargeman dan Wireman. Maka, ia diubah menjadi Orang Kompeten. Didalam akta 447, Peraturan Elektrik 1994, orang kompeten ada 6 kesemuanya.
  1. Pencantum Kabel
  2. Pendawai (Wireman)
  3. Penjaga Jentera (Chargeman)
  4. Penyelia Elektrik
  5. Jurutera Elektrik Kompeten
  6. Jurutera Perkhidmatan Elektrik
Bagaimana mahu menjadi seorang orang kompeten? Jawapannya di sini {link}

Lumayankah menjadi seorang orang kompeten?

Duit tidak pernah menjadi prioriti. Jika kalian berminat dan bersungguh, maka jalan yang ada terbentang luas. Tanpa minat, ramai orang kompeten yang menjadi penjual burger, kerani, operator pengeluaran dan penganggur.

Dek bosan dengan senario negatif seperti ini, maka blog ini tercipta.

Ingat, walaupun orang kompeten tidak bekerja di "padang"nya, makluman kepada Suruhanjaya Tenaga tetap menjadi WAJIB!

Wallahualam.

Friday, December 18, 2009

Orang Kompeten hanya PENTING disaat kecemasan?

Sakit jiwa saya apabila mendengar perkataan "Chargeman Upahan" dari mulut seorang teman. Dia menganggap bahawa freelance chargeman boleh diibaratkan sebagai PELACUR...ketika khidmat diperlukan baru dipanggil dan dibayar.

Mungkin inilah implikasi yang terjadi apabila terlalu ramai freelance Chargeman di luar sana yang bersedia untuk dibayar jika sesuatu operasi memerlukan switching atau kehadiran orang kompeten. Saya terjumpa satu kes yang diceritakan di www.rumahpanjai.com yang mana seorang Chargeman BO di"upah" kerana pihak yang "mengupah" belum mengambil kerja seorang Chargeman. Berikut adalah petikan yang dinyatakan:

Aduan Gangguan Bekalan

Pada kira-kira jam 1 pagi, 10 Julai 2008, laporan telah diterima oleh Unit Elektrik Penyelenggaraan PPH, mengenai gangguan bekalan di Kolej Kediaman Tun Fatimah (KTF) dan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KTDI). Hasil dari pemerhatian Unit Elektrik, didapati telah berlaku earthfault pada panel Switchgear HT di Pencawang Elektrik (PE) Desasiswa.

Susulan itu pemeriksaan telah dilanjutkan ke Pencawang Masuk Utama (PMU) UTHM dan didapati tripping telah berlaku pada panel masukan utama 11kV dari pihak TNB, oleh yang demikian pihak TNB telah dihubungi untuk memasukkan semula bekalan yang terputus.

TNB

Pihak TNB telah dihubungi dipercayai oleh pihak desasiswa. Walaubagaimanapun pasukan yang datang pada awal pagi tersebut adalah dari bahagian kerosakan voltan rendah. Setelah ditunjukkan bangunan PMU oleh unit Elektrik yang dipercayai tempat berlakunya tripping maka bahagian kerosakan HT telah dihubungi.

Set janakuasa tunggusedia

Sementara menunggu TNB datang, unit Elektrik telah memeriksa keadaan bekalan sokongan daripada set janakuasa tunggu sedia. Namun didapati ianya tidak boleh beroperasi secara automatik sebaliknya telah diONkan secara manual.

Namun demikian bekalan sokongan tidaklah meliputi bekalan untuk semua tempat tetapi hanya untuk lampu jalan utama, sistem pam air, sistem pencegah kebakaran dan UPS. Terdapat tempat-tempat yang dirasakan perlu bekalan sokongan seperti bilik-bilik elektrik, Charger bekalan DC untuk panel Switchgear, di samping koridor-koridor di semua asrama dan bangunan pentadbiran.

Set janakuasa di tempat-tempat lain turut diperiksa dan sebahagiannya didapati tidak boleh beroperasi dengan sempurna seperti mana berikut:-

Bil Lokasi Catatan
1 Set janakuasa tunggusedia di Desasiswa KTDI
- automatik
- namun bekalan tidak meliputi DC Charger, DB bilik Pencawang, lampu koridor asrama,
-
2 Set Janakuasa tunggusedia di Kompleks Dewan Kuliah (G3)
- manual
- bateri yang rosak belum diganti
3 Set janakuasa Tunggusedia di PMU-UTHM
- manual
- tidak boleh Changeover bekalan.
- diOFFkan juga secara manual-
4 Set Janakuasa tunggusedia di Kompleks Tek. FKMP (G2)
- ok
5 Set janakuasa tunggusedia di Kompleks Tek. FKEE (G1)
- ok
6 Set Janakuasa Tunggusedia di KTF
- ok

Bantuan Kontraktor Utama

Oleh kerana kerosakan yang berlaku dipercayai agak besar maka pihak kontraktor utama, PHARSB-ECSB JV telah dipanggil untuk bersama-sama memeriksa kerosakan. Jasabaik pihak kontraktor telah dipohon supaya dapat bersama-sama mengesan punca kerosakan yang berlaku disebabkan unit elektrik PPH masih belum memahami sepenuhnya sistem bekalan elektrik Voltan Pertengahan (HT) tersebut walaupun tempoh penyerahan projek komited telah berlalu iaitu pada 30 Jun 2008.

Panggilan Penjaga Jentera Elektrik B0 secara terus

Selain itu, disebabkan unit elektrik masih belum mempunyai Penjaga Jentera Elektrik Voltan Pertengahan (Chargemen B0), maka PJE B0 dari luar telah dipanggil secara terus bagi membantu mencari punca kerosakan atas dasar kerja-kerja kecemasan.

Artikel Pilihan: Elektrik

extracted from: Blog Elektrik & Elektronik

Terminologi

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang terhasil daripada pengaliran elektron. Manakala elektrisiti boleh ditakrifkan sebagai aliran zarah bercas negatif. Zarah bercas negatif (elektron) ini mengalir di atas objek atau sesuatu yang mengkonduksikan elektrik. Elektrisiti juga dikenali sebagai Arus. Secara asasnya, elektron akan mengorbit nukleus atom. Nukleus atom ini terdiri daripada zarah bercas positif yang digelar proton dan juga zarah neutral iaitu neutron.

Faktor Penting Elektrik

Tiga faktor yang mempengaruhi elektrik ialah:

1. Voltan iaitu perbeza keupayaan (difference of electrical potential) antara dua titik eletrik atau litar eletronik. Unit SI bagi voltan ialah Voltan (V)
2. Arus iaitu merupakan satu kuantiti dalam sains yang menerangkan kadar pengaliran cas elektrik Unit SI bagi arus ialah Ampere (A)
3. Rintangan iaitu sifat bagi litar di mana elektrik mengalir dan memberi rintangan kepada arus. Unitnya (R)

Rumus matematiknya ialah: V = I/R

Hazad Elektrik

Elektrisiti ataupun arus boleh membunuh. Saban tahun kemalangan yang berpunca dari elektrik direkod. Di United Kingdom misalnya sebanyak 1,000 kemalangan yang melibatkan elektrik dilaporkan. Biasanya kemalangan ini melibatkan kontak secara langsung manusia dengan alatan elektrik yang terdedah contohnya menyentuh kabel elektrik yang luka. Kemalangan yang melibatkan elektrik ini berlaku bilamana prinsip asas keselamatan elektrik tidak dititikberatkan.

Hazad elektrik boleh dikelaskan dengan beberapa jenis:

1. Hazad Elektrostatik
2. Hazad Kebakaran
3. Hazan Pengcahayaan (mata arka)
4. Hazad Renjatan

Hazad Elektrostatik

Elektrostatik terhasil oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Cas-cas ini mempunyai voltan yang tinggi tetapi arus yang rendah. Kesan elektrostatik ini akan menyebabkan kejutan. Elektrostatik boleh menjadi hazad kepada manusia bila ia mempunyai voltan tinggi yang boleh mengakibatkan kecederaan mahupun kematian. Elektrostatik juga boleh menjadi hazad kepada persekitaran yang berisiko untuk mewujudkan sumber pencucuhan dalam persekitaran mudah terbakar.

Hazad Kebakaran

Kita sering mendengar kemalangan yang berpunca dari elektrik pastinya melibatkan kebakaran. Fenomena ini berlaku berpunca dari litar pintas, lebihan tenaga mengalir (overload) dan lain-lain. Kegagalan ini menyebabkan percikan api ataupun penjanaan tenaga haba yang tinggi yang berpotensi dalam menyalakan api. Pelepasan cas statik juga penyebab kepada hazad kebakaran.
Hazad Pengcahayaan (mata arka)

Pengcahayaan yang melampau mampu merosakkan sistem penglihatan kita. Mata manusia begitu sensitif dengan cahaya lampau. Hazad ini terdiri dari cahaya ultraungu yang terhasil dari arka elektrik dari silauan cahaya aktiviti kimpalan. Apabila mata melihat secara langsung punca cahaya ini, ianya akan memberi kesan yang dipanggil ’Konjuntinitis’

Hazad Renjatan

Renjatan elektrik adalah hazad utama pada manusia. Renjatan elektrik terjadi bila badan atau anggota badan bersentuhan dengan sumber arus elektrik. Arus ini akan mengalir di dalam badan manusia dan terus ke bumi untuk dineutralkan. Kesan renjatan elektrik ini memberi kesan yang serius dan boleh membawa maut. Arus yang mencukupi menyebabkan fungsi anggota badan terjejas seperti kekejangan otot, kegagalan jantung dan melumpuhkan sistem pernafasan.
Berikut adalah antara contoh-contoh keadaan dan kelakuan yang terdedah kepada potensi bahaya elektrik:

1. Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten.
2. Mengganggu pergerakan jangka.
3. Membuat penyambungan dari rumah ke rumah.
4. Melakukan penyambungan terus ke pepasangan SESB.
5. Pepasangan dalam premis tidak diuji secara berkala.
6. Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran.
7. Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung.
8. Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa.
9. Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar).
10. Menggunakan bahan atau pepasangan yang bermutu rendah ataupun tidak berkualiti.

Sumber: Suruhanjaya Tenaga dan Komunikasi, Malaysia

Kesan arus elektrik kepada badan manusia.

Sumber: National Safety Council

Pengelasan Alatan Elektrik

Terdapat dua (2) kelas peralatan elektrik yang digunakan secara meluas di negara ini. Ia dikelaskan berdasarkan ciri-ciri keselamatan dan rekabentuknya.

Peralatan Elektrik Kelas I

Peralatan elektrik kelas 1 melingkungi semua alat elektrik yang badannya dibuat daripada logam. Semua peralatan jenis ini mestilah disambungkan ke punca kuasa menggunakan wayar mudah lentur 3 teras iaitu wayar hidup (coklat) dan wayar neutral (biru) yang diperlukan untuk membolehkan peralatan elektrik berfungsi.Wayar bumi (hijau/ kuning) pula diperlukan untuk memastikan arus bocor tidak mengalir ke tubuh pengguna, tetapi terus ke bumi apabila terjadi kerosakan seperti wayar hidup tersentuh pada badan logam peralatan tersebut. Ini boleh menyelamatkan pengguna dari renjatan elektrik.

Peralatan Elektrik Kelas II

Peralatan elektrik kelas ll pada amnya ialah peralatan elektrik yang badannya dibuat daripada bahan-bahan bukan pengalir elektrik seperti plastik. Terdapat juga peralatan yang badannya diperbuat daripada logam pengalir elektrik seperti video tetapi masih dikelaskan sebagai peralatan kelas ll. Ini kerana ia mempunyai sistem penebatan berganda (double insulation) iaitu penebatan pertama membolehkan ia berfungsi dengan sempurna manakala penebatan kedua memastikan pengguna tidak tersentuh dawai pengalir elektrik jika terjadi kerosakan.

Pengurusan Keselamatan Elektrik

Di Malaysia didapati 80% pengguna-pengguna elektrik di pepasangan domestik dan tempat kediaman adalah terdiri daripada yang kurang berpengetahuan mengenai keselamatan elektrik. Manakala kurang daripada 20% pengguna-pengguna elektrik adalah pengguna komersial dan industri.
Aspek pengurusan dalam keselamatan pengendalian alat elektrik adalah satu bidang yang penting bagi mengelakkan sebarang insiden dan kemalangan daripada berlaku. Pengurusan yang baik dan teratur membuahkan hasil kerja yang baik dan bersistematik. Ini secara tidak langsung meminimakan hazad dan risiko yang melibatkan elektrik. Pengurusan keselamatan elektrik diaplikasikan kepada aktiviti yang melibatkan pengendalian alatan elektrik yang merangkumi dari tataamalan permulaan kerja hingga akhir. Tataamalan ini menjadi petunjuk kepada pengendali agar melaksanakan kerja dalam keadaan yang sistematik dan selamat. Di dalam konteks pengurusan keselamatan elektrik, aspek langkah kawalan hazad elektrik dari segi kawalan kejuruteraan dititikberatkan. Langkah kawalan kejuruteraan hazad elektrik boleh dibahagikan kepada:

1. Sistem pembumian
2. Penggunaan bahan antistatik (bertujuan mengurangkan hazad elektrostatik)
3. Penebat berganda (double insulators)
4. Penggunaan fius untuk mengelakkan pengaliran arus yang tinggi.
5. Pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE)

baca seterusnya di Blog Elektrik & Elektronik

Sudahkah Kekompeten anda didaftarkan?

Ramai yang mengambil mudah kerana menganggap bahawa tanggungjawab mendaftarkan kekompetenan adalah dibawah Majikan secara TOTAL. Anda silap. Memaklumkan majikan secara bertulis adalah perlu memandangkan tugas orang kompeten adalah menasihati Pemunya, Pengurusan, Pemegang Lesen mahupun majikan berkenaan apa-apa keperluan yang tertakluk dibawah Akta 447 1990 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994.

Mungkin anda mahu "menggantung" atau "menyewa" perakuan kekompetenan anda kepada kontraktor. Ingat! Tindakan ini salah! Dibawah, suka untuk saya imbas kembali Peraturan 63 buat mereka yang terlupa (atau buat-buat lupa).

Peraturan 63

(1) Seseorang yang memegang Perakuan Kompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan yang membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara dibawah Peraturan-peraturan ini berhubungan dengan Perakuan Kekompetenannya hendaklah mendaftar diri dengan Pengarah.

(2) Pendaftaran di bawah sub peraturan (1) hendaklah dibuat, dan boleh diperbaharui, selama dua belas bulan, apabila dibayar fee yang ditetapkan dalam Bahagian V jadual Kedua.

(3) Seseorang, yang memegang satu atau lebih Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, tidak boleh mendaftar atau dibenarkan mendaftar atau perakuan-perakuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan lebih daripada satu majikan atau pepasangan, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

(4) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik, Jurutera Elektrik Kompetenan atau Penyelia Elektrik tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 75 tahun.

(5) Seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera, Pendawai atau Pencantum Kabel tidak boleh membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini yang seseorang itu dibenarkan untuk membuat sebagai pemegang Perakuan Kekompetenan itu jika dia berumur melebihi 65 tahun.

(6) Walau apa pun subperaturan (4) dan (5), had umur seseorang boleh diketepikan atas dasar tahun ke tahun mengikut budi bicara Pengarah yang boleh menghendaki keterangan perubatan kesihatan fizikal dan mental orang itu yang disahkan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar.

(7) Pemunya, Pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan untuk didaftarkan dalam masa tujuh hari dari pengambilan kerja atau perlantikan mana-mana orang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah memberitahu Pengarah secara bertulis nama dan kelayakan orang itu.

(8) Pemunya, pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiaporang kompeten dan bahagian pepasangan yang akan berada di bawah tanggungjawab setiap orang kompeten yang diambil kerja olehnya, dan senarai tugas itu hendaklah diakuterima oleh orang kompeten itu dan hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh Pengarah.